| Jangan Diungkit Kisah Lalu |
Assalamualaikum…
Peace upon to all..
Apa khabar iman hari ini..
Semoga sentiasa dalam jagaanNya..
inshaAllah ^^
Benar, yang telah berlalu, tetap telah berlalu pergi..kan..
Namun terkadang, sayang sekali bila setiap yang telah berlalu itu masih lagi terikat erat bersama masa kini.
Adakalanya, masa lalu yang telah pergi mungkin ada membawa bersama sebuah erti..moral value..
Ia mengajarkan kita apa itu ketabahan dan kekuatan..
Tapi kan... ramai yang mahu korbankan masa lalu...
Andai bertanya pada aku a.k.a Ain, bagaimana dengan masa lalu Ain..
I will say that :
‘ Aku tetap mahu lepas segala. Tutup tirai , buka buku baru. Tidak mahu pusing toleh lagi.
Aku mahu terus langkah ke depan. Cipta kisah baru. Aku tidak ingin dan tidak mahu masa lalu menghukum masa yang aku punya kini dan masa yang bakal aku lalui nanti.
Mungkin tidak semudah yang aku mahu,tapi aku tetap akan mencuba. insyaAllah. ‘
***
Aku hanya akan hidup hari ini maka aku akan mengucapkan:-
”Wahai masa lalu yang sudah berlalu dan selesai, tenggelamlah kamu seperti tenggelamnya mataharimu. Aku tidak akan menangisi pemergianmu, dan kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun untuk mengingatimu. Kamu sudah meninggalkan kami semua, pergilah dan jangan kembali lagi”
”Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan bermain dangan khayalan dan memperjudikan nasib dangan hanya satu agakan. Aku juga tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, sebab esok hari mungkin tidak ada sesuatu; esok hari adalah sesuatu yang yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan”
[Dr Aidh Abdullah Al-Qarni]
***
Masa lalu telah hilang di sebalik setiap cerita. Tidak usah diungkit dan dibicara lagi.
dan belajarlah dari kisah lalu....
Cukup dengan masa kini yang telah dipunyai. And Ain bersyukur, masih berpeluang untuk memiliki,
kamu dan kamu, yang disayangi. :)
Salam.
Nota Hati 1 : Perjalanan hidup terpaksa di sukai,biarpun penuh onak yang melukai..
Fi amanillah,
22 Safar 1433H,
16012012 : 0423.
Comments
fikir positif..pandang terus ke depan..tak payah nak toleh2 belakang lg..:)
*Takdir ALLAH kita x tahu....sama2lah kita brdoa supaya setiap apa yg ditakdirkan bakal menyampaikan kita kpd maqam yg diredhai ALLAH:)
tpi tkut nk menoleh ke blkang,,
apapun itu semua takdir =) kan?
:)
yg penting mulakan langkah baru dan tutup buku lama ;)
kadang2 kita gagal menhan diri utk membandingkan masa lalu dgn masa kini
tapi,diri perlu sentiasa diingati,,barang yg lepas takkan mampu diulang semula
segla keputusan yg dilakukan pda hari ini buatlah dgn bijak moga percaturan hdup dimasa depan tdak terasa kesal..:)
jadi senyumlah bila ada dugaan.. nescaya disblik dugaan itu ada cahaya =)
Senyum. ^^
segla keputusan yg dilakukan pda hari ini buatlah dgn bijak moga percaturan hdup dimasa depan tdak terasa kesal..:)
moge dipermudah2kan untuk menjadi lebih baik dan mensolehahkan diri ^^