*berbahagialah dengan bersyukur*


Wahai jiwa yang terlalu gembira, sederhanakanlah rentak suka & gembiramu, takut2 nanti ia mengundang bencana. Wahai jiwa yang terlalu sedih, angkatkanlah semangatmu, takut2 kesedihanmu menjemput para syaitan bermukim, bagi menakluki hatimu.


Kegembiraan & kesedihan adalah suatu perkara yang berbeza. Namun di sebalik perbezaan itu, satu perkara yang sama adalah, kedua-duanya adalah fitrah insaniah yang datang dari Tuhan, dari Allah SWT.




Yup, sifat manusia, fitrahnya akan bergembira setelah memperoleh apa yang dihajati, dan bersedih dengan apa yang tak diingini. Bila kita menerima sesuatu yang diidamkan, hati berasa bahagia. Jiwa tersenyum dan hati berbunga2. Apabila ditimpa sesuatu yang langsung tidak pernah diimpi plus tak disukai pulak, maka selalunya kita terhenyak, terduduk, menangis dan bersedih. Padahal, kita tak tahu apa hikmah dan rahsia yang Allah nak bagi kat kita sebenarnya. Kita yang terlalu cepat mengeluh, menghukum dan berputus asa. Hm *sentap*




Belajar akhlak syukur dan redha

Yeee..selama bernafas hampir 22 tahun kat dunia nim, actually banyak perkara yang dipelajari dalam hidup terutama belajar akhlak bersyukur. Memang, diakui dulu selalu tak puas dengan hidup sendiri. Tengok orang lain berjaya atau lebih sikit, cemburu. Tengok orang lain lagi cantik, cemburu. Tengok orang lain pakai baju mahal2, lagi lah cemburu. Selalu membandingkan hidup dengan orang yang lebih senang. Padahal, ramai lagi yang jauh lebih susah dari kita. Tengok saja lah saudara kita kat Palestin sana yang tak pernah berasa ‘bahagia’ di dunia walaupun hakikat akan berasa ‘bahagia’ di sana nanti.




Hm, yeah I believes.. that in our life, tak semua yang kita mahu akan tertunai, akan kita dapat. Namun, apa pun yang terjadi saat ini, kalau itu yang Allah rencana dalam perjalanan hidup kita dan sudah tercatat di Luh Mahfuz, kita wajib terima dengan hati yang terbuka dan redha. Apa2 yang terjadi dalam hidup kita nim, hatta baik atau buruk, selalu pegang kata2 ini kuat2.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Surah alBaqarah: 216)



Bagaimana bersyukur?

Rasa kesyukuran itu bukan saja dizahirkan pada kata2 ‘alhamdulillah’ semata2. Ok sudah, aku jadi hambaNYA yang bersyukur. It’s not true. Bersyukurlah bukan sekadar dengan kata2, tapi dengan menjadi hambaNYA yang taat dan setia. Bagaimana?? haaa, dengan menuruti apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang. Tak susah kan?




Okeyh, last word for entry today. Do remember. Kalau kita sentiasa bersyukur dengan segala yang diberi oleh Allah, nescaya Allah akan menambah lagi pemberian tersebut sama ada kita sedar atau tidak. Berbahagialah hidup dengan bersyukur. Yakinlah, apa yang Allah kurniakan kepada kita itu adalah yang terbaik. Yakin & percaya pada Allah. Manfaatkan apa juga rezeki & kelebihan yang Allah pinjamkan kepada kita. Sungguh! Nikmat, rezeki, kelebihan yang DIA bagi terlalu banyak, tak terhitung banyaknya sehingga dirasakan tidak ada satu kebaikan yang mampu membayar SEGALA nikmat pemberianNYA. Ditambah pula dengan rimbunan dosa2 yang tidak terampun dan semakin memberatkan diri. Allahu. Ampunkan kami. 


Throwback : pantai batu buruk kuala terengganu~


*Senyum, istighfar, & banyak2 panjatkan kesyukuran kepada Allah.. pilih untuk jadi orang yang bersyukur. Sekian, waallahua'lam.


10062013, 1 Sya'ban 1434H 


Nota Hati : Semalam, again berita gembira lagi. Alhamdulillah ya Allah, atas rasa bahagia dan gembira yang telah Engkau pinjamkan ini. 

Comments

PeRdU cINta said…
kegembiraan itu umpama hadiah..hadiah lantaran kesabaran..manakala kesedihan itu peringatn..lantaran kelalaian..
Hana Marha said…
Terima kaseh utk kata2 smngat buat sy yg sedng berduka..alhamdulillah
NorFarahin@aien said…
@PeRdU cINta :

Allahu..
sume terselit 1001 hikmah kan.
hm
NorFarahin@aien said…
@WAnaQisNina :

Allah sntiasa syg dirimu..
keep remember it
okeyh.
la tahzan!
: )

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!