Awak | Jangan jadi manusia sombong. Kepada DIA juga kita akan kembali!
Bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum to all my dear readers and followers. Apa khabar iman, apa
khabar diri anda semua? Alhamdulillah, masih bernafas lagi di dunia Allah ini. Terase
nak hupdate belog today walaupun just a shortnote maybe setelah dua, tiga hari
ini agak kebizian dengan ceramah dot dot dot.. : ) dan sekarang seakan-akan
lebih suka nak hupdate entry yang berkaitan dengan kematian dan nikmat Allah.
Mungkin kerana terbias dengan kesengsaraan saudara kita di Gaza dan Palestin.
Okeyh, we direct to our
entry. One question I want to ask to all. Kenapa kita manusia perlu berbangga sangat
dengan kehidupan kita di dunia ini? Berbangga dengan apa dan kelebihan yang
kita miliki sekarang. Sedangkan semuanya fake, palsu dan tak kekal lama. Semua
yang kita miliki di dunia ini hanyalah pinjaman sementara. Jadi, sangat hairan
lah bagi mereka yang sombong dan bongkak sedangkan Dia yang jadikan kita, Dia
yang bagi segala-galanya. Udara dan oksigen yang kita sedut sekarang ini pun
dari Dia. Kita semua ini berada di bawah langit yang sama, langit Ilahi. Tak kira
lah kita ni Muslim ataupun tidak. Jadi,
sama-sama kita tepuk dada, tanya hati, tanya iman kita. Hebat sangat ke kita
ini sampai perlu perlu bongkak dan sombong sesama manusia apatah lagi dengan
Allah, padahal hakikatnya kita ini bergatung total hanya kepadaNya.
Jangan bangga sangat dengan pakaian yang cantik dan mahal yang kita ada kerana pakaian terakhir kita nanti adalah kain kapan putih juga. Semua sama!
Jangan bangga sangat dengan kenderaan mewah kerana kenderaan terakhir kita adalah van jenazah dan papan keranda.
Jangan terlalu syok dengan tempat tidur, tilam yang empuk dan selesa kerana tempat tidur terakhir kita adalah di liang lahad di dalam kubur nanti.
Jangan terlalu ego dan sombong kerana mampu mempunyai rumah mewah sebab rumah terakhir kita nanti adalah kubur bertiang dua.
Jangan terlalu ego dengan pangkat, jawatan, harta dan darjat sebab bila mati semua tuh tak dapat bawa masuk jugak dalam kubur pun, bekal yang ada pun hanya amalan kita sahaja.
Jangan terlalu bangga dan sombong dengan wajah yang kacak jelita kerana bila mati nanti wajah kita itu juga akan berubah. Jadi tengkorak semua. Pucat lesi, tulang je ada!
Mati itu pasti!
Apabila telah tiba waktu
kematian seseorang itu, maka kita tak akan dapat lari daripada ajal. MATI itu
pasti! Kenyataan yang sememangnya tidak dapat dielakkan lagi sejak ALLAH
meniupkan roh ketika manusia di dalam kandungan ibu. Mati tidak
kenal umur, pangkat, rupa paras dan darjat kerana ianya satu yang pasti telah dicatatkan. Bayangkan
kain putih menutupi sekujur badan kita yang selama ni dibaluti pakaian yang mahal-mahal dan cantik-cantik? Bayangkan apakah perasaan kita sebaik
ditinggalkan keseorangan dalam liang yang dalamnya tujuh kaki dengan hanya
ditemani kegelapan? Yang ada, yang akan menjadi cahaya untuk kita di dalam sana hanyalah
amal ibadah kita di dunia. Sesungguhnya, matinya anak Adam itu, maka
terputuslah dia melainkan dengan tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang
dimanfaatkan. Allahu! Amalanku masih sedikit. Akan bercahayakah liang lahadku?
atau dipenuhi ular, kala jengking dan segala binatang berbisa. Nauzubillah, jauhkanlah!
Hidup kita adalah untuk
mati
Pernah tak pagi-pagi, bila
kita bangun dari tidur dan kita terfikir bagaimana pengakhiran hidup kita nanti? Pernah
tak kita rasa takut nak tidur, takut bila dah tidur tak bangkit-bangkit sudah?
Allahu, sedangkan manusia yang sedang berjaga, orang yang sedang sujud waima
orang yang sedang berbuat maksiat pun Allah boleh tarik nyawanya saat itu, apatah lagi
orang yang sedang lena dibuai mimpi mainan syaitan. Sesungguhnya, hidup kita
adalah persediaan untuk mati. Kenapa mesti takut dengan mati? Sedangkan hidup
kita ini adalah memang untuk mati. Syarat untuk mati adalah kita mesti hidup kan. Andai baik amalan kita, bahagialah kita di sana. Tapi,
ramai yang lupa, lalai dengan dunia. Kita lupa, kehebatan kita, kecantikan
kita, kemewahan, keamanan kita adalah semua milik Allah. Kita hanya pinjam sekejap je
sebelum dia kejutkan kita dari mimpi dunia. Sungguh, cemburu sangat dengan anak-anak
Gaza dan Palestin yang dari kecilnya telah dididik dan ditarbiyah untuk
bersedia untuk mati, untuk syahid di jalan Allah. Moga-moga walaupun kita tidak
seperti mereka, namun semangat mereka mengalir di dalam darah kita.
