| Hijrah | Kembali Menilai Siapa Diri Kita, Kita Hanya Hamba |


Bismillahirrahmanirrahim~ Assalamualaikum to all my dear readers and followers. Seperti biasa, mulakan bacaan anda dengan senyuman yang lebar okie..  Masuk belog ni dengan senyuman yang paling-paling manis.. woow, sangat cantik sangat makhluk Allah nih..:))



Masa pantas berlalu, tak terkejar rasanya, seolah-olah terlalu cepat, sekejap lagi kita akan masuk ke tahun baru Islam, 1 MUHARRAM 1434H. So, kena tutup buku lama, bukak buku baru. Kalau ditanyakan apa maksud hijrah, of course mostly yang akan jawab ‘ hijrah itu perpindahan Nabi kita dari Mekah ke Madinah’. Sure, jawapan ini yang akan diberi. Mungkin kita memahami pengertian hijrah itu semata-mata berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana Rasulullah S.A.W. Sebenarnya hijrah membawa pengertian yang luas dalam skop sekarang.




Hijrah bukan sahaja terbatas kepada pengertian berpindahnya dari satu tempat ke tempat yang lain, tetapi juga boleh meliputi kepada makna berpindahnya dari sifat atau perbuatan yang kurang atau tidak baik kepada baik. Maka kita pada hari ini harus bermuhasabah diri terhadap proses hijrah dalam diri. Hijrah kah diri kita? Hijrah kah kita dalam mengatasi kelemahan kita kepada kebaikan? Adakah detik demi detik, hari demi hari, bulan demi bulan dan tahun demi tahun kita melakukan proses perubahan ke arah yang lebih baik? Contohnya:

Daripada malas solat kepada menjaga solat lima waktu
Daripada tidak menutup aurat kepada menutup aurat
Daripada pemarah kepada lebih sabar
Daripada suka bergossip kepada zero gossip
Daripada suka shopping kain pasang kepada suka bersedekah
Daripada suka ber’face’ book kepada suka ber’face’ al-Quran



Mahalnya sebuah hijrah diri
Alhamdulillah, sudah banyak sahabat2, senior2 dan orang-orang di sekeliling saya sekarang mengalami perubahan dalam hidup mereka. Mereka kini lebih ke arah penghijrahan yang baik. Syukur sangat. Suka melihat perubahan mereka dan saya berdoa saya pun tergolong dalam kalangan seperti mereka. Sesungguhnya bukan senang nak melakukan satu penghijrahan ke arah yang lebih baik. Dalam melakukan penghijrahan ke arah yang lebih baik, kita tidak seharusnya hanya menunggu hidayah Allah untuk berubah, tetapi berusaha dan paksakan diri untuk berhijrah ke arah lebih baik. Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa, solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa, kerana kewajipan itu memang kadang kala sifatnya terpaksa. Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Itulah harga sebuah hijrah. Kemanisan yang dirasakan di penghujungnya.



Betol! Berubah memang payah! Mesti kuat dan bermujahadah. Sebab syaitan sangat expert dalam menghalang manusia ke arah yang lebih baik. Mereka telah berjanji akan menghasut manusia sehinggalah hari kiamat. Jadi, kita akan dikaburi dan nampak perkara-perkara baik sebagai perkara yang membosankan, memalukan, dan sebagainya. Padahal, pada hakikatnya perkara-perkara baik itulah yang menenangkan jiwa kita, apatah lagi bila baik itu adalah baik yang bertepatan dengan suruhan ALLAH. Dan bila kita baik, inshaALLAH ketenangan tu akan jadi milik kita. Contohnya bila kita cuba pakai tudung yang mengikut syariat, kita akan rasa macam nampak lebih cantik tak pakai tudung. Walhal sebenarnya semua tu cuma bisikan-bisikan daripada syaitan yang takkan jemu menghasut keturunan Bani Adam. Realitinya kita akan kelihatan lebih cantik dan tenang sangat bila kita ikut apa yang ALLAH suruh. Kita akan rasa dilindungi oleh Allah. SubahanaAllah cukup indah perasaan itu :')
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara KESELURUHAN, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu.” ( al-Baqarah:208)



