| Kisah tutup aurat?? Biarlah kita menjadi orang yang aneh ! |


Bismillahirrahmanirrahim~Assalamualaikum,
To all readers and follower tercinta^^, Alhamdulillah... kter masih lagi hidup di dunia nih.... yang maner hanya pinjaman sementara dari Allah... kter masih lagi diberi udara secara percuma... masih lagi diberi nyawa untuk beribadah kepadaNYA... Alhamdulillah!!


Dalam kesibukan kita berhari raya, jangan dilupa fitrah kita sebagai seorang wanita.. Cantiknnya seorang wanita apabila dia menjaga auratnya.. Cantiknya wanita juga apabila dia tahu batas2 pergaulannya..em..raya2 jugak.. fitrah seorang wanita kena jaga jugak yeee.. peace! :) untuk gadis-gadis manis di luar sana.. ini untuk anda.. Persoalan dan jawapan mengapa tidak mahu menutup aurat.

1. No feel la tutup aurat
Untuk gadis2 manis yang belum belum terbuka hati untuk menutup aurat maka perlu kita tanyakan pada mereka, “Bukankah anda sungguh-sungguh dan yakin dalam memeluk Islam, dan bukankah anda telah mengucapkan kalimah suci la ilaha illallah Muhammad rasulullah dengan yakin? Ini bermakna kita menerima apa saja yang oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. So, menutup aurat adalah salah satu syariat Islam yang harus dilaksanakan oleh kita sebagai muslimah. Allah SWT telah memerintahkan kita untuk menutup aurat dan demikian pula Rasulullah SAW. Jika kita beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka kita dengan rela hati menutup aurat.

2. Saya menutup aurat, tapi parents i tak suka
Benar orang tua memiliki kedudukan yang tinggi dan mulia, dan kita diperintahkan untuk berbakti kepada mereka. Namun taat kepada orang tua dibolehkan dalam hal yang tidak membawa kepada maksiat kepada Allah SWT , sebagaimana dalam firmanNya iaitu :
“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya,” (QS. Luqman:15)

3. Cuaca panas sangat la
Jika kita beralasan bahawa cuaca sangat panas, kalau menutup aurat dengan sempurna lagi la panas, rimas dan berpeluh, maka hendaklah kita selalu mengingat firmanNya :
“Katakanlah, “Api neraka Jahannam itu lebih sangat panas(nya)” jikalau mereka mengetahui.” (QS. 9:81)
Adakah kita menginginkan sesuatu yang lebih panas lagi daripada panasnya dunia ini. Apalah panas sangat di dunia kalau dibandingkan dengan panas api neraka. Biarlah kita tidak  HOT di dunia dengan pakaian berbagai macam pakaian yang beraneka ragam asalkan kita tidak HOT di dalam api neraka nanti. Nauzubillah !

4. Belum dapat hidayah lagi lol
Ada segelintir gadis-gadis manis di luar sana yang mengatakan, “Saya tahu menutup aurat itu wajib, namun saya belum dapat HIDAYAH untuk memakainya.” Kepada mereka yang beralasan demikian katakanlah, “ Kalau anda setiap hari meminta kepada Allah agar ditunjukkan ke jalan yang lurus, maka anda harus berusaha meraihnya. Hidayah kita kena cari. Bukan mudah nak dapat hidayah dari Allah. Tapi, bila kita da dapat hidayah dariNYA, gunalah sebaiknya, jangan lepaskan dan berpaling dariNYA.



Tudung labuh tetap pilihan hatiku !
Bertudung labuh itu tetap menjadi pilihan aku kerana apabila memakainya akan membuatkan aku rasa cukup selesa. Tudung labuh menjadi pilihan hati kerana ia memberi perlindungan kepada diriku. Ianya menutup aurat, itu yang paling penting.. fesyen itu ertinya bukan bagaimana cara kita attract people sebenarnya tapi bagaimana kita menunjukkan diri kita dalam fesyen itu. Sesungguhnya tudung labuh bukan bermaksud kita bertudung bulat litup semata-mata, tapi di sini bermaksud apa2 sahaja yang menutup aurat yang dilabuhkan sehingga ke dada. Itu adalah prasyarat utama menutup aurat.


