| Bicara Yang Baik / Diam |




Assalamualaikum..
Peace upon to all..
Apa khabar iman hari ini?
Moga sentiasa dalam jagaanNya..
inshaAllah ^^





Haa...ni macam 1 tajuk yang best je kan untuk orang yang pendiam...
Macam Ain....heee...tapi diam bertempat lar...:)
Macam satu bonus pulak kan...
bila kita diam maknenya kita kurang bercakap...
bila kita  kurang bercakap, maka kuranglah perkara yang buruk dari terkeluar dari mulut..
(contoh  seperti mengumpat, berbual kosong dll )














Kita manusia berbicara setiap masa..
Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada kita..
Jika bicara tidak mengikut adabnya, kita akan merana di dunia dan di akhirat.
Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati
orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.
Pernah tak korang rasa menyesal dengan apa yang dibicarakan?
bila dah kumpul ramai2 bercakap macam tak ingat dunia...
kadang2 enak sangat membicarakan tentang orang lain kan..
haa, ni la yang dimaksudkan hal sia-sia...
so masa ni la statement  "diam itu lebih baik dari berkata-kata" akan menyedarkan kita.
“ Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah
ia berkata yang baik atau diam. “
( Riwayat Bukhari & Muslim )












Jadi,,,
Berhati-hatilah dengan setiap kata-kata yang ingin kita keluarkan.
Jagalah perangai dan tingkah laku kita. Jaga akhlak sebaik mungkin.
Kita bimbang, dengan ada kata-kata atau perangai kita menyebabkan
orang lain sakit hati dengan kita...
Lebih-lebih lagi, dia terasa atau sakit hati dengan kita tanpa kita sedar pun...
Dalam hal menjaga hati orang ni, tiada contoh lain yang paling baik yang boleh kita ikut
melainkan CONTOH yang ditunjukkan oleh NABI SAW.
Nabi SAW, sepanjang hidup baginda tak pernah
menyakiti hati sesiapa pun.
Belajarlah sirah Nabi SAW…
Baca dan cuba selami sejarah hidup Baginda SAW.
Belajar bagaimana akhlak Nabi SAW dalam hubungan dengan
sesama manusia (Hablumminannas)...
Belajar, fahami dan cuba amalkan semua
akhlak yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW sebaik mungkin.











Last but not least,,,,
Lidah kita memang tak bertulang..kan..
Kita pernah dengar kan perumpamaan lidah lebih tajam dari mata pedang?
Sebab itulah kena jaga percakapan. Kalau tak perlu, tak payah bercakap.
Diam sahaja. Buat apa kalau banyak bercakap tapi
menyakitkan hati orang dengan mengata, mengutuk dan yang sebagainya?
Apa-apapun, yang penting, setiap kita kena jaga tutur kata.
Kena jaga tingkah laku. Kena jaga hati orang, jangan sampai orang terluka
dan sakit hati dengan kita samaada secara sengaja atau tidak sengaja.
Sebab, kalau itu terjadi, kita WAJIB MINTA MAAF atas keterlanjuran
 kata atau sikap kita itu...^^
















Kesimpulannya, tak kira la pendiam ke, peramah ke,
yang penting bila bercakap tu memberi manfaat pada diri dan orang lain.
Mengutuk pun ada keharusannya dalam Islam dalam keadaan-keadaan tertentu.
Dan yang paling bagus kalau kita dapat membasahkan lidah kita dengan zikrullah..












Semoga Allah redha hidup kita.
Semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita yang terlalu banyak,
yang tersengaja dan tak sengaja, yang disedari mahupun tanpa disedari.
Banyak, terlalu banyak dosa kita..
Namun, orang-orang mukmin itu, bukanlah mereka yang bersih dari segala dosa,
 tetapi mereka yang berbuat dosa lalu bertaubat segera!!!




Salam.

