|1 Hari 1 Muka |


Assalamualaikum…
Peace upon to all..
Apa khabar iman hari ini..
Semoga sentiasa dalam jagaanNya..
inshaAllah ^^








Okey…hari ini Ain xnak da post pasal cinta lagi..
Hari ini Ain nak share dengan semua apa yang Ain belajar hari ini dalam kelas Tafsir Quran…
Yang Ain rasa sangat sesuai untuk disharekan bersama..
iaitu ganjaran dan kelebihan orang yang membaca al-Quran…









Soo..sebelum tu..Ain nak tanya anda semua berapa kali sehari pegang al-Quran?
Kalau pegang je tapi tak baca, baik tak payah tanya kan..hee
maksud Ain berapa kali anda pegang, bukak dan baca ayat Allah??
Berapa kali anda baca dalam sehari? Dalam seminggu? Dalam sebulan?
hurm..baca belog boleh pula berpuluh jam, tapi baca al-Quran 10 minit pun dah payah rasanya..
Kan…ish ish ish..xpatut2..
Sooo..hari ini Ain nak promote kempen baca al-Quran everyday…
Paling2 kurang sehari 1 muka..kan..xlama pun..hee











Allah dah turunkan panduan yang lengkap selengkapnya untuk kita,.iaitu AL-QURAN!!
tapi kenapa kita mesti abaikan?
Kita ni yang sebenarnya  perasan sibuk..ada je alasan kan..
Berfacebook, berblogging, berjogging,baca novel berjela2 sempat pula kan.
Bukannya ambil masa sejam nak habiskan sehelai muka surat..xsampai 10 minit pun..
terfikirkan masalah itu ini. Kan? Kan? perasan x..









Oke..nak tahu x apa kelebihan membaca al-Quran..
First..kita akan mendapat ganjaran dan keampunan daripada Allah….
Seperti mana firman Allah :
“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta mendermakan
 sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan secara bersembunyi atau terang-terangan,
 mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.
 Supaya (dengan itu) Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan kepada mereka kurniaannya.
 Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas sebaik-baiknya.”
( surah Fatir : 29-30 )









Second ialah meningkatkan keimanan seseorang kepada Allah SWT..
Al-Quran sekiranya dibaca dengan penuh penghayatan,,
Percayalah kita akan menangis..
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah mereka yang apabila disebut nama Allah,
 gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, bertambahlan iman mereka(kerananya). Kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.
(Surah al-Anfal – ayat 2)
Alang-alang kalau dah baca tu, selaklah tafsir/terjemahan sekali.
Fahami apa maksud ayat yang kita baca..jangan terus tutup  Quran cepat2..
Kalau rasa banyak sangat pula nak baca Quran lagi, nak faham makna lagi,
kita bacalah ayat Quran tu satu muka surat je, tak pun separuh jadilah...
Lepas tu baca maksudnya.. Baca macam tu setiap hari..
Nanti, tambah la lagi bilangan muka suratnya ikut kemampuan kita…
biar sikit..asalkan berkualiti..kan..
inshaAllah boleh…^^









Third ialah membaca al-Quran adalah ibadah yang diberi pahala oleh Allah kepada pembacanya…..
Bahkan kepada orang yang mendengarnya..
Setiap huruf yang dibaca akan diberi 10 kebaikan…
Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda :
" Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan
 sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf,
 Lam satu huruf dan Mim satu huruf. "
SubhanaAllah..besar kan pahala 2…jadi jom pakat ramai2 rebut pahala ini…










Oke..alasan biasa yang kita kalau ditanya kenapa xnak baca Quran?
Jawapan mereka2 ini ringkas je iaitu...
“ Tak reti baca Quran lar “...
Lw xreti…belajar la…. MALU???
sebab dah besar baru nak belajar??haa
Kita malu dengan manusia, dengan Allah tak malu pula…kan..
Padahal  Allah  yang menjadikan kita hidup di dunia ini, bukannya manusia lain..
Dan bila baca tu kita ikutlah tajwidnya, jangan main langgar suka hati je…
Bila ikut tajwid, baru la sedap bunyi dan makhrajnya..kan..
kalau nak tahu al-Quran adalah bacaan berpahala di mana betul bacaannya dapatlah pahala..^^









