Posts

Showing posts from May, 2015

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

Image
Assalamualaikum. Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Alhamdulillah. Masih lagi kita dibangkitkan dalam fitrah Islam. Allah masih lagi bagi peluang pada ita untuk upgrade diri untuk menjadi lebih baik dan baik. Sayangnya Dia pada kita.   Kita sambung lagi dalam bab Nun Sakinah & Tanwin - izhar halqi, ikhfak hakiki, iqlab dan idgham. Izhar Halqi Izhar Halqi : Izhar bererti jelas atau nyata. Halqi bererti kerongkong. Izhar Halqi bermaksud melafazkan nun sakinah dengan jelas tanpa dengung dan saktah . Huruf-hurufnya: ح خ ع غ ه ء   Tanda-tanda bacaan: Terdapat tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang selari. Cara bacaan: Menjelaskan sebutan nun sakinah atau tanwin tanpa mendengungkannya. Hujung lidah ditekan ke gusi depan sebelah atas dan tidak membawa suara ke pangkal hidung. Sebutan nun hendaklah dicepatkan untuk mengelakkan suara den...

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!