Akhir pena. Kepada saya sendiri,
kamu, awak, anda, mereka. Tidak kisahlah apa jua yang sedang kita lakukan, apa jua pekerjaan kita, cita-cita dan
impian kita,
Perdana menteri ke..
Doktor ke..
Jurutera ke..
Ustaz, ustazah ke..
Peguam ke..
Petani ke..
Masih belajar ke..
Atau apa-apa sahaja..
Ingatlah satu perkara ini
sahaja. BUMI INI MILIK ALLAH, DUNIA ini ciptaanNya, AKHIRAT NYA yang kekal abadi.
Milikilah apa saja pun. Semuanya masih di bawah KUASA Allah dan Allah akan
memanggil kita bila-bila masa sahaja. Biarpun kita tidak tahu pengakhiran kita
bagaimana. Lemas? terbakar? kemalangan? sakit? atau syahid? Tapi, HUSNUL
KHATIMAH. Itu yang kita inginkan. Justeru, sekarang kita perlu segera jadikan
amalan kerja buat kita di dunia ini menjadi pahala di sisi ALLAH SWT kelak.
Untuk menjadi bekal di sana, di dalam kubur, di padang mahsyar dan inshaAllah di
syurga yang kekal abadi. Daripada Allah kita datang, kepadaNya jua kita
kembali. Semoga kita berada di dalam penilaianNYA yang baik. Pesanan untuk hati,
selalu INGAT MATI. Moga-moga kita beroleh syurgaNya. Waallahu'alam~
(Untuk mereka) Syurga-syurga "Adn", yang mereka akan memasukinya, yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki; demikianlah Allah membalas orang-orang yang bertaqwa, (Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: "Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan".(Surah an-Nahl: ayat 31-32)
Nota Hati 1 : Dengan mengingati
mati selalu, ia akan dapat meneguhkan semangat dan keyakinan kita. Ia
menghalang kita daripada terjerumus ke lembah dosa dan maksiat. Ia juga menyemai keazaman untuk menghindari segala
bentuk perbuatan yang tidak disukai Allah SWT.
Nota Hati 2 : Walaupun
gencatan senjata di Gaza sekarang, namun jangan putus-putus doakan mereka
setiap hari. Jangan kita leka, sebab Zionis memang tidak boleh dipercayai!
Comments
Mati itu pasti . Berdoalah setiap hari agar mendapat pengakhiran hidup yang baik,HUSNUL KHATIMAH :) syukran atas perkongsian ^^
salam ukhuwah fillah
moga2
kita hidup dan mati dalam iman islam
ameen
: )
amen3x
Salam ukhuwwah kembali dear
: )
Mati itu satu kepastian.
Entri ini memang menarik kerana aku juga dapat peringatan dari ini..
Kita manusia selalu lalai...
Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.
Ad-Dzariat: 55
Mengokreksi diri dengan menginsafi.
(^_^)y Rindu-rinduan...
Selamat bercuti...
Moga Allah kasih dirimu sahabat...
alhamdulillah
segala pujian berbalik kepadaNya
sama2 muhasabah diri
: )
betol tuh
perumpamaan jika kita tw kita akan mati esuk
sudah tentu kita akan beribadat sepanjang hari dan masa
tapi Allah itu maha hebat
kematiaan kita menjadi rahsiaNya
untuk kita berusaha menjadi hmabanya yang sebenar2nya..
mog2 kita tergolong dalam kalangan yg beriman'ameen3x
: )
betol tuh ieqa syggg
sama2 kita mengingatkan antara 1 smew lain
kerna kita ni hanya insan bgelar mnusia
iman kdg2 trun naek
kdg2 lupa
jd kne laa smew2 slg mengingatkan
kita nak masuk syurga sama-sama kan? hee
:)
#rindu2an jugakkkk..moga baek2 aje walau d maner sje berade yeee..: )
anda di tag , jum join sekali wafa :D
http://cikpensil.blogspot.com/2012/11/mini-gempak-giveaway-by.html
Teruskan meng-update. HEE :D
Adk akan selalu singgah dkt blog akak :)
semoga menjadi semangat .. :)
Ingatlah selalu bahwa tekad Anda untuk sukses lebih penting daripada yang lainnya.
semoga menjadi semangat .. :)
Ingatlah selalu bahwa tekad Anda untuk sukses lebih penting daripada yang lainnya.
-Rindu belog ni. Dah habis SPM, yeay.. boleh jenguk blog akak selalu!
ThanKYU ♥
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=544017022293623&set=a.542970899064902.134812.253933891301939&type=3&src=http%3A%2F%2Fsphotos-e.ak.fbcdn.net%2Fhphotos-ak-ash4%2F309131_544017022293623_2101378486_n.jpg&size=766%2C766