| Hijrah | Kembali Menilai Siapa Diri Kita, Kita Hanya Hamba |
Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum to all my dear readers and followers. Seperti biasa, mulakan bacaan anda dengan senyuman
yang lebar okie.. Masuk belog ni dengan
senyuman yang paling-paling manis.. woow, sangat cantik sangat makhluk Allah
nih..:))
Masa
pantas berlalu, tak terkejar rasanya, seolah-olah terlalu cepat, sekejap lagi
kita akan masuk ke tahun baru Islam, 1 MUHARRAM 1434H. So,
kena tutup buku lama, bukak buku baru. Kalau ditanyakan apa maksud hijrah, of
course mostly yang akan jawab ‘ hijrah itu perpindahan Nabi kita dari Mekah ke
Madinah’. Sure, jawapan ini yang akan diberi. Mungkin kita memahami pengertian hijrah
itu semata-mata berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana
Rasulullah S.A.W. Sebenarnya hijrah membawa pengertian yang luas dalam skop
sekarang.
Hijrah bukan sahaja terbatas kepada pengertian berpindahnya dari satu tempat ke tempat yang lain, tetapi juga boleh meliputi kepada makna berpindahnya dari sifat atau perbuatan yang kurang atau tidak baik kepada baik. Maka kita pada hari ini harus bermuhasabah diri terhadap proses hijrah dalam diri. Hijrah kah diri kita? Hijrah kah kita dalam mengatasi kelemahan kita kepada kebaikan? Adakah detik demi detik, hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun kita melakukan proses perubahan ke arah yang lebih baik? Contohnya:
Hijrah bukan sahaja terbatas kepada pengertian berpindahnya dari satu tempat ke tempat yang lain, tetapi juga boleh meliputi kepada makna berpindahnya dari sifat atau perbuatan yang kurang atau tidak baik kepada baik. Maka kita pada hari ini harus bermuhasabah diri terhadap proses hijrah dalam diri. Hijrah kah diri kita? Hijrah kah kita dalam mengatasi kelemahan kita kepada kebaikan? Adakah detik demi detik, hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun kita melakukan proses perubahan ke arah yang lebih baik? Contohnya:
Daripada malas solat kepada menjaga solat lima waktuDaripada tidak menutup aurat kepada menutup auratDaripada pemarah kepada lebih sabarDaripada suka bergossip kepada zero gossipDaripada suka shopping kain pasang kepada suka bersedekahDaripada suka ber’face’ book kepada suka ber’face’ al-Quran
Mahalnya
sebuah hijrah diri
Alhamdulillah, sudah
banyak sahabat2, senior2 dan orang-orang di sekeliling saya sekarang mengalami
perubahan dalam hidup mereka. Mereka kini lebih ke arah penghijrahan yang baik.
Syukur sangat. Suka melihat perubahan mereka dan saya berdoa saya pun tergolong
dalam kalangan seperti mereka.
Sesungguhnya
bukan senang nak melakukan satu penghijrahan ke arah yang lebih baik. Dalam melakukan
penghijrahan ke arah yang lebih baik, kita tidak seharusnya hanya menunggu
hidayah Allah untuk berubah, tetapi berusaha dan paksakan diri untuk berhijrah
ke arah lebih baik. Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa, solatlah walaupun
keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa, kerana kewajipan itu memang kadang
kala sifatnya terpaksa. Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan
menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah
kepadaNya. Itulah harga sebuah hijrah. Kemanisan yang dirasakan di
penghujungnya.
Betol! Berubah
memang payah! Mesti kuat dan bermujahadah. Sebab syaitan sangat expert dalam
menghalang manusia ke arah yang lebih baik. Mereka telah berjanji akan
menghasut manusia sehinggalah hari kiamat. Jadi, kita akan dikaburi dan nampak perkara-perkara
baik sebagai perkara yang membosankan, memalukan, dan sebagainya. Padahal, pada
hakikatnya perkara-perkara baik itulah yang menenangkan jiwa kita, apatah lagi
bila baik itu adalah baik yang bertepatan dengan suruhan ALLAH. Dan bila kita
baik, inshaALLAH ketenangan tu akan jadi milik kita. Contohnya bila kita cuba
pakai tudung yang mengikut syariat, kita akan rasa macam nampak lebih cantik tak
pakai tudung. Walhal sebenarnya semua tu cuma bisikan-bisikan daripada syaitan
yang takkan jemu menghasut keturunan Bani Adam. Realitinya kita akan kelihatan
lebih cantik dan tenang sangat bila kita ikut apa yang ALLAH suruh. Kita akan
rasa dilindungi oleh Allah. SubahanaAllah cukup indah perasaan itu :')
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara KESELURUHAN, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.” ( al-Baqarah:208)
Nak
'berhijrah' berubah? Bagaimana dan tips?
