Yessss.. I am already engaged!



Bismillahirrahmanirrahim~ Assalamualaikum to all my dear readers and followers. Apa khabar iman, apa khabar diri anda semua?
*sapu-sapu sawang dekat belog.





“Kau dah tunang ehh? nape tak bagi tau? Kecik hati taw. Kita kan kawan.”

Ahhh..sentap bila diajukan persoalan nih. Mulut dikunci sekemas-kemasnya bila diajukan persoalan ni. Memang, persoalan amat tidak baik bila tidak dijawab. Tapi, bila masuk bab ni, seakan-akan mulut telah dikunci & kunci nya telah dibuang jauh-jauh ke laut. (heeee..sila abaikan sesi mengarut nim..juz for intro..:P)




Hakikat kehidupan, sememangnya kita telah bertunang.. bertunang dengan kematian. Ini adalah perjanjian kita dengan Allah SWT sejak di Luh Mahfudz lagi.




Jadi, ini bermakna, tiap-tiap manusia yang hidup di dunia ni telah bertunang dengan kematian dan akan berkahwin jua dengan kematian. Setiap orang keyh dan tiada seorang pun yang terkecuali.! bila..?? jawapan tuh hanya DIA saja yang tahu.




Cuba kita imbas kembali saat seorang bayi yang suci yang baru dilahirkan dengan seorang yang nazak sedang menghadapi sakaratul maut, kedua-dua mereka tidak mempunyai kuasa atas kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Berkuasa untuk memberi nafas atau mengambilnya kembali. Allah telah menjelaskan dalam kalam-Nya:
Katakanlah, “sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah, yang mengetahui yang ghaib dan nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (Surah al-Jumuah:ayat 8)




Jadi, sama-sama kita renung2kan. Kehidupan kita sehari-hari berlangsung dari detik ke detik tanpa kita sedari. Namun, apakah kita tahu bahawa hari-hari yang telah kita lalui makin menghampirkan kita pada kematian? Makin meningkat umur kita, makin singkat usia kita. Sedetik masa berlalu, selangkah menuju maut. Ya! Kita sering melihat orang lain yang meninggal dunia diusung dalam keranda dan dibawa ke tanah perkuburan. Tapi berapa ramai saja yang mengambil iktibar dari kematian tersebut? Pernah kah kita fikirkan tentang ketika hari orang melihat diri kita yang mati dan mengusung keranda yang berisi jenazah kita ke tanah perkuburan? Sama2 mempersiapkan diri untuk mati, untuk mengadapnya dalam husnul khatimah. Moga jannah menjadi singgahsana di alam sana. Amin. Maaf kalau tajuk entry ni agak SENSASI & HOT! : )

*cuci mate sat.. bsama sepupu2 yg kiut miut nim time majlis aqiqah semalam..syggg uollss <3

irfan & iskandar.. peace!

nama saya Puteri Nur Qaseh..penangan citer nur kasih kot, keluar laa namew nim..hee: )

Yang nim adik Puteri Nur Qaseh. Nama dy Puteri Nur Kaisara.

Budak2 zaman sekarang.. pantang tengok hp, trus nak men game. XD

Da twins… Azan & Azim.. family belah abah memang ramai kembar!

Last pic.. my hometown.. Kg.Atas tol! Hometown belah abah. Really peace & calm! Sirious!



Dat's all, sekian.... Salam!


{11022013}



Comments

ariff al-baqi said…
kadang2 takut juga menghadapi kematian ni.. huhu
NorFarahin@aien said…
@ariff al-baqi :

sebab tuh kne persiapkan diri dgn amal2 kebaikan
kmpul sbnyk manew pahala
i.Allah t ley topup2 n back up amal2 jht yg kter wt scare sedar o x..
kan

*moga2 kita tgolong dlm klgn yg beroleh syurga di akhirat kelak
ameen.
ciksengeh :D said…
inshaAllah mudah-mudahan .
betul tu . anidai masa sudah tiba , hanya amalan yang dibawa .. hyee ! :)
NorFarahin@aien said…
@✿GUCCIEY LAVENDER✿ :

so true dearie..
tidak seorang pun dpt membawa harta bendanya ke dlm kubur.
Tubuh dtg ke dunia ini seorg diri
dan pergi darinya pun dgn cara yg sama.
Modal yg dpt di bawa seseorg ketika mati hanyalah amalannya semata2.

