Nikmat | Hitunglah kesyukuranmu, bukan kesusahanmu ! ThankYuu Allah!


Bismillahirrahmanirrahim~ Assalamualaikum to all my dear readers and followers. 
Dalam kehidupan kita, terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita. Antara sedar dan tidak sedar, nikmat yang kita dapat terlalu banyak. Nikmat kesihatan, nikmat kebahagiaan, nikmat rezeki, nikmat keamanan dan sebagainya. Alhamdulillah! kadang-kadang kita ini insan yang lemah yang mudah lupa untuk mengucapkan Alhamdulillah.
Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu Ya Allah,
kerana memberikan keluarga yang sentiasa berada di sisiku,
kerana memberikan aku sahabat yang selalu mendorong ku kejalanMu,
kerana memberikan aku nikmat-nikmat pemberianMu,
Siapa lah aku untuk mengeluh jika apa yang diinginkan tak diperolehi,
kerana jika difikirkan, telah terlalu banyak nikmat pemberianMu itu,
Dan pasti Allah memberi dengan adil kepada hamba-hambaNya.




Seringkali kita manusia biasa hanya fokus kepada nikmat orang lain yang dirasakan lebih baik daripada kita. Dan seringkali juga kita akan mengeluh atas segala ujian dan musibah yang melanda hidup kita. Kita terlalu membesarkan kesusahan yang kita lalui sedangkan ada lagi manusia lain yang lagi menderita dan susah dari kita seperti mana musibah yang menimpa saudara kita di Gaza sekarang. Dalam masa yang sama, kita turut membutakan mata atas segala nikmat yang dikurniakan di sekeliling kita. Realitinya, kita tersangat mewah dan kaya dengan kenikmatan. Mengapa kita  mudah lupa?? Benarlah bahawa kita hanya asyik mengira kesukaran dan kesusahan yang melanda diri tetapi kita lupa menghitung kesyukuran atas segala nikmat yang ada di sekeliling kita!




Nikmat dalam hidup
Nikmat Allah yang kita kecapi dalam hidup kita ini terbahagi kepada dua :
@Nikmat yang dinisbahkan dengan dunia seperti mendapat nikmat diri dan tubuh badan yang sempurna, beroleh kesenangan dan keselesaan hidup dan dijauhkan dari segala musibah dan kecelakaan.
@Nikmat yang dinisbahkan dengan akhirat seperti mendapat hidayah Islam, mendapat taufik dan hidayah daripada Allah dan mendapat pemeliharaan Allah daripada mudarat agama.
Tepuk dada, tanya iman dan hati masing-masing. Alhamdulillah, segala infiniti pujian berbalik kepadaNya sekiranya kita mendapat kedua-dua nikmat ini. Dan sebesar-besar nikmat adalah kita dikurniakan nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. Syukurlah sekiranya kita dilahirkan fitrah dalam ISLAM. Sama-sama kita jaga nikmat itu dengan sebaik-baiknya supaya mendapat pengakhiran yang baik. Tak semestinya permulaan kita baik yakni kita dilahirkan islam akan menjamin pengakhiran yang baik juga untuk kita. Semua bergantung kepada hati, amal ibadah dan ketaqwaan kita kepadaNya. 



Jadilah hamba yang bersyukur
Malulah jika kita tak mampu menjadi hambaNya yang bersyukur. Rasulullah SAW, manusia yang paling mulia di bumi Allah ini pun bersolat malam sehingga bengkak kaki dan tatkala ditanya oleh Saidatina Aishah mengapa berbuat sedemikian lantas baginda menjawab:
‘ …tidak bolehkah aku menjadi hambaNya yang bersyukur.’
Dan kita, aku, kamu, awak, anda bagaimana pula? Nikmat dan kurniaanNya terlalu banyak sedang dosa kita juga banyak. Astagfirullah3x! Sesungguhnya setiap nikmat datang bersama tanggungjawab. Setiap satunya pasti dipersoalkan bagaimanakah telah kita gunakan semua nikmat dan kurniaanNya ini. Pada jalan Allah kah atau kita menjadi pula hambaNya yang semakin jauh dariNya dengan bersifat sombong serta sangat alpa. Jangan kufur nikmat. Semua ini hanya dipinjamkan sementara sahaja dan anytime je Allah boleh tarik balik nikmat yang ada pada kita. Ingatlah juga, setinggi mana pun pangkat dan sebanyak mana pun harta kita di DUNIA ini, kepada Allah jualah tempat kita kembali. Di dalam kain kubur berselimutkan kain putih juga akan kita huni. Hanya amal sahaja yang menjadi peneman kita. Jadi, jangan bongkak dan sombong. Siapa kita nak bongkak dan sombong, kita ini hanya hamba. Kita buat salah pun, Allah still bagi chance untuk kita bertaubat dan bagi perkara-perkara baik untuk kita. Luasnya kasih sayang Dia dan rahmatNya untuk kita. Fikir-fikirkanlah.