Nak 'berhijrah' berubah? Bagaimana dan tips?
Di sini, saya nak berkongsi sedikit tips bagi mereka-mereka yang ingin berubah ke arah lebih baik, ke arah menjadi super muslim wa muslimah:
@ Mulakan niat berubah semata-mata kerana ALLAH
@ Letak target supaya dapat follow up
@ Tingkatkan ilmu pengetahuan terutama berkaitan agama melalui bacaan2 ilmiah/majlis ilmu
@ Ikhlaskan diri dalam setiap amalan dan perubahan
@ Mencari suasana dan bersahabat dengan orang yang baik
@ Mencintai everything yang berkaitan dengan Allah
@ Bersabar dengan segala cemuhan/kritikan orang
@ Doa selalu kepada Allah. Doa kan senjata mukmin. Talian hayat kita denganNya yang takkan offline
@ Tidak terlalu berpegang ngan statement ‘aku lebih baik dari dia’
@ Sentiasa bermuhasabah diri amalan kita seharian 

Bagi mereka yang masih lagi lemah dan memerlukan sesuatu untuk booster kan lagi semangat anda untuk berubah, dengar sini. Usah ragu dan risau akan duri-duri dan rintangan serta kata-kata cacian yang mungkin menyucuk apabila berada di atas jalan yang lurus. Kenanglah peristiwa di mana Nabi kita dan Saidina Abu Bakar ketika  berada di dalam gua Thur. Tatkala baginda melihat Saidina Abu Bakar dalam ketakutan dan cemas bimbangkan baginda diapa-apakan oleh musyrikin Makkah. Apa kata baginda? Baginda menuturkan “Janganlah engkau merasa risau dan sedih. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan kita.” Yakinlah Allah bersama kita.



Akhirnya marilah kita jadikan tahun ini sebagai titik tolak peningkatan amal kebaikan. Biarkan apa jua orang nak kata itu ini, kerana hijrah dan perubahan kita seharusnya adalah semata-mata kerana mengharapkan redha ALLAH. Kalau redha Allah yang kita kejar, inshaAllah redha Allah lah yang kita akan dapat. Apa jua yang orang lain kata, tak akan sedikitpun mengubah nilaian ALLAH terhadap diri kita. Kita tak perlu berusaha untuk tunjukkan diri kita sebagai orang yang baik pada pandangan manusia, tapi kita mesti selalu cuba dan cuba untuk jadi orang yang baik kerana ALLAH, sama ada di depan ataupun di belakang manusia. Semoga Allah akan menerima segala amal kita dan semoga kita dapat menjadi insan yang lebih baik. Jaga diri, jaga iman, Allah sayang kita! Waallahua’lam.
p/s: Hanya sekadar ingin menguatkan diri dan mudah-mudahan anda juga!!!


Nota Hati 1 : Saya sendiri masih jauh dari sempurna. Wahai saudara seagama saya, tolonglah tegur saya dengan cara yang sepatutnya.
Nota Hati 2 : Cuti nih memang sesuai practice untuk jadi suri rumah dan isteri mithali..heee:))

Comments

Kak iman said…
wah dh kwin xgtau pon...salam maal hijrah gak dri iman
salam maal hijrah~! insyaAllah cuba berubah sedikit demi sedikit. Kte x sempurna, tp blh berubah utk menjd yg lbh baik.^^
Unknown said…
salam maal hijrah.semoga tahun baru ni lbh baik dr tahun-tahun lepas
PeRdU cINta said…
Assalammualaikum..syukur ya Allah kerana ENGKAU masih lagi menghidupkan kami..untuk berubah kita perlu kuat semangat..jangan mudah rebah dengan cacian dunia..jangan mudah tersungkur dengan hasutan syaitan..kerana kita ciptaan terbaik dari Allah..sama-sama kita berubah..usaha..usaha dan teruskan usaha untuk berubah kepada kebaikan..salam maal hijrah 1434H..
NorFarahin@aien said…
@aiNa yaZiD :

