| Surat cinta untuk aku, kamu, awak, dia |
Bismillahirrahmanirrahim~ Assalamualaikum,
To all readers and follower tercinta^^, Kaifa halukum? wa kaifa imanukum? Diharapkan supaya kesihatan fizikal dan iman kita kedua-duanya sihat. Hari ini, just coretan pendek untuk semua.. Disebabkan telah lama nak taip tapi dalam pada itu asyik taip dan padam.. taip dan save... then delete.. hari ini akhirnya, nak tulis, sampaikan sesuatu di sini..so, read this keyh!
Surat cinta untukku dan untukmu
Hari ini kubaca lagi surat cinta itu...daripada siapa?
Rm..biarkan ia menjadi persoalan buat seketika...
yang pasti ia sememangnya surat cinta yang istimewa daripada yang teristimewa...
surat cinta yang penuh dengan kata-kata cinta,surat cinta yang sarat dengan
kata nasihat,yang mampu mencuit hati ini setiap kali membacanya...
disaat orang lain berbalas-balas mesej cinta,disaat orang lain mengeluarkan kata-kata
manis kepada 'pasangan' mereka, tetapi still tidak mampu menandingi satu-satunya
surat cinta yang aku miliki ini, still tidak mampu menandingi puitis indah
yang terkandung di dalamnya..
yang terkandung di dalamnya..
kadang-kadang,berlinang juga air mata ni tatkala membaca surat cinta tu..
terasa hinanya diri ini...
dan kadang-kadang tu, hati ini terubat dengan sendirinya bila membaca madah
cintanya.. manakan tidak,kata-katanya sangat romantis..!
Aku jatuh cinta Ya Allah!!
tatkala rasa rindu bertandang, tatkala diselubungi masalah,
dan tatkala perasaan sedih menyapa diri,ku buka kembali surat cinta tersebut..
ternyata,hati kembali tenang.. betapa hebat madah cintaNYA..
setiap hari, akan kubaca ayat-ayatnya satu persatu..ku hayati maknanya..
ternyata, amat mendalam maknanya....
sungguh halus caraNYA menyampaikan rasa cinta kepadaku...
beruntung rasa hati kerana dikirim surat cinta ini..
surat cinta yang tiada tandingannya..
surat cinta yang tiada tolak bandingnya,
iaitu AL-QURAN AL-KAREEM...
surat cinta buat Tuhan kepada hambaNYA...
tetapi adakah aku, kamu, awak, kita benar-benar menghargainya?
Al-Quran penawar hati
Setiap manusia ada perasaan. Sungguh, rasa sedih itu pasti ada. Itu adalah fitrah kejadian manusia. Tetapi, ramai manusia yang salah mencari ubat ketika sedih. Ketika dia sedih, dia menyalahkan takdir. Ketika dia sedih dia mengungkit-ungkit kisah lama "kalaulah aku tahu, aku tak akan buat". Ketika dia sedih dia marah-marah. Semua ini tidak akan membuatkan hati terubat. Ini kerana Allah tidak menjadikan perkara sia-sia ubat bagi hati. Sesungguhnya Allah yang menjadikan kesedihan itu dan sudah tentu Allah juga yang mempunyai ubat kesedihan ini. Jadi, apa ubatnya? Satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibu Majah :
" Dari Abu Ishak bin Harith dari Ali R.A dia telah berkata, telah bersabda Rasullullah S.A.W, sebaik-baik ubat adalah al-Quran".
