٠•●• sYukUr kAh ktEr??? ●•٠•


Assalamualaikum sume...
Peace be upon to you. Have a nice day !!! 

Praised to Allah cos kter msih lg idup d dunia nie....y mner hnya pnjaman dr Allah...kn...n kter msih lg dberi udara secara pcuma tuk bnafas...tuk mcari rzeki...tuk menuntut ilmu..tuk bkwn..tuk berbakti 2 our parents..n msih lg dberi nyawa tuk beribadah kpdNYA...
Alhamdulillah!!
(̾●̮̮̃̾•̃̾)




entry rni...nk anye dri aien sndri n org len ugak...syukurkah kter slame niey...kdg2 kter slalu 6pak pe y org len ada n dpt...kter slalu kter org len bruntung n slalu dpt ap y diorg nk...kter x6pak ap y ad pd dri kter sndri...kter slalu mnilai org len lbih dr kter...kn...ssh bg kter nk trime pe y kter ad seadanya...sdgkan Allah itu maha Adil lg saksama....kn...


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.


Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.



Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.


Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.


Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada tuhan untuk diberikan teman hidup.



Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.



Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.



Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
ingatlah bahawa tidak ada seorang pun yang tidak berdosa.


Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
tersenyum dan berterima kasihlah kepada tuhan bahawa kita masih hidup!!!



Sekadar renungan bersama...
Hidup yang hanya seketika, dugaan yang akan datang menyinarinya. Inilah kehidupan  duniawi. Seterusnya, ingatlah diri kita sebagai hamba dan sentiasalah bersyukur dengan segala pemberianNya. Ingatlah, dugaan yang datang akan mematangkan diri kita dan ujian itu adalah tanda ALLAH sayang dan ingat akan kita...
keRedhaan –NYA sama2 kita pohonkan dlm meniti perjalanan hidup ini..insyallah..
(=^_____^=)


Ujar Saidina Umar Al-Khatab:

"Tidak akan kamu berasa gundah walau sekali,
jika kamu tahu apa yang dicari."


~WALLAHU’ALAM~

Comments

NorFarahin@aien said…
Teman Setia Ketenangan : smew2 kter hayati ..
SuaraQalbii said…
sweet... perkongsian yg baik.....
Anum said…
nice blog
salam perkenalan
follow me back
thanks
EkaTikah said…
i like this...kite patut bersyukur atas ape yg kite ade sekarang :)
Niena Muhammad said…
Alhamdulillah, syukur ngan nikmat yg kte terima....kte masih lagi mampu tersenyum di sini..
Unknown said…
Alhamdulillah..bersyukur dengan apa yang kita ada... salam perkenalan :)

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

|1 Hari 1 Muka |

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!