Moga Allah permudah niat baik kita yeee
ke arah menjadi super muslimah
inshaALlah
:))
NorFarahin@aien said…
@Nurul Iman :

slm maal hijrah jugak yee
yeahh
tutup buku lama
bukak buku baru
slmt mjadi org 'baru'
:))
NorFarahin@aien said…
@PeRdU cINta :

tol tuh dear
sama2 kita usaha dan teruskan usaha untuk berubah kepada kebaikan
kita memang akan sakit pada permulaan HIJRAH,
tp apabila perubahan itu lillahita'ala,
inshaAllah Allah akan permudah
yg pnting kita kena start dl perubahan tuh,
then kuat n pray a lot
:))
Moga Allah redha kita :))
NorFarahin@aien said…
@Outbound Malang :

inshaAllah akan kunjung balas
tengs yeee
:))
Unknown said…
Salam Maal Hijrah Wafa..(",)..
betul tu, berhijrah kearah yang lebih baik amat dinanti2 kan oleh Allah S.W.T..diri ini juga banyak perlu muhasabah diri, dan menuju kearah lebih baik..insyaAllah..kita tidak sempurna kan..suka Nota Hati 1 wafa..tegur cara baik jika kita berbuat salah..kan..?? Bukan dengan cara menunjukkan protes bahawasanya kita adalah pesalah terbesar di dunia..syukran jazilan..!!..
Majime said…
assalamualaikum..iA...same2 ke arah yang lebih baik..
myliona said…
assalamualaikum. entry menarik. manusia memang perlukan perlukan perubahan, kadang-kadang iman kita ni turun naik.

salam ukhuwah dan maal hijrah :D
ehm sma la ngn Ms..moh sama2 kita capai apa yg kita impikan..=)
ariff said…
semoga tahun baru ini semakin bertmbh baiknya amalan dan akhlak kita insyaAllah :)
NorFarahin@aien said…
@aiN NaJwa :

so true dear
berhijrah kearah yang lebih baik amat dinanti2 kan oleh Allah S.W.
jangan pernah berputus asa utk berusaha mendapat syurgaNya
berazam, apa yang penting adalah tindakan selepasnya.
What should we do next untuk buang sisi-sisi jahiliyah kita tu?
moga Allah permudah yeee
:))

*jgn benci orang yg membuat dosa..benci dosanya shj! xsmpurna iman sseorag melainkan shgga dia cintakan saudaranya spt dia cintakan diri Afwan yee sis :))
NorFarahin@aien said…
@NuNa RuZLaN :

waalaikumussalam dear
InshaAllah sama2
ame2 ke arah yang lebih baik
:))
NorFarahin@aien said…
@myliona :

betol dear
iman kita xtetap
iman kita ada turun dan naiknya
sama2 kita mujahadah dan berusaha meningkatkan keimanan kita kepadaNya
alhamdulillah, Allah panjangkan lagi umur kita supaya kita dapat menjadi lebih baek muslim/muslimah
inshaAllah!
NorFarahin@aien said…
@::Misz sunsWeetz:: :

Ya,
semoga kita dapat menjadi insan yang lebih baik.
Selamat kita berusaha! dan semoga kita berjaya melakukan perubahan, amin....
NorFarahin@aien said…
@ariff al-baqi:

inshaAllah
tutup buku lama, bukak buku baru.
Moga lebih baik
:)
ELFarahin said…
http://sujuelfarahin.blogspot.com/2012/11/1st-mega-giveaway-by-girl-on-slope.html
THE AUTHOR said…
Salam Maal Hijrah Untuk Awak Juga
Nora Karim said…
Salam Maal Hijrah... moga kita dapat petunjuk dr Allah untuk menjadi lebih dan lebih baik... AMin...

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!