| Barakah Friday |


Assalamualaikum…
Peace upon to all..
Apa khabar iman hari ini..
Semoga sentiasa dalam jagaanNya..
inshaAllah ^^








Tomorrow is Friday….
Jadi ada baiknya kalau Ain ‘post’ kan tentang amalan sunat yang patut diamalkan oleh kita bersama.
 Semoga ianya sedikit sebanyak memberikan manfaat bagi kita semua.
InshaAllah.. ^^








As we know that hari Jumaat ialah hari kebesaran bagi orang Islam..
Hari yang sangat special sehingga ia dinobatkan sebagai PENGHULU segala hari dalam seminggu.
Justeru,kita wajar meraikan kehadiran hari Jumaat pada setiap minggu dengan melakukan 
amalan-amalan sunat seperti pesanan Rasulullah s.a.w..
Dan hari Jumaat juga merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat.
 Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa :
“ Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya. ”










Oke..let's check it out amalan sunat yang boleh kita lakukan pada hari jumaat…hee
First ialah menghias diri,memakai pakaian yang baik dan memakai wangi-wangian.
Hari Jumaat umpama hari raya untuk minggu tersebut..haa
 Justeru,kita disunatkan menghias diri dengan kadar yang dibenarkan oleh syarak dengan memakai 
pakaian yang baik dan berwangi-wangian..
tapi jangan berlebih2an..nanti jadi mende lain pulak..hee..bersederhanalah...k
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
 "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat,memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang 
ada di rumahnya,kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk 
orang lain,solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga 
dia selesai menunaikan solatnya,maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa 
yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu."
(Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)









Second ialah memotong kuku..
Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi.
 Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas.
 Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, haa.. potonglah..jangan nak malas2..
Ibnu Masud berkata :
“Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”











Third ialah memperbanyak doa terutama pada hari Jumaat…
Kita digalakkan untuk banyak berdoa,apatah lagi pada malam dan hari Jumaat terutama
 sekali semasa waktu-waktu mustajab berdoa..
Dan daripada zaman sekolah lagi mungkin ramai yang telah diberitahu akan perkara ini. Baca doa ketika imam sedang duduk antara dua khutbah selalunya makbul doanya tu. Ya, kan?
Banyak ulama’ yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.
Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud  :
 “ Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan Rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu. "











Dan lastly perbanyakkanlah berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w..
Pada hari Jumaat,kita juga disunatkan supaya banyak berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. 
Sabda baginda yang bermaksud :
"Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku
 pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku."
So..kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.










Jadi…Ain menyeru diri Ain dan semua… marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti.
 Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya
 merupakan ruang dan peluang untuk  kita rebut...
Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama.
 Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut..
sebagai bekalan kita ke akhirat..alam yang kekal abadi..
Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik..
Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam
( penghulu hari ) ini.. Subhanallah…
Moge Allah merahmati dan selamat beramal…^^


Salam.

Nota Hati 1 Tempoh kehidupan ini telah ditentukan, dan nafas ini ada batasannya..
sama-sama kita isinya dengan kebaikan dengan kesanggupan beribadat kerana Tuhan..^^

Comments

Ungu Violet said…
memang banyak peristiwa yg akan berlaku pd hari jumaat terutamanya kiamat..
NorFarahin@aien said…
@Ungu Violet : betol 2 miss ungu...Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat...cmer kiter xtahu je bile ia akan berlaku...jadi sementare masih hidup..sama2 memperbanyakkan bekalan untuk ke akhirat...mudah2an tergolong dalam kalangan org2 yg akan merasai nikmat di syurga..^^
Anonymous said…
bagus2..suka entry ni..yups sok or malam ni potong kuku.
NorFarahin@aien said…
@MaYa MustWany : masyeh yaa sis sudi bacer entry wafa...selamat beramal yaa ^^
Zehan Ilyana said…
thanks for sharing..:)

selamat beramal..:)
NorFarahin@aien said…
@Teenager Housemaid : sharing is caring...n selamat beramal ^^
zareliqa afiqa said…
Thanks 4 sharing :)
Selamat hari jumaat dear^^
Addien said…
Sedikit penambahan kerana saya perasan matan hadith itu tidak berapa tepat:

Banyakkan doa di hari Jumaat.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ ، فَقَالَ : ” فِيهِ سَاعَةٌ لَا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ وَهُوَ يُصَلِّي ، يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلَّا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ

Daripada Abu Hurairah Radiallahu ‘anhu bersabda tentang hari Jumaat: Padanya terdapat satu masa. Tidaklah masa itu bertepatan dengan saat seorang hamba yang Muslim berdoa dengan meminta kepada Allah sesuatu, kecuali Dia akan memberikannya.

