Tanya diri | Adakah pakaian kita benar-benar memelihara maruah diri?
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.
.
.
.
.
.
.
.
Ini hanya sedikit perkongsian dari pembacaan saya (di
Majalah Anis). Dan saya edit balik dan relate kan dengan situasi ketika saya
keluar outing dengan someone dua hari lepas di area Kuala Terengganu.
Situasi 1 : Di supermarket @area Kuala Terengganu
Sedang sibuk bershopping,
terlihat kelibat seorang perempuan. Memang sungguh cantik pakaiannya. Lagi-lagi si pemakainya. Berkurung
moden, namun amat laa jarang dan nipis pakaian sehingga ternampak isi dalam nya
yang sepatutnya disembunyikan. Hanya mampu tunduk jeee.
Situasi 2 : Di Taman Rekreasi @area Mydin Mall
Kelihatan seorang
perempuan berpakaian sederhanana longgar namun perkara yang menarik pandangan
adalah pakaian yang dipakainya mempunyai corak ketara di bahagian pinggul ke
bawah. Biarpun kita semua menyangka siapalah sangat yang kurang manis dengan
memerhatikan bahagian badan tersebut, tapi pandangan mata secara fitrah suka melihat
sesuatu yang menarik dan ‘menonjol’.
Melihat kepada situasi di
atas, kita dapat lihat, kebanyakan muslimah di Malaysia memang suduh cukup
cantik dan manis berpakaian dan bertudung. Apatah lagi sekarang ni macam-macam
design dan fesyen kita boleh dapat. Dari jenis baju kurung, blaus, tshirst muslimah dan tudung. Namun, kebanyakan dari kita kurang faham
fungsi pakaian yang kita pakai seharian yang mana untuk menutup aib dan menjaga
maruah diri. Kadang-kadang sedih melihat kaum sendiri berpakaian seperti tidak
berpakaian. Salah siapa? Tak perlu salah kan sesiapa, salahkan diri sendiri
dulu. Pilihan terletak pada diri kita sebenarnya.
Simbol identiti pemakai
Telah dijelaskan di dalam
al-Quran al-Kareem bahawa pakaian adalah simbol identiti kita.
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, hendaklah mereka menutupkan JILBABnya ke seluruh tubuh badan mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – Al-Ahzab:59
Jelas ayat ini perintah
Allah agar semua wanita beriman melabuhkan jilbab iaitu pakaian yang longgar dan
tujuannya adalah untuk membuatkan dirinya mudah dikenali sebagai wanita ‘tidak
bersedia diganggu’ sewaktu keluar dengan masyarakat. Kaum lelaki yang
memandangnya juga akan segera faham bahawa diri wanita tersebut adalah golongan
‘orang-orang yang baik’ yang tidak wajar diusik dan diremehkan dalam masyarakat. Nampak kan, tanpa perlu kenal nama dan latar belakang seseorang wanita, pakaiannya sahaja
sudah cukup untuk melambangkan dan menyampaikan maksud akhlaknya yang terpuji.
Tips pilih pakaian sopan
Apakah tips yang boleh
membantu Muslimah untuk berpakaian sopan especially keluar dari rumah? Let’s check it out…:
@ Adakan ‘cermin penuh
badan’ / full length mirror di rumah agar mudah meneliti kesopanan berpakaian setiap
kali di rumah. Dan kebiasaanya di hostel dan asrama pun disediakan 1 di laluan
utama. Mungkin sebab fitrah wanita, pantang je nampak cermin kan. : )
@ Di depan cermin, lihat
sekilas pandang pada seluruh badan termasuk bahagian depan dan belakang.
@ Perhatikan seluruh tubuh
di manakah pusat tumpuan mata memandang. Tarikan akan berlaku di bahagian yang
mempunyai corak, warna dan hiasan yang paling ketara. Jika ia berada di bahagian
yang tidak sopan, pakaian tersebut hendaklah diubahsuai cara memakainya atau
tidak memakainya di luar rumah.