Hati yang berkarat
Semua manusia ada hati yang sama. Jadi, semua hati kita ni boleh disucikan dengan cara yang sama, iaitu dengan ayat-ayat suci al-Quran. Walau sekeras mana pun hati kita, pasti boleh dilembutkan dengan ayat-ayat al-Quran tu. Sebab Allah dah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 74, walau hati kita kering, hati batu malah lebih keras daripada batu sekalipun, masih ada harapan untuk lembut bila kena caranya dan dengan izin-Nya. Sebab apa? Dalam ayat tu jugak, Allah berfirman, sedangkan batu yg keras tu pun masih boleh air sungai melalui celah-celahnya, ada pula yang pecah terbelah dan keluar mata air, dan ada juga yang jatuh ke bawah atau tenggelam kerana takutkan Allah, jadi tak mustahil hati kita yang lebih lembut daripada batu ni masih ada harapan untuk dilenturkan dengan kalamNya. inshaAllah:)
“Sesungguhnya hati-hati berkarat seperti berkaratnya besi . Sahabat bertanya bagaimana untuk MENYUCIKANNYA. Rasulullah menjawab dengan MEMBACA AL-QURAN dan banyak mengingati mati.” (HR.Ibnu Umar)
Kadangkala kan kita menjadikan 1001 alasan hingga kita mengabaikan al-Quran. Kenapa yeee?? (tepuk dada tanya diri sendiri) Sedangkan al-Quran itulah yang bakal menjadi saksi kita di yaumul akhirat nanti, yang akan melebarkan dan menerangkan kubur kita, menjauhkan kita dari seksaan api neraka jahanam. Tapi, kenapa kita semakin hari semakin meminggirkannya. Hati kita ini semakin sakit kerana melupakannya. Adakah kita sedar semua itu? Atau kita sekadar buat tak tahu sahaja. Allah ! seperti mana kita perlukan oksigen untuk bernafas, seperti itu juga lah kita memerlukan al-Quran dalam kehidupan kita. Ingat! Kita hambaNya. Jangan sombong untuk tidak membaca surat-surat cintaNya di dalam al-Quran.
Ini juga adalah PERINGATAN PADA DIRI SAYA SENDIRI kerana kadang kala saya juga seperti terlupa terhanyut dalam dunia rekaan sendiri. Sama2 ambil yang baik, yang buruk harap ditegur dan dimaafi. No hurt feeling okey. Sekian dari hati. Salam !
Nota Hati : Tersedar dari lamunan..kadang-kadang pergi kelas tertinggal handphone, aku rela patah balik asrama,ambil handphone.. tapi bila pergi kelas tak bawa al-quran?? adakah diri ni rela patah balik asrama semula asrama semata-mata nak ambil al-quran? em..diri ini masih lagi cintakan dunia rupanya..dari akhirat.. Allah, maafkan aku ! T_________T
Comments
wahhh
rindu AieN...lmew xnmpk
rindu smew2 kamoo
ne way
smew2 kita penuhkan diri dgn ilmu2 yg bmanfaat
selagi nywa di kandung bdn
:)
salam perkenalan kembali
^^
subhanaAllah
indah kan bait2 kata dalam surat cintaNYA
^^
tengs ..
but memang kan surat cinta
surat cinta dari Tuhan untuk hambaNya
Allah sweeeet sgt
^^
inshaAllah ketenangan itu milik kita
^^
u too nice dearie
sama2 perbaiki diri
T___T
"rasa seronok, tenang dan tidak kesepian dengan manusia adalah salah satu tanda kemuflisan"
(^____^)
Moga Allah kasih dirimu sahabatku.
Moga Allah kasih dirimu jua
^^
Jazakallahu khairan
terime kasih kembali sudi view dis page
moge bmanfaat
^^
ishaAllah milik kita
^^
Slm pkenalan kembali
sama2 kita perbaiki diri yeee
mjadi super saiya muslimah o muslimah
inshaAllah Allah permudah
^^
Alhamdulillah
Segala pujian berbalik kepada Allah
trimas sudi bacer yee
^^
kita selalu lupa..bila susah baru nak mintak ape2 kat Dia..
itulah manusia..
@NIA SI DRUMSTICK :
itulah manusia
fitrah
bgantung kepada Yang Maha Penguasa
cume syg seribu kali syg
Yang Maha Penguasa itu sntiasa myayangi nya tanpa mengira batasan
tapi kita slalu lupa
Allah..
ampuni kami
T__________T
http://oneniezuka.blogspot.com/2012/09/giveaway-saya-mau-novel-dari-onenie.html
ishaAllah sis
tengs yee
^^