*le lip balm*




Sungguh, yang paling banyak menghantar manusia ke Neraka adalah dosa MULUT, dosa LISAN. Allahu.. kerana mulut badan binasa. Kerana mulut neraka jadi tempat nya. Please, watch out our words. Cakap yang baik2 jeee okeyh. Yang buruk2 mohon lontar jauh2. Dan yang paling penting, sebelum nak kata kat orang lain. Kata kat diri sendiri dulu. Cek diri kita dulu, amalan dah sampai tahap para anbiyaa kew nak kata2, kutuk2 orang lain hm. makan dalam! Peringatan ditujukan khas untuk diri sendiri.



Nabi S.A.W bersabda, "...Maka hendaklah ia berkata baik atau diam".



Kesimpulan --à perkataan & kata2 yang baik itu lebih utama daripada diam, dan diam itu lebih utama daripada berkata2 yang buruk terutama yang menyakitkan hati orang lain. Ingat dan ingat, setiap perkataan & kata2 anak Adam akan menjadi tanggungjawabnya dan saksi pada hari Akhirat, kecuali menyebut nama Allah, menyuruh berbuat makruf iaitu kebaikan dan mencegah kemungkaran.



Wallahua’lam.


*pstttt tak guna pakai lip balm mahal2 kalau mulut tuh suka cakap perkara2 yang menyakitkan hati orang lain. #jaga #lisan #lipbalm#nivea



Nota Hati : Semoga sentiasa dalam jagaan Allah, fi hifzillah, fi amanillah!




Comments

Anonymous said…
mulut tu punca segala dusta. :'(

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!