Pembahagian syukur
Bagaimana cara nak bersyukur?? Syukur itu boleh dengan hati, lidah yakni lisan kita dan juga amal perbuatan kita.
@Syukur dengan hati
Hati yang bersyukur akan sentiasa merasakan bahawa setiap nikmat yang diperolehi adalah mutlak daripada Allah SWT bukan kerana kelebihan, ilmu atau kepandaian yang ada pada dirinya. Mereka akan sentiasa merasa malu dan ‘terhutang budi’ kepada Allah.
@Syukur dengan lidah
Lidah yang akan sentiasa melafazkan kalimah ALHAMDULILLAH sebagai menzahirkan erti kesyukuran terhadap nikmat yang diterima daripada Allah. Sesungguhnya Allah amat suka apabila hamba-hambaNya menzahirakn kesan nikmat yang diperoleh dengan melafazkan kalimah puji-pujian kepadaNya.
@Syukur dengan amal
Menggunakan segala nikmat yang diperolehi untuk beribadah dan ketaatan kepada Allah. Sebagai contoh, mensyukuri nikmat mata iaitu nikmat penglihatan dengan sentiasa digunakan untuk membaca al-Quran, menatap kitab-kitab Allah, melihat alam semesta dengan tujuan merasai kebesaran Allah dan tidak melihat perkara-perkara maksiat.




Akhir kalam, marilah kita sama-sama berusaha menjadi hamba yang bersyukur. Bersyukurlah dengan apa jua kehidupan yang kita jalani. Kita jatuh, bangunlah kerana masih ramai orang yang menyayangi dan memerlukan kita. Yakinlah bahawa langit yang gelap ini akan cerah di kemudian hari. Pandanglah ke hadapan dan jika perlu pandanglah laluan kita yang berliku di belakang sebagai pendorong kita untuk terus maju kerana ianya bukti bahawa kita telah mengharungi pelbagai pengalaman perit. Namun kita masih mampu berdiri di dunia yang fana ini. Orang selalu kata jangan pandang orang yang lebih tinggi daripada kita tetapi pandanglah orang yang sama taraf dan lebih susah dari kita. Kerana kita akan termasuk dalam golongan orang-orang yang sentiasa bersyukur atas nikmatnya. In shaa Allah! Itu sahaja, jaga diri, jaga hati, jaga iman. Wallahua’lam. : )


Nota Hati 1 : Keeping pray olwez untuk saudara-saudara kita di Gaza dan Palestin. Tolong mereka walaupun dengan doa. Pejuang-pejuang di sana telah ramai yang pulang jumpa Kekasih Tertinggi dengan darah syahidnya. Allahu :’)
Nota Hati 2 : Setiap kali apabila kita tersedar kita telah melakukan dosa, cepat-cepatlah kita bertaubat. Sementara pintu taubatNya belum tertutup.


Comments

Anum said…
bagus entry nie
ain soofiyah said…
sdikit sgat hamba yg bersyukur.. Allah pun dh ckao dlm alQuran..=D
NorFarahin@aien said…
@Anum :

Alhamdulillah
segala pujian berbalik kpdNya
: )
NorFarahin@aien said…
@ain soofiyah :

moga@ kita xtmasuk dalam golongan tsebut yaa
: )
Unknown said…
Alhamdulillah ain bersyukur dengan apa yang ain ada. Cuma kekadang apa yang kita nak kita xdapat. Taaaappppiiii, bukan disitu platform untuk kita down kan. Sentiasa berusaha dengan apa yang ada dan dengan apa yang telah Allah berikan. Alhamdulillah. :)
NorFarahin@aien said…
@aiN NaJwa :

so true syggg
Pujuklah diri kita apabila kita menghadapi musibah atau perkara yang kita xsuka atau kita xdpt apa yg kita nak
dengan mengatakan "ada hikmah di sebalik apa yang berlaku"..
jgn cepat merasa down
Allah tahu apa yg terbaek utk kita
dan sntiasa bsyukur lah
dengan apa yg kita ada skrg
: )

#Sangka baik-baik je dgn Allah.... In shaaAllah.... Yang datang nanti semua BAIK-BAIK. : )
SN said…
nice sharing awak :D
NorFarahin@aien said…
@SyamimiNazifa :

thankyuuu awak..
sama2 ambik iktibar
moga Allah redha kita
: )
Ana Fatihah said…
Alhamdulillah ya Allah atas segala nikmat yang Kau kurniakan.. :')
Terima kasih untuk peringatan.^^
NorFarahin@aien said…
@ana fatihah :

sama2 kita ingat mengingatkan
sebab kadang2 kita selalu lupa
: )
nimt said…
fabiaiyyialaa irabbikuma tukazziban . Alhamdulillah . thankyuu Allah sbb temukan sy dgn blog ukhti . keep writing ! i'm waiting :)
nurains said…
bersyukur dgn apa yg kita ada sekarang :)
THE AUTHOR said…
Aku sentiasa bersyukur dengan kesihatan...keluarga...
Entri yg baik....
Dulu sering banding dgn org yg lagi baik...sering lupa org yg lagi susah dari kita
Salmi said…
Rasa syukur akan buat diri rasa tenang dan tiada perasaan iri hati terhadap kejayaan dan kesenangan orang lain..
syukur.. jgn mengeluh sush senang ucap alhamdullilah
NorFarahin@aien said…
@◕ D Y S H A S A H H I R ◕ :

syukur atas segala nikmat
tika susah dan senang
kita hanya Hamba
redha tu perlu atas setiap pemberiannya
kan
: )
NorFarahin@aien said…
@Hanif Idrus :

tengss yee sbb slalu singgah n tinggal komen d cni
ne way kita kna slalu tgok org yg lg susah dr kita
inshaAllah dr situ perasaan syukur tuh akan dtg
kalau kita rasa kita susah dan payah
kita harus pandang orang2 d sekeliling kita yg lagi susah nk meneruskan kehidupan
terutama saudara2 kita di sana ..di gaza, palestin , syria dll..

moga2 kita tergolong dalam klgn org2 yg sntiasa bsyukur dan xsombong
ameen
: )

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!