Sesungguhnya aku bukanlah orang yang sentiasa istiqamah memakai tudung labuh bulat litup tertutup rapi, tapi turut diselang selikan memakai tudung bawal dan akel yang labuh. Sesungguhnya, aku sebenarnya adalah gadis biasa yang pernah lalai tentang syariat ini. Tapi, akan sentiasa ada ruang untuk kita memperbaiki diri.. betul kan? Aku sendiri masih bertatih mencari ruang kesempurnaan dalam mengerjakan syariat ini.. setiap hari mengingatkan diri.


Bagi aku, apabila aku memakai tudung yang labuh itu adalah satu PERLINDUNGAN buat aku.. perlindungan dari segala macam kejahatan luaran dan dalaman.. apabila aku bertudung labuh, aku yakin yang aku sedang melakukan perkara kebaikan..aku akan berusaha menjaga tingkah laku.. jika ada yang berkeinginan untuk memakai tudung labuh, teruskanlah niat murni itu.. tidak semua insan terpilih oleh ALLAH untuk pemakaian 'perlindungan' ini...jadi bersyukurlah, biar CANTIK di pandangan ALLAH..agar berbahagia bila DI SANA kelak.


Jangan takut jadi orang ‘aneh’
Dunia sekarang nih memang aneh… sebabnya nak buat perkara baik memang susah kan.. ianya perlukan pengorbanan dan kena sentiasa menentang arus. Zaman sekarang ni, perkara buruk dah dipandang mulia, perkara baik dah jadi sesuatu yang pelik. Perasan tak? Lihat dengan mata hati, baru boleh perasan. Tapi, bagi sesiapa yang hatinya bersih, nak buat kebaikan itu bukanlah sukar.kan.


Jangan takut menjadi orang “aneh” selama keanehan kita sesuai dengan tuntutan syariat. Jangan takut dikatakan “terlalu alim”  atau “bajet baik” ketika menutup aurat dengan teguh dan sempurna, meskipun itu akan terasa aneh di tengah orang-orang yang gilakan fesyen. Jangan takut dikatakan “terlalu rajin” ketika kita solat tepat pada waktunya, kerana memang solat adalah kewajiban terhadap orang-orang beriman. Jangan takut untuk solat berjemaah di saf depan, kerana perintahnya kita patut segerakan. Jangan takut post artikel berupa nasihat di dalam belog dan medium internet yang lain, kerana itu adalah sebahagian dari tanggungjawab kita untuk saling menasihati, saling menyeru dalam kebenaran. Jangan takut kalau artikel kita tidak dibaca, kerana memang demikianlah Allah menciptakan ladang amal bagi kita. Nak buat perkara baik bukan sesuatu yang senang. Tak ada benda mudah untuk berjaya,same thing dengan nak masuk syurga dan dapat pahala, tiketnya dengan kesusahan dan ujian dari Allah. Begitulah analoginya.


Lakukan “keanehan-keanehan” yang dituntut oleh syariat. Jangan takut mengatakan perkataan yang benar, meskipun akan terasa aneh di tengah orang yang lumrah bertutur tidak bermoral dan tidak berfaedah. Kenapa kita harus takut disebut “orang aneh” jika memang keanehan-keanehan menurut pandangan mereka itu yang akan menyelematkan kita di yaumul akhir, yaumul hisab dan akhirat kelak. Selamat menjadi orang yang aneh yang bersyariat.


Oke.. itu sahaja.. maaf jika ada tulisan ini yang mengguris mana-mana pihak.. apa yang baik semuanya dari Allah, yang kurang harap ditegur dan dimaafkan.. Sekadar coretan untuk ingatan sesama saudara seislam.. last word, bagi gadis2 manis di luar sana, tiada alasan untuk kita tidak menutup aurat.. kita hamba Allah.. so, ingatlah dari mana kita datang dan kepada siapa jua kita akan kembali.. sama2 perbaiki diri sendiri.. Wallahua’lam. ! Salam !