Last but not least…fikir2kanlah…
Muhasabah balek berape kali sehari kita membaca al-Quran…(termasuk Ain)
Hal ini kerana ianya adalah saham untuk kita di alam lagi satu…anda tak nak ke pahala banyak-banyak?
Atau dah banyak sangat pahala tu nak menjamin syurga untuk kita?
Jadi….Mari kita ikut kempen baca al-Quran everyday…1 hari 1 muka…
Bring Quran everywhere…in ur heart..in ur hand…
bkn bce entry je,Quran pon kne bace..hehe :)
mudah2an Allah kaseh dan merahmati..


Salam.

Nota Hati 1 : Perubahan ke arah kebaikan itu perlu dimulakan berkali-kali.
Tidak ada istilah putus asa dalam mengharap keampunan dan keredhaan Ilahi.
Tiada alasan untuk berhenti. jauh sekali untuk berundur atau mundur..
kerana berhenti itu ertinya mati…iaitu mati hati...
mati hati dalam mengharapkan cahaya Illahi itu lebih bahaya daripada matinya jasad diri.^^

Comments

Zehan Ilyana said…
yup..
kalau rasa satu muka surat tu pun payah, atleast sehari baca 7 ayat...
Allah dah bagi discount banyak tu...
huhu...
and jgn baca je, tapi tak faham makna,kan ain?
tafseer tu penting..:)

nice sharing ain..
NorFarahin@aien said…
@Teenager Housemaid : betol 2 sis..at least lw mls sgt bacer 1 ayat pun xpe dah...2 mmg tahap mls gler2 ahh..hee..at da same time cuba bacer terjemahannya sekali..nk senang bli lar quran tafsir...ada dh bnyk dijual...kecik n senang dibawak lagi...

masyeh yaa sis..moge bermanfaat tuk sume n peringatan tuk diri ain jugak ^^
inna_risna said…
bgus kempen nie...arap2 lepas nie adalah yg ikut...insyaAllah. .
xrugi pn baca al-Quran nie..
NorFarahin@aien said…
@miss inna : hee..nak2 pilihan raya..jom ikut ikut kempen mengaji ni jugakk
xrugi pun...bnyk ganjaran pahala yg kita dpt nanti..p akhirat sner..inshAllah...^^
Izzah Haneefa said…
tQ utk pringatan:)
apapun, jgn lupa minta juga dijauhkan drpda golongan yg mmbaca Al-Quran ttpi dilaknat oleh Al-Quran itu sndiri!
Baca, Hayati, Faham dan Amalkan!
The day we meet said…
erm..
ida pun ada amalkan skrg...sehari sehelai..kdg2 kalo rajin sket sehari 3,4 helai..hehehe :)
nice entry wafa
semoga menjadi peringatan buat umat Islam ;)
Ila Aqilah said…
ain thanx utuk peringatan ni:)

kadang-kadang nak baca tu rasa malas mungkin sebab kita tak nampak ganjarannya, tapi bile dah start baca hati rasa senang je ka..thee
agent platypus said…
tak ramai yang mahu baca Al-Quran sekarang nie. mreka lebih suka buta hati dari menuju ke chaya hati~
iAmCekbolat said…
sukenyee bace entry ni =)

bkn sje xreti bace alquran.. tpi buta jawi.. haishh.. org celik ialah org yg pndai mbaca al quran.. KAN?

bolat nk khtam buat kli ke 3 plak =)
aamalinaazman said…
^_____________^
mari la sesame kite mmbace Quran
sikit2
tapi sentiasa berterusan
lbh baik dr banyak2
tapi skali skale

kan2?

