| Aishiteru Ya Hanana |

Bismillahirrahmanirrahim~Assalamualaikum,
Selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang begitu menyayangi umatnya.




Qasidah "Ya HaNaNa"




YA HANANA!! SUBHANALLAH... rasa tenang sangat dengan kelunakan alunannya. Bila baca maksud dia rasa sebak pun ada..emm.. betapa beruntungnya kita.. kita jer tak sedar dek untung... sememangnya kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W sangat-sangatlah beruntung dengan kelahiran Nabi kita Muhammad S.A.W., Tetapi mari kita renungkan adakah Nabi kita merasa beruntung dengan diri kita sebagai salah seorang umat baginda, adakah kita telah menunaikan hak-hak kita sebagai umat baginda, mengikut apa yang dibawanya, adakah kita benar-benar layak menjadi umat baginda, dan adakah kita akan membuatkan baginda gembira dengan akhlak kita, amalan kita dan sebagainya. Allahu… Sama-samalah kita muhasabah diri.

Jom kita berqasidah! Jauh lebih baik dari hafal lagu2 lara yang tiada pengisian rohani... balik2 lagu putus cinta yang entah ape2 aje...kan...:P


Jatuh cinta dengan kumpulan ini.. Kumpulan alMawlid.. sungguh sejuk hati melihat mereka.. ^^





Akhir kalam, berselawatlah dan sampaikan salam kepada baginda. Kelak ia akan memberi syafaat kepada kita di hari kebangkitan. Sesungguhnya, di akhirat kelak, baginda akan mengenali umatnya yang suka memuji-muji dan berselawat ke atasnya. Dan same2 kita menggantikan halwa telinga kiter seharian dengan qasidah.. banyak lagi qasidah selain daripada YA Hanana yang boleh kita dengar eg Ya Badratim, Selawat Thobibiyah dll. Sungguh,meaning-meaning dia sungguh mendalam. Ramai yang menitiskan air mata mendengarnya. Dengan rentaknya yang mendayu-dayu.. Sama-samalah kita jadikan alunan ini sentiasa bernyanyi-nyanyi di dalam hati kita. Menghitung detik untuk bertemu dengan kekasih kita, Nabi Muhammad.. Rasa rindu ini tidak dapat ditanggung lagi. Moga kita berpeluang menatap wajah baginda. Wallahualam!



Nota Hati : Alhamdulillah, Allah sentiasa sentuh hati aku untuk kembali padaNya. Cuma, aku xnak orang di sekeliling ada high expectation tentang diri aku. Bak kata orang don,t judge the book by its cover.. Allahurabi..Moga aku tidak ulang perkara2 yang lara 2..Tapi, manusia..mudah sangat lalai.. susah betul nak istiqamah kan.. Nak didik diri.. Nak didik hati untuk sentiasa taat dan patuh perintah Allah..Moga Allah memberi kekuatan untuk istiqomah.. MANUSIA BOLEH BERUBAH ATAS KEHENDAKNYA. HATI MANUSIA MUDAH DIBOLAK-BALIKKAN. MOGA ALLAH JAGA DAN TETAPKAN HATI KITA.

Comments

Betul.. hati kita mudah di bolak balikkan.. Sbb itu kita prlu selalu berdoa dan mintak pd ALLAH agar di tetapkan iman. Jangan di palingkan hati ini setelah kita di beri Hidayah. =) InsyaAllah. amin.
NorFarahin@aien said…
@aiNa yaZiD :

betol
kne sntiasa berdoa dgnNya
supaya ditetapkan hati kita di jalanNya
ameen
ANGGURHIJAU said…
subhanallah... byk info kat blog ni.. sy follow blog awk utk info akn dtg :)
nnt singgah ke blog sy dan bole follow jugak :)
THE AUTHOR said…
Info dan penerangan yg baik!!!!
NorFarahin@aien said…
@unaismail :

Alhamdulillah,
segala pujian berbalik kepadaNya..
sama2 kita ingat megingatkan yeeee
inshaAlllah akan singgah ur belog
salam ukhuwwah !
-,-
lame nye x ke sini... :) Allah..syukran ilmu..
NorFarahin@aien said…
@Bulan Syurga Firdausi :

Alhamdulillah
segala pujian berbalik kepadaNya..
segala yg baik sume dr Allah
samew2 share n topup ilmu
:)
PeRdU cINta said…
kita berusaha untuk menjadi kekasih Rasulullah,,layak ke kita andai lidah malas berselawat kepadanya,layakkah kita jika kita tidak suka mengamalkan sunnahnya..Allahurabbi..selagi diberi waktu..
NorFarahin@aien said…
@PeRdU cINta :

allahu rabbi
sama2 kita buktikan kecintaan kita kepada baginda...

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!