*Maaf penggunaan kata ‘aku’ dalam entri ini.
Nota hati 1 : Kenapa malu kita kepada manusia lebih kita UTAMAKAN daripada malu kita kepada ALLAH? Fikir2kanlah yee ^^

Comments

nizatus syahida said…
nice entry ..=)
thanks for sharing..
NorFarahin@aien said…
@nizatus syahida :

u too nice dearie..
tengs kembali
^^
farez shah said…
nak free header?
betul2 free tak tipu.
just nak bagi freebies tapi boleh request nak yang macam mana
jenguk sini
http://farezshahevil.blogspot.com/2012/08/free-header-for-everybody.html
NorFarahin@aien said…
@farez shah :

oo yeah
inshaAllah akan terjah blek
tengs yee
^^
ariff al-baqi said…
kenapa no.4 tu ada lol ? haha..

sedihnya tengok gadis2 manis kalo x tutup aurat.. hukhukhuk..
mira amira said…
entry menarik . tq
NorFarahin@aien said…
@ariff al-baqi :

hihi
sje2 jew tuh..
ngok, laki pown xske prmpuan xtutup aurat
hee
^^
NorFarahin@aien said…
@mira amira :

tengs dearie
mudah2an bmanfaat yee
sama2 perbaiki diri
^^
NorFarahin@aien said…
@SyamimiNazifa :

tengs dear
sama2 kita perbaiki diri
moga Allah kasih
inshAllah
^^
Hanif Idrus said…
Perkongsian yg menarik....
entry ni best ! insyaallah cuba jd org aneh..haha ~
NorFarahin@aien said…
@deana harqay jbieb :

sama2 amik ibrah ny
n perbaiki diri
inshaAllah Allah permudah ^^
missha said…
utamakan pandangan yang utama :)

biarlah aneh di mata manusia, asal kita tetap di jalan Nya
NorFarahin@aien said…
@missha :

so true dearie
pandangan Allah tuh yang penting an
sama2 kita jaga diri kita di pandanganNYA
^^
SimplySeoul said…
terima kasih atas ingatan ni :). Selamat hari raya :)
Hanif Idrus said…
Jemputan rasmi buat anda…
Promosi sikit……hehehe
Dijemput sertai segmen saya ini:
http://hanifidrus.blogspot.com/2012/08/hanifidrus-segmen-menerjah.html
sitihanisahali said…
tudung labuh ttp menjadi pilihan saye jugak :)
insyaallah istiqamah.
NorFarahin@aien said…
@SimplySeoul :

slmat ari raya jugak
13 syawal
still lam modd rayer
huhu
^^
NorFarahin@aien said…
@sitihanisahali :

sama22 istiqamah
moge Alla permudah
^^
salam ziarah.. ^_^. anda boleh buat tempahan MyQalam Quran Read Pen berkualiti tinggi dan banyak lagi barangan muslim di Muslim Bazaar.

http://muslimbazaar.mnmall.me/
atau melalui
http://lokmanramli.blogspot.com/
NorFarahin@aien said…
@Mohd Lokman Bin Ramli :

inshaAllah akan ziarah kembali
temgs ^^
Ayumi Comot said…
moga terus istiqamah bertudung labuh..walopon ayu x bertudung labuh, tp ayu suke tgk muslimah bertudung labuh:)
AfraaAinAhdia said…
hai farahin :) saya pon nak jadi orang aneh. tapi kena slow2..
NorFarahin@aien said…
@Ayumi Comot :

manis kan wanita2 yg btudung labuh..
heeee
NorFarahin@aien said…
@AfraaAinAhdia :

jom jd org aneh kerna berbuat kebaikan n mengikut syarak
inshaAllah Allah permudah
slow2 n then istiqamah
^^
iera azam said…
Saya pun nak jadi orang aneh yang bersyariat. :) InsyaAllah.

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

| Hijrah | Kembali Menilai Siapa Diri Kita, Kita Hanya Hamba |

| Tarikh Itu Semakin Hampir...Jom Counting Down ! |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!