2013 yang super duper osem


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.
Ini entry untuk tahun baru 2013 dan mungkin juga adalah entry penghabisan bagi tahun 2012 yang bakal melabuhkan tirai tak lama lagi.  Bila sebut jee tahun baru, memang sinonim laa dengan AZAM baru kan. Dan mostly semua orang menjadikan tahun baru either tahun baru Hijrah / Masihi sebagai titik permulaan semula sebagai seorang yang berguna, muslim dan muslimah yang lebih bertaqwa dan sebagainya.



Dan moga-moga tahun 2013 ni inshaAllah tahun yang super duper osem untuk semua orang. Semoga Allah membantu dalam pelaksanaan azam baru kita. Berazam untuk meninggalkan semua yang negatif dan yang tak molek tuh and let's we move on! Kita mulakan hidup baru, bukak buku baru. Dan katakan selamat datang kepada diri yang ‘baru’.



Tahun baru, semangat baru

Tahun baru, dengan semangat baru, kita pandanglah kehidupan kita sendiri dengan pandangan manis dan nikmat. Percayalah keceriaan dan kegembiraan akan sentiasa bersama kita. Jika kita memandang kehidupan kita ini sebagai nikmat, maka hakikat yang akan kita hadapi dan lalui insahAllah adalah kemanisannya yang tiada tolok bandingnya. Kerana dalam kesusahan itu ada nikmatnya. (semoga tahun baru nih bawa 1001 keceriaan daam kehidupan masing2). Renungi sabda baginda SAW:
”Sungguh mengkagumkan keadaan seorang mukmin, keadaan mereka sentiasa baik. Tidak terjadi yang demikian itu kecuali bagi orang mukmin. Jika ia mendapatkan kesenangan ia bersyukur. Hal itu merupakan kebaikan. Jika ia tertimpa kesusahan, ia bersabar. Itu juga merupakan suatu kebaikan.” (Hadis riwayat Muslim)

Sama-sama berazam, merancang dan membina kehidupan dengan lebih teratur dan terarah. Kehidupan kita ini bermula di dunia hinggalah ke destinasi terakhir kita iaitu negeri akhirat yang abadi. Kita sentiasa merancang dan berazam serta berkehendakkan hal2 di dunia tapi kekadang kita tidak merancang untuk akhirat. Perancangan dunia yang banyak hingga separuh dari otak kita tapi perancangan untuk hari akhirat seciput je. Yang lebih menyedihkan kosong. Jangan terlalu terbuai dengan nikmat dunia yang fake blake. Oke, melalut lak entry ni. Padahal just nak wish tahun baru jeee. Pe pun ambil yang baik, yang tak baik sila buang jauh-jauh keyh. Selamat menempuh tahun 2013 Masihi. Moga Allah sentiasa redha kita.

#here my wishlisttt 2013.. scrolll down : )


Nota Hati : Jom muhasabah kisah 2012. Kuatkan dinding iman pada tahun 2013. Semoga Allah memberkati hari-hari akan datang. : )

Comments

Hana said…
selamat tahun baru :)
THE AUTHOR said…
Selamat tahun baru dan semoga wishlist 2013 tercapai
NorFarahin@aien said…
@Hanif Idrus :

inshaAllah
moga 2013 dipermudahkan sume : )
Windflower said…
selamat tahun baru :)
semoga azam tercapai.. insyaAllah..
NorFarahin@aien said…
@Puteri Afiqah :

same goes to yuu too
tengs yee dearie
moga Allah sntiasa pmudah segala urusan kita
XD
Selamat Tahun baru 2013. Semoga sentiasa sukses dalam kehidupan :)
Selamat tahun baru :)
PeRdU cINta said…
semoga kita menjadi muslimah yang diberkati Allah dalam merintis jalan kehidupan..amin..
RuMaH TuA said…
Assalamualaikum...

Ain...
Tahun baru, semangat baru...
Ain pun makin cantik gituu...
<3

Selamat untuk dirimu.
Sama usaha ke arahNya.

Moga Allah kasih.
<3<3<3<3<3<3<3
Sabella Mohamad said…
semoga tahun baru lebih membawa makna kepada kita semua ;)

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

|1 Hari 1 Muka |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!