:: Mesti Ker Ada Ramai Follower? ::
Assalamualaikum…
Peace upon to all….
Semoga semuanya berada dalam lindunganNYA..
inshaAllah…^^
MashaAllah…Allah masih lagi memberi idea untuk mencoret lagi di sini..
hari ini terlintas di fikiran Ain…Ain still baru dalam dunia blogging…
honestly Ain xtahu sama ada belog Ain ni ada manfaat kew x untuk semua orang..
ataupun Ain sekadar nak kejar follower yang ramai…
jujur la..awal2 blogging memang jeles tengok belog yang ada ramai follower…
tapi sekarang terfikir dan terfikir…
apa gune nya follower ramai kalau tiada readers yang setia kan….
kalau ada visitor & follower tiap2 hari ...tapi...
sekadar melawat tanpa membaca entri pon xbest jugak kan?
Memang diakui follower adalah satu benda yang sering dikejar oleh blogger..
Xmenafikan follower adalah sangat penting kepada sesebuah blog tersebut
kerana ia menunjukkan penulisan atau entry kite dibaca oleh orang lain...
Mahukan follower yang banyak,memang satu KEINGINAN semua orang...
Tapi...KEPENTINGAN dalam blogging tu yang kita kena juangkan...
Apa kepentingan dia?
Kualiti entry...apa yang kita nak sampaikan kepada pembaca...selitkan unsur2
dakwah..kan menarik camtu..kan...
Satu lagi persoalan yang ain nak tanye...
diri Ain sendiri & semua blogger di luar saner...
Kita masuk dalam dunia blogging ni sebenarnya untuk apa???
Adakah sekadar suka suki???
Untuk tunjuk kita ada banyak ilmu ke... selepas itu apabila orang lain lebih banyak ilmu daripada kita, kita xpuas hati?
Atau kerana hendak tunjuk blog kita ramai follower??
Kew camne????
Kita pun tahu kan, sesungguhnya setiap amalan itu disertakan dengan niat.
Menulislah hanya kerna Dia.
Jika kita menulis kerana Allah S.W.T, apabila post kita dipuji,
kembalikan pujian tu kepada-Nya sebab Dia yang bagi ilham kepada kita.
Kalau Dia tidak beri idea dan buah fikiran,
kita tidak boleh tulis walau satu patah perkataan pun...
semua kehebatan tu Allah yang bagi pinjam...ingat 2...^^
semua kehebatan tu Allah yang bagi pinjam...ingat 2...^^
Jika benar kita menulis kerna Allah S.W.T,
sama2lah sokonglah blog lain yang juga mengajak untuk semakin mendekati Allah S.W.T
dan tautkan ukhuwah dengan blogger lain kerna Allah S.W.T.
ukhuwwah fillah gitu....^^
ukhuwwah fillah gitu....^^
Jika benar kita menulis kerna Allah S.W.T, walaupun blog kita tidak ramai follower dan tidak ramai yang komen, kita akan tetap rasa bahagia. Bahagia kerana dapat menyumbangkan sesuatu untuk Islam. Sekurang-kurangnya kita berusaha..kan..
Jika benar kita menulis kerna Allah S.W.T,
walaupun blog kita sedikit pengunjung,
kita tetap tidak akan putus asa, kerana kita benar2 ikhlas menulis,
kita benar2 menulis setiap patah perkataan untuk
mengingatkan manusia dan diri sendiri.
Jadi..xperlu lar nak risau sangat pasal follower ker…..pengunjung xramai ker..
jumlah follower bukanlah pengukur kejayaan bagi sesebuah blog….
dan xperlulah dengki dengan belog orang lain...
setiap belog ada kelebihan masing2...
sama2 memberi manfaat kepada orang lain..kan..^^
Ain sekarang cuma nak kan loyal readers (pembaca setia) belog…2 jer….
xketerlaluan kan permintaan 2??..heee
Wallahua’lam..
P/s : Suatu saat nanti, kita akan ditanya..untuk apa penulisan kita....
Untuk apa masa yang kita gunakan saat duduk di hadapan laptop
Dan melarikan jari2 di atas keyboard?
sama2 kita cari keredhaan-Nya dengan setiap patah perkataan yang ditaip..^^
Nota Hati 1 : Carilah akhirat dalam dunia...^^
Comments
tapi berdakwah biar ada penyokong..
dan basic dalam blogging mencari penyokong ialah melalui follower.
Tak guna berdakwah tapi hanya kita sorang ajer yang baca..betul tak?
Sebenarnya isu tentang follower ini dah banyak sangat orang tulis..
terpulang pada kita..sori kalau komen ini membebel jer..hehehe
tapi, macam saya, tak pernah pula nak kejar follower ramai.
siapa nak baca, baca,
taknak baca pun tak apa..:)
moga kita berblogging ni dapat menyebarkan kebaikan..insyaALlah..:)
Mula2 mase saye awal2 blogging saye pon nak ramai followers
Tapi bila memikirkan blog saya jarang diupdate dan takda citer2 menarik, so saya anggap blog saya ni macam diari saye aje
Tapi kalau ade orang follow atau komen, saya rasa berbesar hati :)
ape-ape pon, sy mmg suka blogging :)