Di sini, saya nak berkongsi
sedikit tips bagi mereka-mereka yang ingin berubah ke arah lebih baik, ke arah
menjadi super muslim wa muslimah:
@ Mulakan niat
berubah semata-mata kerana ALLAH
@ Letak target
supaya dapat follow up
@ Tingkatkan ilmu
pengetahuan terutama berkaitan agama melalui bacaan2 ilmiah/majlis ilmu
@ Ikhlaskan diri
dalam setiap amalan dan perubahan
@ Mencari suasana
dan bersahabat dengan orang yang baik
@ Mencintai
everything yang berkaitan dengan Allah
@ Bersabar dengan
segala cemuhan/kritikan orang
@ Doa selalu kepada
Allah. Doa kan senjata mukmin. Talian hayat kita denganNya yang takkan offline
@ Tidak terlalu
berpegang ngan statement ‘aku lebih baik dari dia’
@ Sentiasa bermuhasabah
diri amalan kita seharian
Bagi mereka yang
masih lagi lemah dan memerlukan sesuatu untuk booster kan lagi semangat anda
untuk berubah, dengar sini. Usah ragu dan risau akan duri-duri dan rintangan
serta kata-kata cacian yang mungkin menyucuk apabila berada di atas jalan yang
lurus. Kenanglah peristiwa di mana Nabi kita dan Saidina Abu Bakar ketika berada di dalam gua Thur. Tatkala baginda
melihat Saidina Abu Bakar dalam ketakutan dan cemas bimbangkan baginda
diapa-apakan oleh musyrikin Makkah. Apa kata baginda? Baginda menuturkan “Janganlah
engkau merasa risau dan sedih. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan kita.” Yakinlah
Allah bersama kita.
Akhirnya marilah
kita jadikan tahun ini sebagai titik tolak peningkatan amal kebaikan. Biarkan apa
jua orang nak kata itu ini, kerana hijrah dan perubahan kita seharusnya adalah
semata-mata kerana mengharapkan redha ALLAH. Kalau redha Allah yang kita kejar,
inshaAllah redha Allah lah yang kita akan dapat. Apa jua yang orang lain kata,
tak akan sedikitpun mengubah nilaian ALLAH terhadap diri kita. Kita tak perlu
berusaha untuk tunjukkan diri kita sebagai orang yang baik pada pandangan
manusia, tapi kita mesti selalu cuba dan cuba untuk jadi orang yang baik kerana
ALLAH, sama ada di depan ataupun di belakang manusia. Semoga Allah akan
menerima segala amal kita dan
semoga kita dapat menjadi insan yang lebih baik. Jaga diri, jaga iman, Allah
sayang kita! Waallahua’lam.
p/s: Hanya sekadar
ingin menguatkan diri dan mudah-mudahan anda juga!!!
Nota Hati 1 : Saya
sendiri masih jauh dari sempurna. Wahai saudara seagama saya, tolonglah tegur
saya dengan cara yang sepatutnya.
Nota
Hati 2 : Cuti nih memang sesuai practice untuk jadi suri rumah dan isteri
mithali..heee:))
Comments
Moga Allah permudah niat baik kita yeee
ke arah menjadi super muslimah
inshaALlah
:))
slm maal hijrah jugak yee
yeahh
tutup buku lama
bukak buku baru
slmt mjadi org 'baru'
:))
tol tuh dear
sama2 kita usaha dan teruskan usaha untuk berubah kepada kebaikan
kita memang akan sakit pada permulaan HIJRAH,
tp apabila perubahan itu lillahita'ala,
inshaAllah Allah akan permudah
yg pnting kita kena start dl perubahan tuh,
then kuat n pray a lot
:))
Moga Allah redha kita :))
inshaAllah akan kunjung balas
tengs yeee
:))
betul tu, berhijrah kearah yang lebih baik amat dinanti2 kan oleh Allah S.W.T..diri ini juga banyak perlu muhasabah diri, dan menuju kearah lebih baik..insyaAllah..kita tidak sempurna kan..suka Nota Hati 1 wafa..tegur cara baik jika kita berbuat salah..kan..?? Bukan dengan cara menunjukkan protes bahawasanya kita adalah pesalah terbesar di dunia..syukran jazilan..!!..
salam ukhuwah dan maal hijrah :D
so true dear
berhijrah kearah yang lebih baik amat dinanti2 kan oleh Allah S.W.
jangan pernah berputus asa utk berusaha mendapat syurgaNya
berazam, apa yang penting adalah tindakan selepasnya.
What should we do next untuk buang sisi-sisi jahiliyah kita tu?
moga Allah permudah yeee
:))
*jgn benci orang yg membuat dosa..benci dosanya shj! xsmpurna iman sseorag melainkan shgga dia cintakan saudaranya spt dia cintakan diri Afwan yee sis :))
waalaikumussalam dear
InshaAllah sama2
ame2 ke arah yang lebih baik
:))
betol dear
iman kita xtetap
iman kita ada turun dan naiknya
sama2 kita mujahadah dan berusaha meningkatkan keimanan kita kepadaNya
alhamdulillah, Allah panjangkan lagi umur kita supaya kita dapat menjadi lebih baek muslim/muslimah
inshaAllah!
Ya,
semoga kita dapat menjadi insan yang lebih baik.
Selamat kita berusaha! dan semoga kita berjaya melakukan perubahan, amin....
inshaAllah
tutup buku lama, bukak buku baru.
Moga lebih baik
:)