Awak | Jangan jadi manusia sombong. Kepada DIA juga kita akan kembali!


Bismillahirrahmanirrahim~ Assalamualaikum to all my dear readers and followers. Apa khabar iman, apa khabar diri anda semua? Alhamdulillah, masih bernafas lagi di dunia Allah ini. Terase nak hupdate belog today walaupun just a shortnote maybe setelah dua, tiga hari ini agak kebizian dengan ceramah dot dot dot.. : ) dan sekarang seakan-akan lebih suka nak hupdate entry yang berkaitan dengan kematian dan nikmat Allah. Mungkin kerana terbias dengan kesengsaraan saudara kita di Gaza dan Palestin.




Okeyh, we direct to our entry. One question I want to ask to all. Kenapa kita manusia perlu berbangga sangat dengan kehidupan kita di dunia ini? Berbangga dengan apa dan kelebihan yang kita miliki sekarang. Sedangkan semuanya fake, palsu dan tak kekal lama. Semua yang kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman sementara. Jadi, sangat hairan lah bagi mereka yang sombong dan bongkak sedangkan Dia yang jadikan kita, Dia yang bagi segala-galanya. Udara dan oksigen yang kita sedut sekarang ini pun dari Dia. Kita semua ini berada di bawah langit yang sama, langit Ilahi. Tak kira lah kita ni Muslim ataupun tidak.  Jadi, sama-sama kita tepuk dada, tanya hati, tanya iman kita. Hebat sangat ke kita ini sampai perlu perlu bongkak dan sombong sesama manusia apatah lagi dengan Allah, padahal hakikatnya kita ini bergatung total hanya kepadaNya.


Jangan bangga sangat dengan pakaian yang cantik dan mahal yang kita ada kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan putih juga. Semua sama!

Jangan bangga sangat dengan kenderaan mewah kerana kenderaan terakhir kita adalah van jenazah dan papan keranda.

Jangan terlalu syok dengan tempat tidur, tilam yang empuk dan selesa kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahad di dalam kubur nanti.

Jangan terlalu ego dan sombong kerana mampu mempunyai rumah mewah sebab rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua.

Jangan terlalu ego dengan pangkat, jawatan, harta dan darjat sebab bila mati semua tuh tak dapat bawa masuk jugak dalam kubur pun, bekal yang ada pun hanya amalan kita sahaja.

Jangan terlalu bangga dan sombong dengan wajah yang kacak jelita kerana bila mati nanti wajah kita itu juga akan berubah. Jadi tengkorak semua. Pucat lesi, tulang je ada!






Mati itu pasti!
Apabila telah tiba waktu kematian seseorang itu, maka kita tak akan dapat lari daripada ajal. MATI itu pasti! Kenyataan yang sememangnya tidak dapat dielakkan lagi sejak ALLAH meniupkan roh ketika manusia di dalam kandungan ibu. Mati tidak kenal umur, pangkat, rupa paras dan darjat kerana ianya satu yang pasti telah dicatatkan. Bayangkan kain putih menutupi sekujur badan kita yang selama ni dibaluti pakaian yang mahal-mahal dan cantik-cantik? Bayangkan apakah perasaan kita sebaik ditinggalkan keseorangan dalam liang yang dalamnya tujuh kaki dengan hanya ditemani kegelapan? Yang ada, yang akan menjadi cahaya untuk kita di dalam sana hanyalah amal ibadah kita di dunia. Sesungguhnya, matinya anak Adam itu, maka terputuslah dia melainkan dengan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan. Allahu! Amalanku masih sedikit. Akan bercahayakah liang lahadku? atau dipenuhi ular, kala jengking dan segala binatang berbisa. Nauzubillah, jauhkanlah!





Hidup kita adalah untuk mati
Pernah tak pagi-pagi, bila kita bangun dari tidur dan kita terfikir bagaimana pengakhiran hidup kita nanti? Pernah tak kita rasa takut nak tidur, takut bila dah tidur tak bangkit-bangkit sudah? Allahu, sedangkan manusia yang sedang berjaga, orang yang sedang sujud waima orang yang sedang berbuat maksiat pun Allah boleh tarik nyawanya saat itu, apatah lagi orang yang sedang lena dibuai mimpi mainan syaitan. Sesungguhnya, hidup kita adalah persediaan untuk mati. Kenapa mesti takut dengan mati? Sedangkan hidup kita ini adalah memang untuk mati. Syarat untuk mati adalah kita mesti hidup kan. Andai baik amalan kita, bahagialah kita di sana. Tapi, ramai yang lupa, lalai dengan dunia. Kita lupa, kehebatan kita, kecantikan kita, kemewahan, keamanan kita adalah semua milik Allah. Kita hanya pinjam sekejap je sebelum dia kejutkan kita dari mimpi dunia. Sungguh, cemburu sangat dengan anak-anak Gaza dan Palestin yang dari kecilnya telah dididik dan ditarbiyah untuk bersedia untuk mati, untuk syahid di jalan Allah. Moga-moga walaupun kita tidak seperti mereka, namun semangat mereka mengalir di dalam darah kita.





