*berbahagialah dengan bersyukur*
Wahai jiwa yang terlalu gembira, sederhanakanlah rentak suka & gembiramu, takut2 nanti ia mengundang bencana. Wahai jiwa yang terlalu sedih, angkatkanlah semangatmu, takut2 kesedihanmu menjemput para syaitan bermukim, bagi menakluki hatimu.
Kegembiraan & kesedihan adalah suatu perkara yang berbeza. Namun di sebalik perbezaan itu, satu perkara yang sama adalah,
kedua-duanya adalah fitrah insaniah yang datang dari Tuhan, dari Allah SWT.
Yup, sifat manusia, fitrahnya akan bergembira setelah memperoleh apa yang
dihajati, dan bersedih dengan apa yang tak diingini. Bila kita menerima sesuatu
yang diidamkan, hati berasa bahagia. Jiwa tersenyum dan hati berbunga2. Apabila
ditimpa sesuatu yang langsung tidak pernah diimpi plus tak disukai pulak, maka
selalunya kita terhenyak, terduduk, menangis dan bersedih. Padahal, kita tak tahu apa
hikmah dan rahsia yang Allah nak bagi kat kita sebenarnya. Kita yang terlalu
cepat mengeluh, menghukum dan berputus asa. Hm *sentap*
Belajar akhlak syukur dan redha
Yeee..selama bernafas hampir 22 tahun kat dunia nim, actually banyak perkara yang
dipelajari dalam hidup terutama belajar akhlak bersyukur. Memang, diakui dulu
selalu tak puas dengan hidup sendiri. Tengok orang lain berjaya atau lebih
sikit, cemburu. Tengok orang lain lagi cantik, cemburu. Tengok orang lain pakai baju mahal2, lagi lah cemburu. Selalu membandingkan hidup dengan orang yang lebih senang.
Padahal, ramai lagi yang jauh lebih susah dari kita. Tengok saja lah saudara
kita kat Palestin sana yang tak pernah berasa ‘bahagia’ di dunia walaupun hakikat akan
berasa ‘bahagia’ di sana nanti.
Hm, yeah I believes.. that in our life, tak semua yang kita mahu akan tertunai,
akan kita dapat. Namun, apa pun yang terjadi saat ini, kalau itu yang Allah
rencana dalam perjalanan hidup kita dan sudah tercatat di Luh Mahfuz, kita
wajib terima dengan hati yang terbuka dan redha. Apa2 yang terjadi dalam hidup kita
nim, hatta baik atau buruk, selalu pegang kata2 ini kuat2.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Surah alBaqarah: 216)
Bagaimana bersyukur?
Rasa kesyukuran itu bukan saja dizahirkan pada kata2 ‘alhamdulillah’
semata2. Ok sudah, aku jadi hambaNYA yang bersyukur. It’s not true. Bersyukurlah
bukan sekadar dengan kata2, tapi dengan menjadi hambaNYA yang taat dan setia. Bagaimana??
haaa, dengan menuruti apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang. Tak
susah kan?
Okeyh, last word for entry today. Do remember. Kalau kita sentiasa
bersyukur dengan segala yang diberi oleh Allah, nescaya Allah akan menambah
lagi pemberian tersebut sama ada kita sedar atau tidak. Berbahagialah hidup dengan
bersyukur. Yakinlah, apa yang Allah kurniakan kepada kita itu adalah yang terbaik. Yakin & percaya pada Allah. Manfaatkan apa juga rezeki & kelebihan yang Allah pinjamkan kepada kita. Sungguh!
Nikmat, rezeki, kelebihan yang DIA bagi terlalu banyak, tak terhitung banyaknya sehingga dirasakan
tidak ada satu kebaikan yang mampu membayar SEGALA nikmat pemberianNYA.
Ditambah pula dengan rimbunan dosa2 yang tidak terampun dan semakin memberatkan
diri. Allahu. Ampunkan kami.
Throwback : pantai batu buruk kuala terengganu~
*Senyum, istighfar, & banyak2 panjatkan
kesyukuran kepada Allah.. pilih untuk jadi orang yang bersyukur. Sekian, waallahua'lam.
10062013, 1 Sya'ban 1434H ❤
Nota Hati : Semalam, again berita gembira lagi. Alhamdulillah ya Allah, atas rasa bahagia dan gembira yang telah Engkau pinjamkan ini.
Comments
Allahu..
sume terselit 1001 hikmah kan.
hm
Allah sntiasa syg dirimu..
keep remember it
okeyh.
la tahzan!
: )