| Memaknakan erti syukur |
Bismillahirrahmanirrahim~Assalamualaikum,
Okay this is a very quick update. Nothing much to write but infinity to say
and share.
Nikmat yang Allah berikan kepada kita ni boleh jadi dua benda sama ada nikmat itu sebagai ujian mahupun
ganjaran dalam satu masa. Ok, let check it out!
Contoh: Aku berjaya lulus dengan cemerlang dalam final
exam dan menjadi Dean List's Student. So, dapat lah aku Anugerah Pelajar Cemerlang. Sepatutnya, nikmat yang aku dapat ni
adalah ganjaran daripada Allah atas usaha keras aku, doa yang tak putus-putus dari aku serta
kedua ibu bapa aku, niat ikhlas untuk menuntut ilmu kerana Allah dan sebagainya.
Tapi nikmat ini juga boleh dijadikan ujian untuk aku. Allah mengujiku bila aku
sudah dapat apa yang aku impikan selama ini, adakah aku masih consistent
beribadat dan berdoa kepada-Nya? Adakah aku akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan ilmu dalam diri? Adakah aku riak dan takbur di atas kejayaan
tersebut? Adakah aku memandang hina orang-orang yang tidak berjaya
sepertiku? Allah ! T____T
Jadi kita seharusnya sentiasa ingat akan kebesaran Allah.
Jika Allah masih tidak menunaikan hajat kita, jangan pernah untuk berputus asa
kerana Allah rindu kepada amalan-amalan kita kepada-Nya. Sebab tu Allah tak nak
kita berjaya dulu dan lupa pada-Nya kelak... Bagi yang sudah dilimpahi dengan
nikmat-Nya, ingatlah itu ujian dari Allah... Urus nikmat tersebut selayaknya dan
jangan lupa untuk bersedekah walaupun hanya dengan secubit gula kerana nikmat
Allah harus dikongsi bersama.
Menjadi
hamba yang bersyukur
Kita tidak akan mampu menghitung nikmat Allah, syukurilah
apa yang kita miliki, syukurilah apa sahaja rezeki daripada Allah S.W.T. sama ada
sikit atau banyak. Mensyukuri apa yang kita perolehi walaupun hanya sedikit
akan lebih baik daripada berlimpah tapi tidak bersyukur. !
Allah bagi apa yang kita
nak. Dan sebagai balasan, kita kenalah bersyukur dan mentaati perintahNya.
Alhamdulillah yaa Allah. Thank you Allah for everything. Thank you for giving
me this meaningful life and people's around me. Mudah-mudahan Allah menjadikan
kita sebagai insan yang pandai bersyukur.
Dan sekiranya engkau menghitung nikmat-nikmat Allah, (pasti) ia takkan terhitung. "
Surah Ibrahim ayat 34.
Last word, jiwa kita ini hanya akan menjadi
tenang apabila dalam hidup ini,
kita tidak bandingkan diri dengan
orang lain,
dan sikap itu sesungguhnya hanya mendatangkan sifat
kufur dalam diri kita.
Infiniti terima kasih buat Yang Maha
Pemberi Rezeki. Semoga ALLAH merahmati kita semua.
Nota
Hati : Bahagia itu akan datang bila kita menerima takdir Allah dengan redha dan
sabar. Bahagia itu datang bila kita mula memahami takdir Allah itu tidak kejam,
setiap kejadian pasti ada hikmah yang akan menyusuli. Bahagia itu akan datang
bila kita meyakini Allah adalah sebaik-baik perancang dan takdir Allah tak
pernah silap. ;)
Comments
sama2 kita jd hamba yg bersykur
:)
tengs 4 reading :)
kadang2 kita terlupa pada kurniaanNYA
bila ditarik baru nak menginsafi
momoy pun tak terlepas dari khilaf itu
salam kenalan dari momoy
follow sini. follow back if sudi
kadang2 kita terlupa pada kurniaanNYA
bila ditarik baru nak menginsafi
momoy pun tak terlepas dari khilaf itu
salam kenalan dari momoy
follow sini. follow back if sudi
memang kter manusia slalu lupa...
kan
Allah
T______T
Bile syukur itu datang, smbut dan selawat byk2..sbelum rase syukur itu hilang di sebalik kemegahan yang Allah selitkan dalam hati kita(supaya kite lebih alpa dan lupa), masyaAllah)...
(^_^)
betol tuh sis..
sygg kamoo larrr
^^
iela!!!
appreciatee ny komen kat belog i nih
haha
:P
inshaAllah..
kata2mu akan tersemat di hati
tengs yee shbt slalu peringatkan diri ini yg slalu alpa..
syggg kaoo fillah !
<3
*Moga Allah redha ukhuwwah kter
:)
Alhamdulillah, syukur kerana kte mash di beri peluang untuk bernafas dan merasai nikmat yg dikurniakan. =)
wsalam CM
mis u too..heeee
jenguk2 slalu yeee ain d cni
^^
*tc yup !
alhamdulillh3x !!
allah mmg syg kter
slalu bg kesempatan tuk bnafas d dunia ni lg
tuk mjadi lebih baik n baik setiap hari
sama2 bsyukur dan perbaiki diri
moga Allah redha segala usaha kita
:)
alhamdulillah
segala pujian selayak hanya pada DIA
:)
syukran kembali yeee sis
^^