@ Perhatikan garis-garis
lekuk pada sekitar dada dan pinggul ke bawah. Sesuatu pakaian dianggap sopan
dan menepati syariat apabila tiada pakaian tersangkut atau ketat membalut lekuk
pada badan. (seeloknya pilih jenis kain / fabrik yang tidak melekat)
So, setiap yang bergelar
muslimah mestilah peka dengan imej diri yang terhasil dari pakaianya. Semoga
Allah SWT menambah kefahaman kita agar mampu mendapat redhaNya dalam setiap
kerlipan mata dan helaan nafas. Last word, saya sayang anda semua sebab itu
saya kena bagi tahu semua ini termasuk diri saya sendiri. Mungkin ada ilmu yang kita tidak tahu, kita sama-sama sharing. Saya juga banyak kelemahan dan masih dalam proses membaiki
diri. Salah dan silap harap ditegur. Demi kebaikan bersama. Waallahu'alam. =)
p/s: sesiapa yang berminat
nak beli tudung bidang 50/60, boleh laa singgah di sini. Baru je lepas berjual
beli di sini. Sis Atika yang sangat baik..hee Kedai Online Atika Aula : )
Nota Hati 1 : Sekarang kita muslimah terlalu disogokkkan
dengan dunia fesyen yang menekankan tentang kecantikan fizikal semata-mata dan secara
tak langsung mengabaikan kecantikan dalaman. kan. Saya perasan tuh, tapi bukan semua..urm: (
Nota Hati 2 : Tahniah dan
mabruk kepada clasmatee yang berjaya lam exam. Power2 yee result korang. Apa
pun, ok / tak ok tuh tolak tepi. Yang penting kita move on ke arah lebih baik in a new semester.
Cuti tinggal 2 minggu lagi & semester 5 menanti dengan pasti..*still tak nak ceks result..xtahu kenape.. : )
Comments
diri ini pun byk kekurangan, masih byk yg perlu diperbaiki lg..
nice sharing btw.tq mengingatkan. ;)
betol
sedih sgt bila berpakaian tp xmenitikberatkan soal aurat..
moga2 mereka diberi hidayah
sama2 mdoakan mereka
*pe pun berpakaian lah spt seperti seorang muslimah!
Moga kita sntiasa istiqamah
ameen
: )
yup
sama2 mdoakan
moga Allah redha kita
: )
yup
bia kita kongsi pahala smew2..
msuk syurga samew2
xnk msuk sorg2..kan
moga2 kita sntiasa berusaha untuk menjadi lbih baik
terutama dalam hal berkaitan syariat dan ibadah
: )
*fesyen? xsalah pun..yg pntg, lam bfesyen aurat didahulukan , syariat diutamakan !
wsalam sis
tengs yee
moga2 bmanfaat
sama2 nbaiki diri ke arah lbih baik
moga Allah permudah
: )
yup
senario yg biasa sgt kita jumpa..
pakaian labuh , longgar dan xjarang masih xmemadai jika ad bhgian tbuh yg seakan mjadi bhn tontonan umum
moga2 kita sntiasa alert dgn mende nih
sekadar sharing dan psnn tuk diri snri jugak
:)
Cik ain cumil...
Persoalan aurat.
Tahu kadang tak faham.
Faham kadang tak sedar.
Sebagai daie Allah, sama2 memberitahu bg yg tak tahu, beri kefahaman pd yg masih tk faham, n menyedarkan yg masih jua belum sedar bahawa dunia semntara. Kita akan berangkat ke tempat yg abadi satu hr nnt.
(^__^) y
Moga Allah kasih. :-)
waalaikumussalam
cik iqa santekkk..
betol iqaaa
persoalan aurat ni lw nk xplain mmg pnjg..
kdg2 kter thu..
tp xwt..
betol laaa..
nk wt mende2 baik, ikut syariat mmg pyah lw xkuat dan mujahadah..
serta benar2 phm mende tuh.
moga2 kita tmasuk dlm kalangan yang sntiasa ikut, faham dan praktik betul-betul apa yang Allah suruh
inshaAllah ❤
*sekadar ingat yg lupa terutama diri sniri ..: )