Posts

Showing posts from June, 2013

*new semester, pls fly higher & higher*

Image
Assalamualaikum w.b.t Esok, bakal bertolak ke Pahang. Ya, Kuala Lipis tercinta.  Bakal menyambung semester baru, semester 6. Habis sudah hohoholiday. So, goodbye my dear holiday. See you next time. And big, big welcome to new semester, semester 6.  Belajar biar ikhlas Yeahh.. semester baru. Tajdid niat semula. Belajar kerana Allah. Belajar untuk menjadi guru, bakal ustazah, murabbi yang terbaik untuk anak didik kelak. Belajar untuk mendapatkan ilmu. Belajar untuk menjadi lebih baik. Belajar untuk mendapat keredhaan Allah. Contohi ulama’ & ilmuwan2 Islam terdahulu. Ilmuwan islam zaman dahulu bukan setakat kaya dengan ilmu dunia bahkan dalam masa yang sama diorang sangat dekat dengan Allah. Allah suka orang yang mencari ilmu yang pada masa yang mendekatkan dirinya dengan Allah. Result exam? Result exam? Yee, semua orang mengimpikan kejayaan yang cemerlang kan, dapat dean list, naik pentas, red carpet. Tapi, tuh lain cerita. Kalau kita ...

*Oh my beautiful girls!*

Image
Wanita ----- > kecantikan Wanita ----- > aurat Yesss.. kedua2 perkara nim memang tak dapat dipisahkan dengan wanita. Cantik tuh fitrah, aurah tuh kewajipan. Kadang2, terlalu mengejar kecantikan di mata manusia, sehingga lupa menitikberatkan soal aurat. Menyedihkan kan.. hm jangan sesekali mempertaruhkan prinsip Islam hanya sekadar untuk jadi ‘cantik’ semata2. Boleh nak jadi ‘cantik’, tapi cantik lah mengikut syariat Islam. Nim baru betul2 cantik kan. Cantik dengan menutup aurat dengan sempurna. Here.. wanna share something that I got somewhere. Yeahhh, perumpamaan bagi gadis2, wanita2 comel sekalian dalam pemakaian & menutup aurat. Baca dan sama2 kita fikir dan pilih, situasi mana yang kita inginkan. Okeyh, sekarang, kita umpamakan diri kita sebagai ‘pakaian’. Situasi 1 à Pakaian murah #Yup, pakaian murah biasanya dilonggokkan. Pembantu kedai pun tak nak lipat baju tuh, berhabuk. Orang boleh pegang sesuka hati. Kalau tak suka, campak.  Ambil dan...

*berbahagialah dengan bersyukur*

Image
Wahai jiwa yang terlalu gembira, sederhanakanlah rentak suka & gembiramu, takut2 nanti ia mengundang bencana. Wahai jiwa yang terlalu sedih, angkatkanlah semangatmu, takut2 kesedihanmu menjemput para syaitan bermukim, bagi menakluki hatimu. Kegembiraan & kesedihan adalah suatu perkara yang berbeza.  Namun di sebalik perbezaan itu, satu perkara yang sama adalah, kedua-duanya adalah fitrah insaniah yang datang dari Tuhan, dari Allah SWT. Yup, sifat manusia, fitrahnya akan bergembira setelah memperoleh apa yang dihajati, dan bersedih dengan apa yang tak diingini. Bila kita menerima sesuatu yang diidamkan, hati berasa bahagia. Jiwa tersenyum dan hati berbunga2. Apabila ditimpa sesuatu yang langsung tidak pernah diimpi plus tak disukai pulak, maka selalunya kita terhenyak, terduduk, menangis dan bersedih. Padahal, kita tak tahu apa hikmah dan rahsia yang Allah nak bagi kat kita sebenarnya. Kita yang terlalu cepat mengeluh, menghukum dan berputus asa. Hm *se...

*missing*

Image
Yeahhh, perasaan nim bertamu lagi. hm, aku rinduuu. Perasaan nim semakin membuak2. Ingin melihat Kaabah. Ingin bersembahyang di Masjidil Haram. Ingin melawat Telaga ZamZam. Ingin ke Madinah. Melawat Masjid Nabawi, Raudhah, Makam Rasulullah SAW... 1000x ingin menjejakkan kaki ke Makkah dan Madinah. Bilakah aku dapat menjejak kaki ke sana. Allahu, permudahkan jalan bagiku dan keluargaku ke sana. Yeeeee, Makkah dan Madinah yang nun jauh di mata. One day, InshaAllah. Selalu doa sungguh2 untuk dapat 'kad jemputan' ke sana. Doa sampai ke hati merayu agar Allah sudi pilih kita jadi tetamunya. *Ya Allah, sampaikan kami ke sana ya Allah.* Biar kita sama2 rasa agungnya Allah. Biar kita sama2 rasa dalamnya cinta & rindu Rasulullah SAW. Biar kita sama2 rasa syahdunya menatap Kaabah. Biar kita sama2 rasa tenangnya di Masjid Nabawi. Biar kita sama2 rasa dekatnya dengan Baginda Rasulullah SAW. Biar kita sama2 rasa hinanya, kerdilnya diri...

*do come pretty rainboww*

Image
Kadang2 kita merungut bila ALLAH hadirkan hujan... ditambah pulak dengan guruh, siap dengan kilat berdentum2 lagi tuh.. then, kita tercari2 di mana sang matahari... tapi kita tak tahu hakikat sebenarnya ALLAH nak hadirkan sang PELANGI yang indah & cantik.. yeahh, pelangi cantik kan? Semua orang suka pelangi sebab pelangi colourful kan, walaupun beza warna tapi mereka serasi and melengkapi antara satu sama lain. Biasa kita dengar quote kat atas nim kan. Yup, setiap dari kita pasti sentiasa mahukan hari yang cerah. Tapi, hakikatnya hujan juga perlu diturunkan. H ujan adalah rahmat buat tumbuh-tumbuhan yang memerlukan air untuk hidup. Allah jadikan hujan membasahi bumi untuk membantu mereka membesar! Begitu juga dengan kita, Allah hadirkan ‘hujan’ yang penuh rahmat untuk membantu kita ‘membesar’ dan ‘matang’. ‘hujan’ = ujian = rahmat Yeahhhh.. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jauh sekali Allah hadirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-...

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!