*Ketentuan, Qada' dan Qadar*
Bismillahirrahmanirrahim.
April, fav month. |
Secebis Rasa
Buat diriku, buat semua. Tabahlah menghadapi setiap rentetan hidup yang Allah telah tetapkan. Biarlah air mata menjadi teman setia sebuah perjuangan namun jangan menyerahkan semuanya pada takdir namun berusahalah agar suasana yang menyedihkan ini akan berakhir jua.
Kuatlah hati pada tali Allah serahkan pengharapan yang sebenar hanya pada Allah dan bertawakallah kepadaNya dengan sebenar-benar tawakal.
Moga lebih ampuh dan kuat dalam menempuh semua catatan Allah buatmu. Ketahuilah bahawasanya kehidupan akhirat itu lebih bermakna dari kehidupan duniawi yang ternyata tipu daya semata-mata. Berfikirlah, bertaqwalah agar kita sama-sama mampu menjadi hambaNya yang sentiasa berserah diri dan berharap hanya padaNya.
Moga Allah jadikan kita orang yang berlapang dada dengan takdir Allah. Beriman dengan qada' dan qadar. Sama-sama jadi hamba yang redha dengan takdirMu dan meyakini itu yang terbaek untuk diri.
Sesungguhnya segala yang berlaku, telah berlaku, atau sedang berlaku dan akan berlaku, semuanya adalah dalam pentadbiran Allah. Segalanya berjalan atas kehendak Allah.
Bila rasa susah, rasa sedih, rasa yang sush untuk dimengerti, solatlah. Dan mintak dengan Allah hati yang bersabar. Sudah menjadi janji Allah untuk menghapuskan kesusahan selepas bersabar.
Minta lah juga dengan Allah SIFAT SABAR. SABAR HINGGA HUJUNG NYAWA.
Dan semangat yang hilang itu carilah melalui Al quran dan Sunnah Nabi kerana semangatnya dari Allah dan akan kekal inshaaAllah.
Sekilas Pandang - Rukun Iman
1. Beriman Kepada Allah
Dengan Iman kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati hanya semata-mata kerana Allah. Secara positif kita menuju tauhid yang semurninya dan secara negatif menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w.t.
2. Beriman Kepada Malaikat
Dengan iman kita mempercayai adanya makhluk ghaib yang bernama malaikat yang dijadikan daripada cahaya serta yang setia menjalankan tugasnya menurut perintah Allah.
3. Beriman Kepada Kitab
Dengan beriman kepada kitab suci kita mempercayai adanya kitab-kitab yang Allah turunkan kepada umat manusia melalui utusanNya masing-masing bagi memimpin manusia ke jalan yang selamat dan kitab suci ini diakhiri dengan kitab suci al-Quran.
4. Beriman Kepada Nabi Dan Rasul
Dengan beriman kepada Nabi dan Rasul kita mempercayai adanya manusia pilihan yang diutuskan oleh Allah untuk memberikan petunjuk yang diakhiri dengan Nabi Muhammad s.a.w.
5. Beriman Kepada Hari Kiamat
Dengan iman kita mempercayai bahawa disebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka.
6. Beriman Kepada Qada' Dan Qadar
Dengan beriman kepada Qada' dan Qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaanNya.
Ketentuan, Qada' dan Qadar
Oleh yang demikian, beranggapan baik lah kita dengan segala ketentuan Allah. Sememangnya di sana telah ditakdirkan yang terbaik untuk kita semua. Percayalah Dialah Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Perkasa.
Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud :
Allah penjaga yang sebaik-baik penjaga dalam kehidupan ini. Maka serahkanlah kita seluruh urusan hidup kepadaNya dengan sebenar-benar penyerahan dan pada masa yang sama berusaha lah kita ke arah kejayaan yang hakiki iaitu kejayaan di akhirat di mana pada hari itu tiada gunanya lagi harta yang banyak, anak yang ramai dan segalanya tiada manfaat buat kita melainkan amal soleh yang kita kerjakan sewaktu kita masih lagi diberi peluang untuk menghuni bumi ini.
…….maka Allah adalah sebaik-baik penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para Penyayang.( Yusuf :64)
Allah penjaga yang sebaik-baik penjaga dalam kehidupan ini. Maka serahkanlah kita seluruh urusan hidup kepadaNya dengan sebenar-benar penyerahan dan pada masa yang sama berusaha lah kita ke arah kejayaan yang hakiki iaitu kejayaan di akhirat di mana pada hari itu tiada gunanya lagi harta yang banyak, anak yang ramai dan segalanya tiada manfaat buat kita melainkan amal soleh yang kita kerjakan sewaktu kita masih lagi diberi peluang untuk menghuni bumi ini.
Mengintai masa hadapan yang mana semuanya adalah rahsia Allah. |
Waa akhirannnn, rindu sama merekaaaa. moga sentiasa dalam jagaan Allah semuaaaa. bertemu dalam doaaa.
Assalamualaikum~
Comments