*Story of My Life*
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum for all readers.
Hello i'm back! since macam lama
juga tak menjenguk, tak menconteng dalam belog kesayangan nim. sobs sobs
Well, 2015 pun dah tak lama lagi akan melabuhkan tirai.
2015. Tahun yang penuh dengan kenangan indah dan pahit. Penuh suka duka, pahit manis. Apa apa pun yang pahit yang manis itu lah banyak mengajar dan mematangkan diri.
Tahun ini juga ramai sangat sahabat yang masuk ke alam baru (alam
perkahwinan). Ramai juga sahabat yang bakal dan sudah pun menjadi ummi. One of them my best friend sendiri. Tumpang bahagia tengok sahabat sahabat bahagia dengan life masing masing. Moga sentiasa bahagia dalam redha Allah.
Takdirku Telah Tertulis
Jika sesuatu ditakdir menjadi milik kita, berbekal usaha yang sedikit cuma, sudah mampu diraih dengan mudah. Namun, jika sesuatu itu bukanlah ditakdirkan menjadi milik kita, perancangan paling mega yang kita cetuskan pun tidak mampu menandingi takdir Ilahi, sudah pasti kita tidak akan bisa memilikinya. Segala yang ada di dunia ini adalah hak Allah. kerajaanNya luas meliputi alam raya, angkasa dan segala-galanya adalah milik Allah. Dan apa yang Allah kurniakan kepada kita, itulah rezeki kita jua dariNya. Bersyukurlah. Jangan di tangisi apa yang bukan menjadi milik kita. Allah tidak mengizinkannya kerana Allah tahu kita berhak memiliki yang lain. Allah sedang menilai kesabaran kita dan jika kita bersabar tentunya ada anugerah dariNya buat kita.{Aku Islam}
Part yang paling memorable this year after my graduation is officially be a teacher, Sabahan teacher. Firstly, mula mula dapat tahu penempatan di Sabah, rasa macam mimpi. Tak pernah bermimpi untuk menjejakkan kaki di Bumi Sabah. Apa apa pun, mana mana tempat adalah sama. Yang penting sesuaikan diri dan cari keseronokkan dengan orang orang di sana.
Menceritakan pengalaman hidup; pahit-manis, asam-garam, suka-duka,
senang-susah - kehidupan yang fana ini. Realiti hidup, yang tak suka yang kita dapat, tapi itu yang terbaik sebenarnya. Apa apa pun, hidup mesti diteruskan dan hidup yang singkat ini eloknya kita penuhi dengan kebaikan & kebahagiaan untuk diri & orang lain.
Hidup ini juga penuh dugaan dan cabaran. Hadapi ia dengan penuh ketabahan
seperti mana orang-orang soleh sebelum kita. Kejayaaan dan kebahagiaan
dunia & akhirat dijanjikan Allah SWT bagi orang yang beriman dan bertakwa. Moga kita semua tergolong dalam golongan ini, aamiin.
Secebis Nasihat
Secebis nasihat untuk diri sendiri khususnya dalam menghadapi kehidupan yang takkan lari dari ujian.
1) Kuatkan Iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah.
2) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran.
3) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita.
Thats all for today. Jumpa di entry akan datang. Selamat bercuti! :)
Comments
Selamat bercuti! :)