:: Kemaafan Adalah Dendam Yang Terindah ::
Assalamualaikum...
Peace upon to all...
Moga hari ini lebih baik daripada semalam..
inshaAllah ^^
Hari ini..sekadar nk mencoret sedikit di sini....
Berkenaan tentang MAAF tapi masih terluka...
Dendam yang tiada penghujungnya....
Tanya hati mengapa kita susah nak memaafkan orang lain...
Entry tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau sape2 je..k..
Orang selalu berkata, luka walau sudah sembuh sepenuhnya,
namun tetap meninggalkan parutnya .
Ada ketikanya hati kita sakit menerima perkhabaran
yang kita tidak pernah terbayang yang kita akan menerimanya....
Maaf. ..Satu perkataan yang mudah dilafazkan bagi kebanyakan orang..
tapi dalam hati susahnya nak melupakannya...kan..
Andai dendam itu merupakan sesuatu yang konkrit
mungkin sahaja setinggi menara KLCC tetapi
tidak mampu mengalahkan ketinggian dendam yang ada!!!
Terlalu berdendam sebenarnya hanya menyakiti hati sendiri
bukan org yang didendami itu ....kan..
Kita dipermainkan oleh perasaan sendiri, diperguna dengan
nafsu amarah yang meluak-luak sedangkan
yang bertepuk tangan itu hanyalah si bertanduk dua yang sedang
tersenyum lebar! Astaghfirullah..
Ain nak bagi 1 persoalan....
Kenapa kita susah sangat nak mengaku kesalahan diri kita sendiri
dan susah sangat nak memaafkan orang lain?
Sesungguhnya ini ujian yg paling besar ain sedang alami sekarang..
Berperang dengan perasaan sendiri...
Adakalanya kita masih terbawa2 dengan kesilapan yang telah dilakukan terhadap kita
bertahun-tahun yang lampau dan ianya masih lagi menjejaskan hubungan
kita dengan pihak tersebut...kan..
Ain cuba untuk menunjukkan reaksi seperti tiada apa yang berlaku.. namun... hati ini
hanya ALLAH saja yang tahu... sampai bila ia akan berakhir....
1 je pesanan ain...
Jangan menganiayai diri sendiri dan orang lain
yang memohon kemaafan daripada anda dengan memberinya ketaatan
palsu. Mereka sebahagian daripada diri kita.
“Seorang muslim adalah saudara bagi sesama muslim ,kerana itu janganlah
menganiaya,jangan membiarkannya teraniaya dan janganlah menghinanya.Taqwa
tempatnya disini!Sambil baginda menunjuk ke dadanya sebanyak 3 kali.Alangkah besar
dosanya menghina saudara sesama muslim,setiap muslim haram menumpahkan darah
saudara sesama muslim. Haram merampas hartanya dan haram mencemarkan
kehormatan atau nama baiknya” [Hadis Riwayat Muslim]
‘ Memberi Kemaafan Adalah Jalan Terbaik ‘
Sebenarnya, orang yang benar-benar memberi kemaafan akan terlepas dari dendam
dansakit hati apabila mengenangkan perbuatan orang padanya.
Sebaliknya, orang yang memberi kemaafan akan tenang dan
merasai kelapangan jiwa. MashaAllah. ^^
dansakit hati apabila mengenangkan perbuatan orang padanya.
Sebaliknya, orang yang memberi kemaafan akan tenang dan
merasai kelapangan jiwa. MashaAllah. ^^
Memang, sebagai manusia biasa adakalanya berhadapan dengan kesukaran untuk
memaafkan orang lain. Tapi ingatlah, sifat orang yang mudah memaafkan
itu adalah akhlak muslim yang terpuji.
itu adalah akhlak muslim yang terpuji.
Justeru, Ain kira orang pemaaflah yang paling kuat. Kenapa?
Sebab, sebenarnya walaupun dia berupaya untuk membalas segala perbuatan orang
kepadanya, namun dia mengambil jalan untuk memaafkan dengan berusaha untuk ikhlas
kerana ALLAH SWT...kan..fikir2kanlah...
Ain harap Ain pun mampu jadi sekuat itu..^^
Rasulullah SAW pernah bersabda.
“Tidak sempurna keimanan seseorang daripada kalian, sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.” -HR. Bukhari
Janganlah daripada kita tergolong daripada orang yang berdendam malah ada yang
sampai bersumpah untuk tidak memberi sebarang bantuan kepada orang yang bersalah
kepada kita sepanjang hidup. Astaghfirullah~~~
“…dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka
bahawa ALLAH mengampunimu. Dan ALLAh Maha Pengampun, Maha Penyayang.”
– anNuur : 22
Rasulullah SAW seorang yang pemaaf.
Sebab itu Baginda juga menuntut umatnya untuk memaafkan
atas kesalahan yang boleh dengan mudah diberikan kemaafan. Aduh!
Sungguh malu apabila terkenangkan perjalanan hidup Rasulullah yang bukan saja
diumpat, dikatakan gila, malah dibaling batu sehingga luka berdarah.
Kalau boleh pada masa itu, boleh saja Baginda meminta kepada ALLAH untuk diturunkan
bala seksaan. Malah, Baginda menolak untuk berbuat sedemikian.
MashaAllah~~~
Indahnya akhlak nabi kita...kekasih Allah...
Sekali lagi, memaafkan adalah jalan yang terbaik. Dan, jika belum bersedia untuk
memaafkan kerana hati meminta waktu supaya reda, maka katakan terus-terang tentang
itu. Jangan memberi kemaafan tatkala masih berdendam. Kerana, ada perhitungan ALLAH
Ta’ala untuk itu!
Ain tahu anda semua seorang yang pemaaf dan lembut hati. (mudah2an)
Semoga ALLAH merahmati kehidupan kita. Dan Ingatlah..
Manusia ini memang tak lari dari
membuat kesilapan, kesalahan, kerterlanjuran atau sebagainya kalau tidak
masakan ada istilah "Manusia Tidak Sempurna" tapi jangan jadikan manusia tidak
sempurna itu sebagai alasan utk kita terus membuat kesalahan dan kesilapan sebaliknya
kita belajar dari kesilapan kerana itu lebih mematangkan kita dan menghargai orang lain.
Nota Hati 1 : Sungguh, saya tidak pernah berdendam, saya hanya TERKILAN kerana
hal itu saya kehilangan separuh kebahagiaan saya ^^
hal itu saya kehilangan separuh kebahagiaan saya ^^
Nota hati 2 : Saya jugak perlukan kemaafan dari seseorg....:')
Comments
kita sbgai manusia biasa mmg ada rasa terkilan & kadang kala ada tersemat dendam di hati..
tapi apalah gunanya berdendam...buat kita lg sakit hati adalah..
yang pastinya Allah itu Maha Adil...ingatlah hidup ini umpama roda...
sbb itu kita jgn lah sesekali melukakan hati org lain...sbb suatu hari nnti kita juga akan merasa luka itu.
i always said i forgave...
but the thing is i never forget..
i always said to myself, thats a lesson...
no matter what, u have to learned ur lesson, and be much more better than before..
i cant forget, coz i never wanna be the same..
i like the quotes, but not to forget is the hardest thing...=')
pe pun ..mend 2 mematangkan diri kita..inshaAllah... ^^
p/s : nice entry..
:)