| 2012...Hidup Ini Terlalu Singkat |
Assalamualaikum..
Peace upon to all..
Apa khabar iman hari ini...
Moga2 sentiasa dalam jagaanNya..
inshaAllah ^^
Hidup ini memang singkat kan..pejam celik,pejam celik...
Dah 2012 rupanya...kan..da masuk semester baru daa Ain..
Tetiber teringat memori time kecik2 dulu..
main masak2, main jual2, main lubang tikus..kejar2..dan seumpamanya..
hidup tahu nak main je tiap hari..
bila ingat balek..seronok sangat2 time 2..
Memang cepat betul semua tu berlalu..
Bagi Ain, waktu kecik la waktu yang paling best dalam hidup..
Apa yang Ain nak, semua dapat dan tak perlu bersusah payah nak fikir itu ini..
Bile da besar panjang camni raser macam nak jadi kecik balek plak..hee
Padahal time kecik2 dulu xsabar nak jadi besar..pelik2..hehe
Dalam meniti kehidupan seharian..
terkadang kita ‘manusia’ cepat untuk mengeluh...
terkadang2 cepat sangat melatah bila ditimpa sesuatu ujian..
terkadang2 juga merasa sangat terbeban dengan semua t/jawab yang ada..
(t/jawab seorang anak, pelajar, pekerja, suami , isteri dll )
dan terkadang2 merasa sudah letih untuk semuanya..
hinggakan kita terlupa..
semuanya datang daripada ALLAH..
baik dan buruk tu hanya dalam pandangan kita..
namun hakikatnya di sisi ALLAH, itulah yg terbaik buat kita hambaNYA...
Jadi,
sementara masih lapang ini
sementara masih muda ini,
sementara masih kaya ini,
sementara masih sihat ini,
dan
sementara masih hidup ini!
Gunakan masa dengan sebaiknya untuk menjalankan tugas serta tanggungjawab
sebagai hamba dan khalifahNya di muka bumi ni..
Masa akan berjalan dan terus berjalan..
Tiada titik noktahnya...sehinggalah kiamat..
dan kita pun semakin membesar, meningkat remaja dan
kemudiannya kahwin..beranak pinak....
dan nanti tua dan akhirnya kembali kepadaNya
Kitaran kehidupan yang Allah tetapkan untuk makhlukNya..
By the end..
2012 da menjelma...
Tahun baru..semangat pun baru...
Hargailah apa yang ada disekeliling kita..
Sayangi orang yang menyayangi kita dengan sepenuh hati terutamanya
ibu bapa & famili...dan yang paling penting love yourself...^^
Kita lebih faham dan kenal diri kita yang sebenar..
Hargai juga setiap saat yang berlalu..kerana walaupun sesaat,seminit,sedetik..
kita masih tak dapat mengulanginya kembali...
Moge kita akan menjadi lebih baik dan baik..upgrade ourself..
InshaAllah Allah permudah ^^
Sesungguhnya sesungguhnya bersama kesulitan dan kemudahan.
Maka, apabila engkau telah selesai ( dari sesuatu urusan ), tetaplah bekerja
keras ( untuk urusan lain ).
( Asy-Syarh , 94:6-7 )
Salam.
Nota Hati 1 : Hiduplah selagi hidup…jangan mati sebelum mati…
tetapi hiduplah seperti orang yang bersedia untuk mati…
Hidup sebelum mati ini adalah bekal untuk hidup sesudah mati..
Kehidupan ini adalah satu perjuangan...
Jangan sesekali lemah melangkah…Hiduplah kerna Dia..^^
Comments
rasa cam baru semalam melangkah ke darjah satu:P
Huhu...yg pnting, kita kena mengimani bahawa ALLAH itu tahu!
SELAMAT TAHUN BARU!
ape2 pown, selamat tahun baru aiN..
p/s~ slmt tahun baru.. semoga terus tersenyum dan tersenyum..=)
semoga hari ini lebih baik drp semalam & kehidupan kita sentiasa mndapat rahmat dariNya..:)
i luv that..:)
teruskan menulis ye awak..:)
and thanks..:)
happy new year..:)
amin....moga Allah permudahkan segalanya...
teruskan hidupmu dengan kebahagiaan..:)
*slmt thn baru juga ^^
@Heidi Shafiq : inshaAllah...dalam perjalanan untuk mensolehahkan diri..doakan yukk ^^
*senyum a ni... peace.. :)
@lhambrothers : selamat tahun 2012 kembali..sama2 muhasabah n perbaiki diri ke arah lebih baik.. ^^