| Nakalnya mata saya nih..... ! |

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum readers and followers semua:) Anyway .. As usual, how is your imaan?? your akhlak?? Semoga semuanya sihat2 sahaja :)




Sebagai seorang manusia yang mana graf imannya sentiasa naik dan turun, kita sepatutnya sentiasa berusaha agar iman kita sentiasa meningkat ..sentiasa memuhasabah diri dan tingkatkan kualiti ibadah kita..Kita bukannya Nabi yang mana iman nya sentiasa naik dan bukan jua malaikat yang mana imannya tidak naik dan tidak juga turun. Statik aje.




Dalam kehidupan kita sekarang.. kita dapat lihat banyak perkara di surrounding kita yang banyak melalaikan kita dari mengingati Allah dan sering mengajak kita melakukan kemungkaran.. dan salah satu daripadanya ialah dengan tidak menjaga pandangan mata.. MATA!!! MATA memang suka memandang dan mempengaruhi hati supaya menjatuhkan hukuman terhadap orang yang dipandang kan. Walaupun baru sekali berjumpa, ada yang sudah bijak menilai orang lain semata-mata dengan asas prasangka buruk. Mungkin pada kita ianya nampak sangat simple.. tapi kadang-kadang yang simple tu lah kita sering abaikan..betul tak?? *angguk2 :)




Tahu keburukan jika tidak menjaga pandangan mata

Yeahh, kita tahu, pandangan mata merupakan anak panah syaitan. Jadi, sesiapa yang menjaga pandangan mata bererti telah terlepas dari anak panah syaitan. Lagipun jika kita tidak menjaga pandangan mata, hati kita akan menjadi gelap dan susah menerima ilmu. YES!!! saya tahu susah sebab mata saya pun kadangkala 'nakal' juga dan saya pun bukanlah ‘baik’ sangat. Kadang-kadang sampai tak berkelip-kelip mata pandang orang kan?? Terkesima dengan ‘kecantikan makhluk Tuhan’..cheewahh.. jadi the best way adalah untuk BERMUJAHADAH. Bukankah matlamat hidup kita untuk mendapat mardhotillah?? Kenalah berpahit2 dahulu, bermanis2 kemudian..kan.

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman:Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. (QS. 24:30) 



Pandanglah dengan mata hati

Kadang-kadang hati ini pernah terdetik juga :

"Aku baik kan, pakai tudung labuh. Jauh lagi baik dari yang pakai tudung cukup2 makan tuh"
"Aku pakai tutup aurat, tip top laaa. Dia dah lah pakai tudung cukup2 makan, pakaian pun macam xcukup kain jew, ketat sana sini.  Aku lagi baik dari dia kan?"

Kenapa kita sering melihat diri kita lebih baik dari orang lain? Adakah kita terlalu yakin 200%  semua amalan2 kita itu diterima oleh Allah? Duhai hati,  jangan pernah tengok orang lain dengan pandangan yang hina.  Jangan pandang orang yang mungkin kita rasakan dia tengah melakukan maksiat itu dengan padangan yang hina. Jangan, sesekali jangan ! Lagipun hina & mulia seseorang hamba hanya Allah sahaja yang layak menentukan. Jangan pernah menghina seseorang kerana kita tidak pernah tahu PENGAKHIRANNYA. Mungkin darjatnya lebih tinggi di sisi Allah swt nanti. Siapa tahu??




Pandanglah dengan pandangan rahmat

Hari ini dia mungkin tidak bertudung,
Mungkin esok lusa mungkin dia adalah yang paling menjaga sekali menutup auratnya,
dan  paling menjaga kesopanan muslimahnya.
Hari ini dia mungkin seorang yang suka mencarut, berkata perkara tidak berfaedah,
Mana tahu esok lusa mungkin dia adalah yang paling lembut sekali bicaranya.
Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT dengan sering
melaksanakan maksiat yang besar,
mana tahu esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melakukan amal
ibadat seharian.
Kita tidak pernah tahu.
Kita tidak pernah akan tahu, dan takkan tahu.
Maka dengan alasan apakah kita mahu bersangka-sangka itu dan ini kepada
manusia? Berpandangan jelek.
Tugas kita bukan me’HAKIMI’kan orang. Itu urusan Allah SWT. Dia yang memasukkan ke neraka sesiapa yang Dia kehendaki, dan memasukkan ke dalam syurga sesiapa yang Dia kehendaki. Pandanglah aku, dia, kamu, mereka dengan sebaik2 pandangan iaitu pandangan rahmat. Sedang Allah SWT sentiasa memandang semua hamba-hambaNya, dengan pandangan rahmat. Hari ini kita mungkin adalah yang beriman kepadaNya, mana tahu mngkin esok lusa, mungkin kita jugalah yang akan kufur dan menentang perintahNya. Bukan mustahil ! Iman dan hati kita mudah dibolak-balikkan.