Allahu. moga2 tgolong dlm kalangan yg beroleh syurga di akhirat kelak.
ameen.
Iznie said…
Allah.. saya pun da "bertunang". T_T

Comel2 kezen... :)

Sama2 persiapkan diri... *muhasabah diri...
bila fikirkan ttg mati mmg takut.. moga2 kita mati dlm iman..insyaAllah ;)
NorFarahin@aien said…
@Iznie :

yup..kita semua da 'bertunang'
mengikat janji nge kematian
kematian yg pasti berlaku
allahu
t___t



NorFarahin@aien said…
@Secrets of A Teenage Girl :

ameen
moga2 kita mati dlm iman & tgolong dlm klgn yg beroleh nkmt syurga di akhirat kelak
: )
PeRdU cINta said…
kematian itu pasti,,namun kita tidak dapat menjangkakannya..oleh itu sentiasa persiapkan diri untuk menuju alam baru di sana..
Angah said…
Salam Wafairdina!

ehem~ dgn si dia? dah ke 'bertunang' jgak kew? hehehe, *guro jer...

Kematian itu satu kepastian, jadi menjadi kesedaran buat diri kita untuk menyediakan segala persiapan yang mana mungkin:

1) bace quran
2) beramal kebajikan

byk lagi...boleh fikir in shaa Allah...^___^

anuways, thanks for da sharing, dear
May Allah bless you...
ana fatihah said…
Allah,mati tu bila2 masa jer boleh jadikan..Benda yg paling dekat dgn kita.Cukupkah amalan kita nak mengadap Ilahi?Allahu rabbi..Peringatan kita bersama :'(
NorFarahin@aien said…
@PeRdU cINta :

yup
sama2 persiapkan diri dgn ilmu & amal ke alam saner
moga@ allah redha kita sbg hambaNya di dnia nim
: )
NorFarahin@aien said…
@Angah :

ilaaaa!!

yup..byk persiapan yg ley kter wt
depend ats diri kita jeeee
nk baik o jht
nk syurga o neraka
tepuk dada tnye iman.
: )

*may Allah bless yuu to my lovely friend!!
<3
NorFarahin@aien said…
@ana fatihah :

yup peringatan bersama
khususnya utk diri sniri
t____t

*tengs dearie : )
twinkle twinkle said…
ingat betul2 tadi hehe
RuMaH TuA said…
Assalamualaikum...

Kematian itu permulaan sebuah kehidupan. Abadi.

Ehem!
Untung-untung anak cik ain pun kembar membar...
Hik3

Moga Allah kasih
(^___^)
Througheart ∞ said…
wat saspen je,, ingt bertunang btol2 td. =D
NorFarahin@aien said…
@RuMaH TuA :

yup ieyqa..
kematian tuh permulaan sebuah kehidupan..
da beginning..
moga2 permulaan yg baik
da i.Allah jua nanti pengakhiran yang baik jua

ameen

moga Allah kasih dirimu jua shbt!

*mmg anak kembar pom..ehehehe..:P
Izzah Haneefa said…
heee... akak buat saspen lah!
btw, betul sgt ckp akak. kita ni dah 'brtunang', tunggu masa aje nak 'dikahwinkan'... tpi persiapan nak 'kahwin' selalu aje kita abaikan. jgn sampai malu depan ALLAH nanti sudah..
Syamimi Hazirah said…
Mudah2an kita dapat bertemuNya dalam keadaan penuh keimanan. Insha'Allah.

p/s ; Dah tunang ek? Tahniah! Nanti majlis kahwin jangan lupa jemput ye :P
Nasuha said…
Jemput join segmen ni http://nasuhanass.blogspot.com/2013/02/segmen-saya-suka-makan.html :)

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

| Hijrah | Kembali Menilai Siapa Diri Kita, Kita Hanya Hamba |

| Tarikh Itu Semakin Hampir...Jom Counting Down ! |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!