*Memaknai sebuah persahabatan*




Bismilahirrahmanirrahim.



Almost half a year not hupdate this belogies.
Anyway, alhamdulillah ‘ala kulli hal. (الحمدالله)



Dalam sibuk menghadapi dan menghabiskan, 
kehidupan sebagai final year student,
menghadapi internship,
menghadapi assignments,
menghadapi VIVA,
menghadapi SPP interview,
menghadapi final exam,
sudah banyak perkara yang susah senang,
pahit manis yang dihadapi.
but me always think that,                
when we put ALLAH SWT first,
we will get the ‘energy’,
and
all will gonna be easy,
InshaaAllah.



so today, just a short sharing,
is about Ukhuwwah Fillah.



*Apa itu?*
(pernah post entry tentang persahabatan deduluuuu. so, yuu can click older post below :P)



Ukhuwwah fillah itu sebenarnya perkataan dalam bahasa Arab
makna dalam bahasa melayu
adalah boleh digelar sebagai
persahabatan kerana Allah.



Naam! Persahabatan.
Kata nak masuk Jannah sama-sama kan?
Jadi, jadilah sahabat yang memimpin diri dan sahabat masing-masing untuk mengapai redhaNya. Dan yang penting niat kita berkawan itu kerana Allah SWT.



Episod Persahabatan

Maka, apabila sesebuah persahabatan itu diuji, wujudlah babak-babak sakit hati, tak puas hati, sedih hati, makan hati, serta perkara-perkara yang berkaitan dengan hati dan hasilnya mampu mengganggu gugat ukhuwah yang telah dibina sekian lama.



Jadi, mohon jauhkan diri + hati dari sukzon (bersangka buruk). Memang, kisah sebuah persahabatan takkan indah + cerah selalu. Perlu disulami dengan pahitnya agar kita semua tahu dan kenal manisnya erti sebuah persahabatan. Erti ragam kerenah manusia. Dan erti sebuah kehidupan. Terkadang kita mungkin terasa dengan dia. Tapi kalau iman dapat terima apa yang diucapkannya, InshaaAllah persahabatan tu akan kekal lama :) Sentiasa berlapang dada dengannya. Actually, the most important recipe in friendship is be understanding + thinking positive always about our friends.




Something to ponder/thinking :
Apabila kita bersahabat dengan seseorang kerana kelebihannya, suatu hari nanti kita akan kecewa dengan kekurangannya.  Jika kita bersahabat dengan seseorang kerana kepandaiannya, suatu hari nanti kita akan meninggalkannya kerana satu perkara yang dia tidak tahu. Jika kita bersahabat dengan seseorang kerana kecantikannya @ kehensemannya, suatu hari nanti kita akan membencinya kerana kadang-kadang dia selekeh plus dia akan tua. Bersahabatlah kerana kita semua adalah manusia biasa yang tidak akan pernah sempurna.  Allah menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling melengkapi antara satu sama lain.




Akhir kalami, awak dan saya. Kita mungkin berbeza. Dan diri ini sendiri banyak dan banyak kekurangan. Masih banyak cacat dan celanya. Kelemahan + kekurangan diri. Masih banyak sifat mazmumah + penyakit hati yang mesti diubati. Masih banyak jahiliyah yang menyekat. Tapi jauh dari lubuk hati ini, saya sayang semua sahabat-sahabat saya. Tak pernah terlintas di hati ini untuk menyakiti hati sahabat-sahabat semua. Maaf sejuta kali maaf sekiranya diri ini tidak mampu jadi sahabat yang hasahah. Dan maaf jua sekiranya ada salah silap yang tanpa sedar menyakiti kalian. T______T


" Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu ( yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. " ( Al-Hujuraat : 10 )



Dalam sebuah hadis yang menerangkan tentang tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari tiada naungan kecuali naungan Allah, Rasulullah menyebutkan salah satu di antaranya adalah,
"Dan dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, mereka berkumpul dan  berpisah keranaNya." ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )









Sekian. Salam.



Nota Hati 1 : Kita mungkin tidak sependapat. Kita mungkin bergaduh dan bertengkar. Tapi inshaaAllah itu yang buat kita makin rapat. Yang buat kita makin menghargai. Rendahkan ego dalam bersahabat. Tak rugi!

Nota Hati 2 : +- 2 minggu lagi bakal berakhir pengajian di IPGKTAA's. hurm sebak. Menghargai saat-saat bersama sahabat. sobs 



Comments

PeRdU cINta said…
ukhwah itu juga sebenarnya hadiah daripada Allah..

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

|1 Hari 1 Muka |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!