Jom! Pandang semua orang dengan pandangan mata hati dan pandangan rahmat. Lihatlah mereka sepertimana saudara dekat kita sendiri. Tahu ia bukan kerja yang senang, so, mari didik jiwa sama-sama. Kita nak masuk syurga kan, kita tak nak masuk syurga sorang2. Kalau boleh, kita nak masuk beramai2 dan bahagia di dalamnya dengan rahmat ALLAH SWT. Subhanallah! Peringatan untuk diri ini yang selalu alpa. Salah dan silap harap ditegur dan dimaafi. Wallahu’alam.

اللّهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِيْ فَحَسِّنْ خُلُقِيْ وَحَرِّمْ وَجْهِي عَلَي النَّارِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي سَوَّى خَلْقِي فَعَدَلَهُ وَكَرِّمْ صُورَةَ وَجْهِي فَأَحْسَنَهَا وَجَعَلَنِي مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
“Ya Allah, sebagaimana Engkau telah mencantikkan penciptaanku, cantikkanlah akhlakku dan bebaskanlah wajahku daripada api neraka. Segala puji bagi Allah yang telah menyempurnakan dan memperbaiki penciptaanku, memuliakan bentuk wajahku, maka Dia telah memperelokkannya dan menjadikan aku dalam kalangan orang-orang Islam.”


Nota Hati 1 : Ingatlah wahai diri... Ada dua hal yang mesti kita ingat. Kebaikan orang lain kepada diri kita. Dan keburukan diri kita kepada orang lain. Tapi ada dua hal juga yang mesti kita lupakan. Kebaikan diri kita pada orang lain dan keburukan orang lain pada diri kita. Allah ! T____T

Comments

YuNO.nYc2X said…
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabannya.” (Surah al-Isra', Ayat 36)

Tambahan :)
najihahfara said…
terima kasih utk entry ni :)
Unknown said…
entry yg bgus...tiada seseorang pn yg perfect melainkan Rasulullah SAW...renungan untuk kita semua...tq
NorFarahin@aien said…
@Nurul Iman :

so true dearie
the perfect human in this dunya is only Rasulullah SAW...
Sama2lah kita berusaha menjaga mata kita, yakni menjaga pandangan mata hati..
Moga Allah permudah segala urusan kita.

^^

*Let’s us be beautiful in Allah’s eyes !

Hanna Nabiella said…
really nice3 entry..sayu je bace..huhu.. :')
Cikrosecute said…
sudah follow sini dear...thanks follow sis...
THE AUTHOR said…
Info yang baik..
Tapi betu..kadang 2 mata ni memang jahat!!hehhee
Puan Yaanie said…
Singgah baca entry :) http://yaniesayangawak.blogspot.com/2012/09/gadis-kilang-campak-bayi-direman.html dan comment :) Thanks .
NorFarahin@aien said…
@HannaNana Swift :

u too nice
sama2 menjaga hati n
perbaiki diri
Moga Allah permudah
^^
NorFarahin@aien said…
@Hanif Idrus :

heee
lumrah manusia suka memandang yg cantik2..
so MATA..
BE CAREFUL!!!!
heeee
^^
Bagusnya pengisian ni..
inshaAllah akan cuba mengingati nasihat2 tersebut ;D
how important menjaga pandangan kita kan ^^
NorFarahin@aien said…
@Everything's Everythings :

segala pujian berbalik kpd Allah
sama2 kita perbaiki diri kita yeee

^^
Anonymous said…
wafa.... gud entry... kite jgn pndg bruk org lain krna hati manusia berbolak balik...
Anonymous said…
terima kasih. nice entry
NorFarahin@aien said…
@Nur Sakura :

so true dearie
pandang yg baek
n pk yg positif aje..
jgn pk dri ni lebih dr owg len
sama2 mjaga hati
moga Allah permudah
^^
NorFarahin@aien said…
@MaYa MustWany :

most welcome dearie
tengs yee

^^
Unknown said…
Dear..totally agree with u..
kite kene pndg mereka dgn rhmat Allah & mate hati..jgn sentiase b'prasangke buruk..Allah Maha Mengetahui kan..?? manetau 1 hari nt org y b'prasangke buruk tu Allah palingkan dia kpd kejahatan.."Nauzubillah"..so, rasenyer kate2 awak dah merungkai segalanyer supaye org lain lebih memahami..! (^_____^).. Alhamdulillah..

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

|1 Hari 1 Muka |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!