[Sahih Muslim, Kitab Jumaat, Bab Waktu Yang Ada Pada Hari Jumaat, hadis no: 1412]

Terdapat hadis menerangkan waktu itu adalah selepas Asar pada hari Jumaat.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً فِيهَا سَاعَةٌ لا يُوجَدُ عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلا آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ ”

Jabir Radiallahu ‘anhu berkata bahawa nabi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam, padanya terdapat satu jam di mana tidaklah seorang hamba yang Muslim berdoa kepada Allah, melainkan Allah akan memakbulkan doa itu. Berusahalah mencari waktu tersebut selepas Asar.

[an-Nasai’e dalam as-Sunan al-Kubra, Kitab Jumaat, Bab Waktu Jumaat, hadis no: 1687. Shaikh Muqbil menyatakan ia hadis hasan. Lihat as-Sahih al-Musnad: 251]

p/s- Hadith sumber kedua dalam Islam dan amat penting untuk mengetahui kesahihannya. Tidak dialakkan copy paste sebelum mengetahui ketepatannya..teruskan usaha baik ini dan berhati-hati ye..

boleh tanya ustaz yang arif bab hadith, atau saya setakat yang termampu sahaja..jemput ke laman WADi. wallahua'lam bissowab
NorFarahin@aien said…
@zareliqa afiqa :salam jumaat..penghulu segala hari..selamat beramal ^^
NorFarahin@aien said…
@ Ad-Dien :oke ..masyeh yaa 4 da info...sy akan lebih berhati2 selepas ini...betol..hadis adalah sumber kedua selepas alquran..xley men2 dalam menggunakan nya sebagai hujah...inshaAllah akan lebih merujuk kepada yang arif...proses menuntut ilmu itu berterusan..ilmu still kurang lagi di dada...yg salah mestilah ditegur...syukran yaa ^^
CikTeddyCorner said…
insyaAllah..jom amalkan sama2 :)
Unknown said…
Jumaat adelah segale hari..same2 lah kiter melakukan amalan sunat dihari jumaat yang barakah ini..sekian ! ~ =)
alhamdulillah da jumaat hari ni... :)
NorFarahin@aien said…
@Original CikTeddy : inshaAllah..sama2 kita beramal..moge dipermudah ^^
NorFarahin@aien said…
@ ♥AienNajwa♥ :..hehee..sekian terima kasih...^^
NorFarahin@aien said…
@Bulan Syurga Firdausi : alhamdulillah..moge ketemu lagi jumaat yg akan datang ^^
aamalinaazman said…
alhamdulillah :)
suke sangat dgn peringatan ni..
kekadang diri ni asik leka jek
adoyaiii
apooolah nk jadi

maseh ain chan :))
NorFarahin@aien said…
@aimie amalina :alhamdulillah..all praised 2 him...
sebab 2 la kiter kena sling mengingatkan...
kerna kita memang mudah lupa...
mudah2an bermanfaat yaa..n cmat beramal....

masyeh kembali cikugu aimie!!hee^^
Addien said…
Afwan, sekadar menasihati agar memuliakan hadith, moga thiqah :)
Izzah Haneefa said…
indahnya Islam:)
kdg2 bnda sunat tu bukannya susah nk buat pun tpi yalah...yg duduk dlm hati kita ni bukannya iman dan akal aje... NAFSU itu yg kdg2 melumpuhkan iman kita. nauzubillah...minta djauhkan^^
NorFarahin@aien said…
@Isma Haneefa : indah..mmg indah sungguh islam..sama2 baiki amalan wajib kita...n tingkatkan amalan sunat kita..moge allah permudhah ^^
tima kasih atas pkongsian yg berguna ni
semoga menjadi peringatan buat semua :)
NorFarahin@aien said…
@Miss Purple Ungu : mudah2an sama2 beroleh manfaat ny...sharing is caring n loving..hee..slmt beramal :)

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

|1 Hari 1 Muka |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!