Wordless Wednesday #1 | I'm Not Perfect |
Kita tahu itu salah, kita sedar itu tak betul, malah kita faham itu dosa,
sedangkan sebesar-besar dosa adalah apabila kita rasa berdosa ketika melakukannya..
Emmm, dan lebih malang lagi Ain lah antara kita itu .... =(
Pernah terfikir, bilalah diri ni nak berubah,
dalam erti kata lain menjadi muslimah sebenar.
Bukan sekadar pakai tudung, solat 5 waktu sehari, puasa cukup !
Tapi, mengimpikan untuk menjadi wanita solehah...
Penyejuk hati semua orang...
Emm ... walau orang kata nak seribu daya , tapi bagi Ain tak semudah itu .....
Orang yang sudah dapat hidayah, atau lahiriahnya memiliki sekeping hati yang tulus ,
mungkin anggap perkara ini mudah.
Tapi, bagi orang yang tak sebaik macam Ain anggap perkara ni susah.
Allah, banyak malah terlalu banyak dosaku padaMu .......
so...Sorry, I can't be perfect .....
definitely never be perfect....
definitely never be perfect....
Sesungguhnya mencari kesempurnaan itu terlalu meletihkan .....
Sekian,
Salam.
Nota Hati 1 : Andai bisa ku mengulang, waktu hilang dan terbuang ....
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi ...
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi ...
Tapi waktu tak berhenti , tapi detik tak kembali ...
Harap ampunkan hambaMu ini ....
Comments
=)
benar, mencari kesempurnaan itu sukar.
tetapi, sekurang-kurangnya ukhti sudah berusaha untuk mencapai kesempurnaan itu. Jangan bersedih.
Fitrahnya, hati kita tidak pernah menentu, naik turunnya membuatkan kita buntu. Seketika bila kita rasakan bersemangat dan mudah melakukan ibadah, dan seketika kita merasakan payah, malas dan berat sekali.
Ini bukan soal naik turun, ini soal mahu atau tidak. Ini soal kita sendiri, yang degil untuk berubah, yang sombong dengan Allah. AllahuRabbi, tamparan buat diri saya sendiri khususnya.
Kerana itu wujudnya terms istiqamah. Istiqamah bukan bermaksud amal kita maintain je tanpa berubah. The true meaning of istiqamah is that kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan amal-amal kita. Daripada tiada kepada ada. Daripada sedikit kepada berbukit. Meski terpaksa berdikit-dikit.
Sahabat, sejujurnya, saya juga sedang memandu kenderaan mujahadah itu. Bukan sekali saya tersilap lorong, bahkan berkali-kali. Seringkali kemalangan, terhantuk, tersungkur.Tetapi, cobalah untuk bangkit semula. Dan teruskan memandu.
Moga kita sama-sama kuat dalam bermujahadah untuk menjadi mar'atul solehah. ^^
istiqamah 2 yg susah...mudah2an niat ain tuk berubah 2 allah akan permudahkan...wlpn nak cari kesempurnaan 2 payah...doakan yg tbek tuk ain naa ukhti dan akan sntiasa wt pilihan yg betol...
syukran sgt2...syg ukhti..^^
mudah2an Allah merahmati..
but kite boleh mencuba dan berusaha menuju ke arah kebaikan...:)
ya.saya tak sempurna.
bersama berusaha ke arah kebaikan... moga hati kita berpaksi pada yang maha esa
Moga hati di beri hidayah atas usaha yang kita lakukan... mula2 memang terasa susah sangat... tapi lama2 InsyaAllah.....
mudah2an dari kesilapan 2 akan menjadikan kita lebih mngenal diri kita...orang alin..dan pencipta kita....seterusnya menjadi lebih baik dan baik..inshaAllah...
mohon doa supaya sentiasa istiqamah...moge Allah merhmati ^^
http://mujadafewa.blogspot.com/p/tips-beriklan.html
ehem2..pop-up window 4 comment??actually xbape tahu sgt..but i will try it..thanx yaa.. ^^
usah bersedih dengan ketidaksempurnaan kita...
cuba belajar utk berubah bukan secara drastik tapi perlahan2...
moga kamu sentiasa dilindungi olehNYa...amin....:)
mudah2an allah permudah tugas untuk mensolehahkan diri..mohon doa kalian.. ^^