Nota Hati 1 : Manusia lahir dengan tiap satu kelebihan dan kekurangan...
terima apa adanya mereka.....
'BENCI'.... biar hapus dari rasa...andai ada, biar adil pada tempatnya..
sayang menyayangi. kasih mengasihi. kerana kita semua bersaudara...^^


Comments

aSLaN said…
setuju sangat-sangat ..
apa yg kita cakap,
biarlah benda yg baik ..
cakap kosong ni kadang2 rasa mcam buang masa jer
NorFarahin@aien said…
@mR.aSLaN : masyeh yaa sudi meninggalkan jejak d cni...dat;s true..lebih baik mendiamkan diri drpd bcakap mende2 yang bukan2 apatah lagi menyakitkan at orang kan..heee

p jgn xde respon plak lw orang anye..hehehe...berpada2 lar ketika berbicara ..2 yg penting... ^^
aamalinaazman said…
huuu
kerana mulut badan binasa kan..
emm
sdg memperbaiki dari kurg bercakap
asik suka bercakap je
huhuhu
sedih2..
NorFarahin@aien said…
@aimie amalina : thanx sis sudi singgah lagi belog aien...

dat's true...tlajak perahu boleh diundur..tlajak kata..xdpt lar nk nolong ny...tgung sendiri lar..

so..fikir dl sblm nk bkata2...^^
Ungu Violet said…
mmg tak suka ckp banyak..malas nak brgossip..

tapi kadang2 kat blog pun dorang gossip gak cuma tak dengar suara je la...huhu
NorFarahin@aien said…
@ Ungu Violet : btol 2 sis...mmg xsuka ckp bnyk..p suka dgr org bgosip...hahaha..

betulkan yang biasa..biasakan yg betol..kan...^^
fadh leyanie said…
orang diam tak ramai musuh,,kerana tak banyak bercakap..:P
NorFarahin@aien said…
@ fadh leyanie : yup..btol 2..bile diam..xbnyk mngeluarkan kata2 yg melukakan hati orng n mengumpat..kan..

pe pun berpada2 dalam berbicara ^^
Izzah Haneefa said…
Biasalah manusia...x maksum.
Namun... ALLAH kan Maha Pengampun?
sentiasalah bertaubat kpd DIA...
Insya-ALLAH DIA pasti terima...
*cantekk belog^^
lepas nie farah kena duk diam2 la.. hehehe.. tp farah suka ckap.. suka sembang.. suka kacau kwn2.. hehehe..
NorFarahin@aien said…
@Isma Haneefa : bettol 2 dear..kiter bukan nabi..maksum..kiter xkan buleh lari dari kesilapan...sebab 2 bile da tahu buat salah..cepat2 lar btaubat..sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha peyayang ^^

*mood edit mengedit belog datang...p ase cam xbape kena je belog ni..hee
NorFarahin@aien said…
@ nur farahin binti sulaiman : hehehe..xdela smpai xbercakap lgsung..juz bile bcakap 2 berpada2..jgn terlalu over..hehehe

perbanyakkan bercakap mende2 yg bfaedah l..^^
insyaAllah.. farah akan ckp benda berfaedah..^_^

p/s~post foote?? mksd akak yg kotak bawah entry farah tue ke akak??
owh yg tue.. betul la bawah entry.. akak kena pilih templete time edit blog..akak pham x??
mscoffeecat said…
InsyaAllah..setuju. suka post ni. tq for posting it. :D
NorFarahin@aien said…
@MsCoffeeCat : masyeh yaa sis..sama2 amik manfaatnya... ^^
Zehan Ilyana said…
betul3x...
diam adalah lebih baik..

tapi,
some situation,
diam juga adalah silence killer..:)
NorFarahin@aien said…
@Teenager Housemaid : btol jugak 2 sis...diam 2 juga silence killer bile xmjawab persoalan yg memerlukan jwpn..kn...

pe pun..tgok situasi la kan..panda2 lar kita adapt nge persekitaran..

mudah2an kata2 yg keluar dari mulut kita xmyakitkan hati orang lain..^^
Yang pandai biacara itu ialah al-Quran, dan yang diam itu ialah maut..
NorFarahin@aien said…
@HIDAYATUL MUSTAQIMAH :Ukhti..lamew xdgr kaba yaa..mudah2an ukhti baek2 aje yaa...^^


betol 2 ukhti....yg pandai bicara 2 alQuran..kalamullah...petunjuk kita ke jalan yg lurus.... dan diam 2 maut...yg xkan diketahui samapai lar masa 2 tiba..


*muhasabah diri ^^

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

|1 Hari 1 Muka |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!