Akhir pena. Kepada saya sendiri, kamu, awak, anda, mereka. Tidak kisahlah apa jua yang sedang kita lakukan, apa jua pekerjaan kita, cita-cita dan impian kita,
Perdana menteri ke..
Doktor ke..
Jurutera ke..
Ustaz, ustazah ke..
Peguam ke..
Petani ke..
Masih belajar ke..
Atau apa-apa sahaja..
Ingatlah satu perkara ini sahaja. BUMI INI MILIK ALLAH, DUNIA ini ciptaanNya, AKHIRAT NYA yang kekal abadi. Milikilah apa saja pun. Semuanya masih di bawah KUASA Allah dan Allah akan memanggil kita bila-bila masa sahaja. Biarpun kita tidak tahu pengakhiran kita bagaimana. Lemas? terbakar? kemalangan? sakit? atau syahid? Tapi, HUSNUL KHATIMAH. Itu yang kita inginkan. Justeru, sekarang kita perlu segera jadikan amalan kerja buat kita di dunia ini menjadi pahala di sisi ALLAH SWT kelak. Untuk menjadi bekal di sana, di dalam kubur, di padang mahsyar dan inshaAllah di syurga yang kekal abadi. Daripada Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali. Semoga kita berada di dalam penilaianNYA yang baik. Pesanan untuk hati, selalu INGAT MATI. Moga-moga kita beroleh syurgaNya. Waallahu'alam~
(Untuk mereka) Syurga-syurga "Adn", yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki; demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertaqwa, (Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: "Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan".(Surah an-Nahl: ayat 31-32)

Nota Hati 1 : Dengan mengingati mati selalu, ia akan dapat meneguhkan semangat dan keyakinan kita. Ia menghalang kita daripada terjerumus ke lembah dosa dan maksiat. Ia juga menyemai keazaman untuk menghindari segala bentuk perbuatan yang tidak disukai Allah SWT.
Nota Hati 2 : Walaupun gencatan senjata di Gaza sekarang, namun jangan putus-putus doakan mereka setiap hari. Jangan kita leka, sebab Zionis memang tidak boleh dipercayai!

Comments

nadi said…
Allahuakbar :')
Mati itu pasti . Berdoalah setiap hari agar mendapat pengakhiran hidup yang baik,HUSNUL KHATIMAH :) syukran atas perkongsian ^^
myliona said…
Ya Allah, matikan kami dalam keadaan islam, iman. semoga kita sama2 dijalanNya pada perjuangan demi Islam:D

salam ukhuwah fillah
NorFarahin@aien said…
@Nadiah Karim :

moga2
kita hidup dan mati dalam iman islam
ameen
: )
NorFarahin@aien said…
@myliona :

amen3x
Salam ukhuwwah kembali dear
: )
One Heart said…
Sangat berguna entry saudari :)
Mati itu satu kepastian.
THE AUTHOR said…
Jika kita tahu akan hidup selepas mati sure kit akan beribadat as Islam yang benar2 islam..
Entri ini memang menarik kerana aku juga dapat peringatan dari ini..
Kita manusia selalu lalai...
RuMaH TuA said…
وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.

Ad-Dzariat: 55


Mengokreksi diri dengan menginsafi.

(^_^)y Rindu-rinduan...
Selamat bercuti...

Moga Allah kasih dirimu sahabat...
NorFarahin@aien said…
@Siti Aqilah Munirah Ismahisham :

alhamdulillah
segala pujian berbalik kepadaNya
sama2 muhasabah diri
: )
NorFarahin@aien said…
@Hanif Idrus :

betol tuh
perumpamaan jika kita tw kita akan mati esuk
sudah tentu kita akan beribadat sepanjang hari dan masa
tapi Allah itu maha hebat
kematiaan kita menjadi rahsiaNya
untuk kita berusaha menjadi hmabanya yang sebenar2nya..
mog2 kita tergolong dalam kalangan yg beriman'ameen3x
: )
NorFarahin@aien said…
@RuMaH TuA :

betol tuh ieqa syggg
sama2 kita mengingatkan antara 1 smew lain
kerna kita ni hanya insan bgelar mnusia
iman kdg2 trun naek
kdg2 lupa
jd kne laa smew2 slg mengingatkan
kita nak masuk syurga sama-sama kan? hee
:)

#rindu2an jugakkkk..moga baek2 aje walau d maner sje berade yeee..: )
Unknown said…
ingat mati , panjang akal ;)

anda di tag , jum join sekali wafa :D

http://cikpensil.blogspot.com/2012/11/mini-gempak-giveaway-by.html
aina izati said…
Entry yg sangat berguna akak. ;')
Teruskan meng-update. HEE :D
Adk akan selalu singgah dkt blog akak :)
outbound malang said…
kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Ingatlah selalu bahwa tekad Anda untuk sukses lebih penting daripada yang lainnya.
outbound malang said…
kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
semoga menjadi semangat .. :)
Ingatlah selalu bahwa tekad Anda untuk sukses lebih penting daripada yang lainnya.
Izzah Haneefa said…
betul sangat cakap akak. kalau ada sebesar biji sawi rasa sombong dlm hati kita pun x da gunanya kita buat amal setimbun gunung selama ni.... thx ingatkan kak :)

-Rindu belog ni. Dah habis SPM, yeay.. boleh jenguk blog akak selalu!
AnnaAliahA'sri said…
Please Like,Comment and Share ♥
ThanKYU ♥

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=544017022293623&set=a.542970899064902.134812.253933891301939&type=3&src=http%3A%2F%2Fsphotos-e.ak.fbcdn.net%2Fhphotos-ak-ash4%2F309131_544017022293623_2101378486_n.jpg&size=766%2C766

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!