:: Sayangku bagaikan secubit garam ::
Assalamualaikum..
Peace upon to all...
Salam Jumaat..penghulu segala hari ^^
Jom ..hari ini ain nak bagi 1 ceritera...
Mau dengar x???best ni tau...Rugi xbaca.....
Jom...check it out....lalala ^^,
Tajuk ceritera ni adalah...
Jeng jeng jeng
‘ Secubit Garam ‘
Garam adalah satu aspek yang penting dalam penyediaan makanan.Sehebat mana pun tukang masak yang menyediakan dan sesedap mana pun resepi masakan itu,kalau dah namanya kurang garam, ia takkan dikatakan masakan yang sedap...betol kan...garam secukup rasa... ^^
Berbalik pada tajuk ceritera tadi.Kisah ini menceritakan seorang saudagar yang kaya raya yang bertanya kepada ketiga-tiga anak perempuannya mengenai lambang kasih sayang mereka terhadap dirinya.
Suatu hari,si ayah berasa ragu-ragu dan tertanya-tanya akan kasih sayang ketiga-tiga anak perempuan terhadap dirinya,Maka dipanggil ketiga-tiga anak perempuanya itu dan seraya ia bertanya :
"Wahai puteri-puteri ku.Hati ayah mu ini Berasa gundah gulana memikirkan bagaimanakah sayangnya kamu terhadap diriku ini."
Maka jawab lah PUTERI YANG SULUNG :
"Sayangku terhadap ayah bagaikan sayangnya aku pada emas dan permata."
Maka banggalah si ayah mendengar jawapan puterinya yang sulung itu.Dan selepas itu PUTERI YANG TENGAH juga menjawab :
"Sayangku terhadap ayah pula bagaikan sayangnya aku pada gudang-gudang kita ayah."
Bertambah-tambah banggalah si ayah bila mendengar jawapan puteri tengahnya.Dan selepas itu ditanya pula pada puterinya yang bongsu.
"Bagaimana pula dengan kamu wahai puteriku yang bongsu?"
Maka PUTERI BONGSU tersebut menjawab :
"Wahai ayahku yang aku sayangi.Aku menyayangimu BAGAIKAN SECUBIT GARAM."
Si ayah terkejut dan berasa amat marah dengan jawapan yang diberikan puteri bongsunya.Manakan mungkin puteri bongsunya itu menyamakan dirinya dengan garam yang baginya tidak berharga langsung.Akibat terlalu marah,maka diperintahkan orang-orang suruhannya mengurung puteri bongsu dalam sebuah bilik.
Dan terkurunglah puterinya yang bongsu dalam bilik itu seorang diri dan meratap kesedihan kerana diperlakukan sebegitu oleh ayahnya sendiri.Hingga beberapa ketika datang seorang orang suruhan perempuan untuk menghantar makanan untuk dirinya.Maka timbullah akal di fikirannya untuk menyedarkan ayahnya akan niatnya yang sebenar.Disuruhnya orang suruhan perempuan itu untuk memasakkan makanan untuk ayahnya tanpa dimasukkan walaupun secubit garam.
Maka tibalah waktu dan ketika untuk si ayah menjamu makanan.Di rasa kesemuanya makanan yang terhidang namun kesemuanya tidak memuaskan hatinya.Semuanya terasa tawar.
Dan bertanyalah si ayah kepada orang suruhannya kenapa semua makanan hari ini tidak bergaram.Adakah sudah habis semua garam di negeri kita ini?
Maka jawablah orang suruhan itu bahawa ini adalah permintaan dari puteri bongsunya supaya semua masakan hari ini tidak bergaram
Berfikirlah si ayah tadi akan maksud puteri bongsunya.Dan barulah ia sedar akan niat sebenar puterinya itu bahawa betapa perlunya dia terhadap garam dalam makanannya,begitulah juga kasih dan perlunya puteri bongsunya terhadap dirinya.
Haa...begitulah ceritera nya...dapat x moral value nya.... ^^
Begitulah juga sayang saya terhadap famili dan kwan2 juga orang2 yang saya sayang..ehem3...Walaupun secubit cuma kasih mereka, ia tetap memberi makna dan rasa terhadap kehidupan saya...secukup rasa gitu... tiap ari sayang...^^
Ok...2 saje..harap semua suke dengan ceritera hari ini... dan dapat moral valuenya...besarnya makne secubit garam kn...sayangku padamu hanyalah seumpama secubit garam..hahaha..
ILYSM ^^ ( lw terlebih garam cmne pulak ekk...nanti la dipikir2kan balek..lalala )
Wallahua’lam.
^^
Nota Hati 1 : Bersyukurlah dengan segalanya, tiada derita yang menemani
selamanya, bahagia itu ada bila kita belajar untuk redha.. :)
Comments
"i love u like salt baby" XD
sian anak dia kena kurung. huhuu~