Posts

Showing posts with the label Imej Muslimah

*perempuan. women. annisa'*

Image
Ramai di antara wanita di dunia ini yang menagih kebahagiaan dengan sesuatu, mahupun seseorang, dan mencarinya di segala penjuru. Sedangkan kebahagiaan itu sangat lah dekat. Dekat pabila diri & hati sentiasa dengan Allah. Sungguh. Hanya Allah sahaja yang mampu menganugerahkan kebahagiaan kepada manusia. Maka janganlah mencarinya selain daripadaNya.  Dan 1 lagi. Tidak ada yang lebih berbahagia melainkan orang2 yang BERIMAN. tak percaya? hm bukak alQuran, surah 16 ayat 97.  Sekadar perkongsian pendek. Especially untuk diri sendiri. Salam. *berusaha untuk jadi wanita yang paling bahagia! dunia wa akhirat. biznillah! Nota Hati : Semoga awak, kamu, dia, mereka, sentiasa dalam jagaan Tuhan. Jagaan Allah. Fi hifzillah, fi amanillah. ^..^

*audit diri*

Image
. . . . . . . . . . . . . . Moga apa sahaja kerja yang kita lakukan setiap hari waima sekecil2 perkara adalah kerana Dia.  Dan dikira serta mendapat nilaian pahala dan ibadah di sisiNya. Bimbang, terlalu sibuk dengan kerja2 dunia, hingga lupa buku amal yang masih kosong. Tak pernah tercatat apa2 sedangkan diri ini hampir setiap hari, tulis Rancangan Pengajaran Harian dalam buku rekod pengajaran.. yela, sejak diri mula didampingi si prektikum, buku rekod memang tidak boleh dipisahkan dari empunya diri. Hari2 kena catat rekod pengajaran, buat jurnal & yang paling penting refleksi pengajaran. Yeee, REFLEKSI!!! refleksi diri seperti mana refleksi pengajaran selepas mengajar.. refleksi dosa2 kita, amal2 kita seharian.. Adakah masih cukup untuk dibawa bekal ke alam sana.. Bak kata Prof.Dr.Muhayya, audit diri setiap hari terutama yang menaip ini. Wallahua'lam. *selepas solat, sendirian dengan Allah, sendirian dengan Dia, b

Tanya diri | Adakah pakaian kita benar-benar memelihara maruah diri?

Image
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum. . . . . . . . Ini hanya sedikit perkongsian dari pembacaan saya (di Majalah Anis). Dan saya edit balik dan relate kan dengan situasi ketika saya keluar outing dengan someone dua hari lepas di area Kuala Terengganu. Situasi 1 : Di supermarket @area Kuala Terengganu Sedang sibuk bershopping, terlihat kelibat seorang perempuan. Memang sungguh cantik pakaiannya. Lagi-lagi si pemakainya. Berkurung moden, namun amat laa jarang dan nipis pakaian sehingga ternampak isi dalam nya yang sepatutnya disembunyikan. Hanya mampu tunduk jeee. Situasi 2 : Di Taman Rekreasi @area Mydin Mall Kelihatan seorang perempuan berpakaian sederhanana longgar namun perkara yang menarik pandangan adalah pakaian yang dipakainya mempunyai corak ketara di bahagian pinggul ke bawah. Biarpun kita semua menyangka siapalah sangat yang kurang manis dengan memerhatikan bahagian badan tersebut, tapi pandangan mata secara fitrah suka melihat sesuatu y

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!