Indahnya bersukan mengikut syariat~


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum…

*again, sapu sawang belog



Untuk pengetahuan semua..sekarang my campus, in short IPGKTAA and I think mostly IPG’s around Malaysia sedang sibuk dengan KOT2013. (Dan maybe ada sesetengahnya da selamat pun menjayakan.) Hm, rasanya excited nak tengok rumah manakah bakal menjadi juara lagi tahun nim. Tok Lela? Tok Bahaman? Mat Kilau? Ataupun Tok Gajah? just wait and seeee okeyh.. dis week bakal berlangsung.. excited, best, terujaa, OSEMMM kan. hm but please, stop kejap! 




Dalam excited  kita bersukan, janganlah kita mengabaikan perkara yang dilarang syariat. Kita mesti recheck diri kita. Jom kita sama-sama berusaha meng’ibadah’kan aktiviti sukan kita. Jangan sia-siakan kepenatan kita bersukan sepertinya keringnya peluh selepas bersukan. Sama-sama jadikan sukan kita ini sebagai agen penambah pahala. Sambil bersukan, sambil beribadah. 2 in 1.  Baru osemmm. Jadi, bagaimana nak buat yee? *fikir*




Hidup bersyariat – Bersukan

Pertamanya, perbetulkan nawaitu kita, niat kita. Bersukan lah kerana ALLAH.  Sesungguhnya NIAT yang mengubah sukan kita menjadi ibadah. Tanya pada diri, kenapa kita bersukan? Kita bersukan adalah untuk membina kesihatan dan tubuh badan yang sihat agar mudah untuk kita laksanakan ibadah lain. Dengan niat ini lah, setiap titik peluh kita, setiap tendangan, lompatan, balingan kita, setiap kesakitan, kepanasan atau kehujanan kita berlatih, setiap strategi kita, setiap langkah-langkah kaki untuk ke padang dan tempat latihan akan menerima PAHALA.  Yang paling penting, menang atau kalah pahala tetap dalam genggaman. MasyaAllah!




Keduanya ialah jaga solat kita. Kita bersukan apa-apa pun please jangan abaikan solat terutamanya solat fardu. Tubuh badan orang bersukan, berpeluh masih boleh menunaikan solat asalkan ianya tidak terdapat najis dan solat boleh dilakukan di mana sahaja asalkan menghadap kiblat. Ingat, sepenat mana pun bermain, jangan terleka sehingga terbabas waktu solat. Dalam usaha nak jadi sihat, jangan pula kita lupa untuk mengingati Allah buat seketika.




Ketiga, tengok dan cek diri kita. Pastikan menutup aurat dengan sempurna terutamanya bagi gadis-gadis comel sekalian. Tak kisahlah sukan apa pun yang kita main, baju tetap labuh menutup punggung, tudung mesti tutup dada. Kalau pertandingan sukan tersebut menghalang kita daripada mempertahankan prinsip kita dalam menutup aurat dengan sempurna,  senang saja, tak payah join pertandingan tersebut. Kan, simple!




Next, please jaga tingkah laku dan kata-kata kita. Yess, of course bila masuk pertandingan kita nak menang kan. Namun, hindarilah dari kata-kata yang cenderung ke arah pergaduhan. Jangan sampai disebabkan sukan, kita hilang sahabat. Kalau kita benar-benar ada semangat kesukanan yang tinggi, ianya akan jadi satu medan untuk membina persahabatan, bukannya medan pergaduhan dan putus sahabat.




Lastly and da most important is jaga pergaulan kita antara lelaki dan perempuan. Excited macam mana pun, jangan kita sehingga bertepuk-tepuk, sep sep mi mi tom tom dengan yang bukan mahram. Say big NO to IKHTILAT! Dan lagi baik sekiranya pihak penganjur sukan tuh sendiri kena faham sendiri bab nim. Sebaik-baik kaedah penganjuran sukan adalah mengkhususkan tempat, masa dan jantina bagi setiap acara yang diadakan. Lagi best dan selesa macam tuh.

Perkongsian : Ikhtilat ialah suatu bentuk pergaulan secara bebas antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (bukan muhrim) sama ada di tempat sunyi mahupun di tempat terbuka.




Indahnya Islam

Indah kan Islam, sebab sekecil-kecil perkara yang kita lakukan  hatta bersukan pun boleh dapat pahala. Tapiiiiii, dengan syarat niat lah dengan betul. Moga-moga kita dilimpahi rahmat Allah dan diberkati bila hati-hati setiap dari kita diselaputi niat untuk mendambakan pahala dan redha Allah SWT. Dat'all. kbai, Salam! *jom terjah ~PAGE KOT AFZAN~ hupdate KOT IPGKTAA*

*letak pic nim jela cos pic nim jee yang ada. Olahraga ---> hari oren sedunia..hewhew pic editted by angah rahim*



Wallahua’lam.



{10032013}


Nota Hati : Jangan lupa titipkan doa untuk saudara-saudara kita di Lahad Datu Sabah. Moga hati mereka kuat, jasad mereka kuat, iman mereka kuat. Mereka sedang BERJIHAD! Allahu cukup sedih dengar perkhabaran pejuang dan orang-orang di sana yang banyakk terkorban.hm T__T

Comments

Broken_jar said…
nice entry,sis :)
thanks for sharing all those info:)
NorFarahin@aien said…
@spontaneous_gurlz :

most welkan dear
perkongsian tuk diri sniri terutamany
: )
anak ayah said…
salam ziarah :D

yurp.skrg ni mmg bz ngan KOT.
entri KOT kte akan menyusul kendian.hee
NorFarahin@aien said…
@maitimie :

yeahhh
finally done KOT 2013...
osemmmmm!!

*waiting ur KOT entry! hewhewhew*
RuMaH TuA said…
Assalamualaikum...

Da tamat!

Moga Allah kasih.

(^___^)
PeRdU cINta said…
kecil atau besar.sesuatu yang kita lakukan semua biarlah kerana Allah..
Anonymous said…
Alhamdulillah.. warga IPG KKB sudah laksanakan KOT. HEHEH..

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!