:))

ase tenang je bile bace kan :))
CikTeddyCorner said…
hee..bgusnya entri ni..bru tngok halaqah sat td..ayat2 Quran mrupakan lirik cinta teragung :D
zareliqa afiqa said…
Betul2! satu muka sehari pun da oke dari tak buka lngsung kan. :)
NorFarahin@aien said…
@ Isma Haneefa : same2 mengingatkan kan..betol..mudah2an di akhirat kelak kita xtermasuk didalam golongan yg dilaknat alquran...yg mana bacaan ny xbetol...xmenghayati dan mengamalkannya lam kehidupan...nauzubillah..^^ mudah2an di akhirat kelak ayat2 Allah inilah yg akan mjadi syafaat tuk kita ^^
NorFarahin@aien said…
@ Norlida Ramli :alhamdulillah..mudah2an akan terus istiqamah..bia sikit..tapi kita bacca..cuba faham dan amalkan..inshaAllah xrugi ^^
NorFarahin@aien said…
@Miss Purple Ungu : masyeh yaa miss purple...sharing is sharing..sekadar perkongsiaan bersama...tuk diri sendiri n orang lain..mudah2an bermanfaat ^^
NorFarahin@aien said…
@Ila Aqilah : same2 sis...peringatan tuk kita bersama...betol 2 sis..bile kita bacer..n at da same time..kita akan measa sanagt3 tenang..kadang2 sampai boleh mengalirkan air mata kan...n kadang2 2 rase cam xnak berhenti je bace ayat2 2..betapa indah dan hebatnya ayat allah...mudah2an ia menjdai amalan kita seharian..^^
NorFarahin@aien said…
@miss de n'ain : betol sisi..mereka rela buta hati...padahal alquran adalah mukjizat yang ditinggalkan nabi untuk kita bagi kita tuk umat islam...alquran sekarang banyak yang sekadar dijadikan hiasan kan...daripada diamalkan..senangnya nak mengutip pahala..tapi mereka xnak amik peluang 2....peringatan tuk diri ain jugak^^
NorFarahin@aien said…
@CekbOlat-bOlat : masyeh yaaa sis...sekadar perkongsian bersama..hee

alhamdulillah..da khatam banyak kali...teruskan istiqamah membana yaa..di samping cuba memahami ayat2 yg dibaca..inshaAllah akan menjadi syafaat dan pahala berterusan buat kita ^^
NorFarahin@aien said…
@aimie amalina : masyeh yaa sis sudi lagi membaca entry ain..hee

betol..bacer sikit2 tapi berulang2 kali dan berteruskan lagi baek drpd bacer bnyk trus tapi jarang...moga2 kita istiqamah dengan bacaan ayat2 allah...inshaAllah ^^
NorFarahin@aien said…
@Original CikTeddy : masyeh yaa sis..sekadar perkongsiaan bersama..pujian kepadaNYA yg mengilhamkan ain tuk wat entry ni..alhamdulillah...selamat beramal yaa^^
NorFarahin@aien said…
@ zareliqa afiqa : betol 2 sis..selamat beramal yaa^^
Unknown said…
Thanks sayang for sharing..(^____^)..membace Al-Quran dapat ketenangan jiwe..membace dengan penuh bertajwid Adelah lebih terbaik..so, perlu mendalami tajwid dahulu..sekian..=)
vendoline said…
igt buat diari sehari 1 muka..hehe amin...bgusnye klau semua org mcm ni
kLas kitE pAi3 said…
moga akak juga trus hebat. nice blog. nice content. =)
NorFarahin@aien said…
@ ♥AienNajwa♥ : sis..masyeh dtg lg bacer entry ain..syg kamoo..hee..

betol 2...bacaan alquran menjadi bacaan berpahala apabila kita baca dengan betol dan bertajwid..soo..sama2 kita mendalami ilmu tajwid terlebih dahulu..jgn nanti al-quran pula melaknat kita kembali sebab..baca men langgar je..nauzubillah ^^
NorFarahin@aien said…
@ Edy Fee : betol..tulis lam diari besar2..1hari 1 muka...xsusah pun..inshaAllah..selamat beramal yaa^^
NorFarahin@aien said…
@ kLas kitE pAi3 : masyeh yaa sudi singgah belog ain...moge kamoo jua terus terhebat jugak..salam ukhuwwwah bersulamkan dakwah ^^

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!