Tanya diri | Adakah pakaian kita benar-benar memelihara maruah diri?


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum.
.
.
.
.
.
.
.
Ini hanya sedikit perkongsian dari pembacaan saya (di Majalah Anis). Dan saya edit balik dan relate kan dengan situasi ketika saya keluar outing dengan someone dua hari lepas di area Kuala Terengganu.

Situasi 1 : Di supermarket @area Kuala Terengganu
Sedang sibuk bershopping, terlihat kelibat seorang perempuan. Memang sungguh cantik pakaiannya. Lagi-lagi si pemakainya. Berkurung moden, namun amat laa jarang dan nipis pakaian sehingga ternampak isi dalam nya yang sepatutnya disembunyikan. Hanya mampu tunduk jeee.

Situasi 2 : Di Taman Rekreasi @area Mydin Mall
Kelihatan seorang perempuan berpakaian sederhanana longgar namun perkara yang menarik pandangan adalah pakaian yang dipakainya mempunyai corak ketara di bahagian pinggul ke bawah. Biarpun kita semua menyangka siapalah sangat yang kurang manis dengan memerhatikan bahagian badan tersebut, tapi pandangan mata secara fitrah suka melihat sesuatu yang menarik dan ‘menonjol’.




Melihat kepada situasi di atas, kita dapat lihat, kebanyakan muslimah di Malaysia memang suduh cukup cantik dan manis berpakaian dan bertudung. Apatah lagi sekarang ni macam-macam design dan fesyen kita boleh dapat. Dari jenis baju kurung, blaus, tshirst muslimah dan tudung. Namun, kebanyakan dari kita kurang faham fungsi pakaian yang kita pakai seharian yang mana untuk menutup aib dan menjaga maruah diri. Kadang-kadang sedih melihat kaum sendiri berpakaian seperti tidak berpakaian. Salah siapa? Tak perlu salah kan sesiapa, salahkan diri sendiri dulu. Pilihan terletak pada diri kita sebenarnya.




Simbol identiti pemakai

Telah dijelaskan di dalam al-Quran al-Kareem bahawa pakaian adalah simbol identiti kita.
“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, hendaklah mereka menutupkan JILBABnya ke seluruh tubuh badan mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah dikenali sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang.” – Al-Ahzab:59
Jelas ayat ini perintah Allah agar semua wanita beriman melabuhkan jilbab iaitu pakaian yang longgar dan tujuannya adalah untuk membuatkan dirinya mudah dikenali sebagai wanita ‘tidak bersedia diganggu’ sewaktu keluar dengan masyarakat. Kaum lelaki yang memandangnya juga akan segera faham bahawa diri wanita tersebut adalah golongan ‘orang-orang yang baik’ yang tidak wajar diusik dan diremehkan dalam masyarakat. Nampak kan, tanpa perlu kenal nama dan latar belakang seseorang wanita, pakaiannya sahaja sudah cukup untuk melambangkan dan menyampaikan maksud akhlaknya yang terpuji.




Tips pilih pakaian sopan

Apakah tips yang boleh membantu Muslimah untuk berpakaian sopan especially keluar dari rumah? Let’s check it out…:
@ Adakan ‘cermin penuh badan’ / full length mirror di rumah agar mudah meneliti kesopanan berpakaian setiap kali di rumah. Dan kebiasaanya di hostel dan asrama pun disediakan 1 di laluan utama. Mungkin sebab fitrah wanita, pantang je nampak cermin kan. : )
@ Di depan cermin, lihat sekilas pandang pada seluruh badan termasuk bahagian depan dan belakang.
@ Perhatikan seluruh tubuh di manakah pusat tumpuan mata memandang. Tarikan akan berlaku di bahagian yang mempunyai corak, warna dan hiasan yang paling ketara. Jika ia berada di bahagian yang tidak sopan, pakaian tersebut hendaklah diubahsuai cara memakainya atau tidak memakainya di luar rumah.
@ Perhatikan garis-garis lekuk pada sekitar dada dan pinggul ke bawah. Sesuatu pakaian dianggap sopan dan menepati syariat apabila tiada pakaian tersangkut atau ketat membalut lekuk pada badan. (seeloknya pilih jenis kain / fabrik yang tidak melekat)




So, setiap yang bergelar muslimah mestilah peka dengan imej diri yang terhasil dari pakaianya. Semoga Allah SWT menambah kefahaman kita agar mampu mendapat redhaNya dalam setiap kerlipan mata dan helaan nafas. Last word, saya sayang anda semua sebab itu saya kena bagi tahu semua ini termasuk diri saya sendiri. Mungkin ada ilmu yang kita tidak tahu, kita sama-sama sharing. Saya juga banyak kelemahan dan masih dalam proses membaiki diri. Salah dan silap harap ditegur. Demi kebaikan bersama. Waallahu'alam. =)


p/s: sesiapa yang berminat nak beli tudung bidang 50/60, boleh laa singgah di sini. Baru je lepas berjual beli di sini. Sis Atika yang sangat baik..hee Kedai Online Atika Aula : )

Nota Hati 1 : Sekarang kita muslimah terlalu disogokkkan dengan dunia fesyen yang menekankan tentang kecantikan fizikal semata-mata dan secara tak langsung mengabaikan kecantikan dalaman. kan. Saya perasan tuh, tapi bukan semua..urm: (

Nota Hati 2 : Tahniah dan mabruk kepada clasmatee yang berjaya lam exam. Power2 yee result korang. Apa pun, ok / tak ok tuh tolak tepi. Yang penting kita move on ke arah lebih baik in a new semester. Cuti tinggal 2 minggu lagi & semester 5 menanti dengan pasti..*still tak nak ceks result..xtahu kenape.. : )

Comments

Nurul Lyana Kz said…
betul3.. kdg2 tak sanggup nak tgk bila nmpk mereka yg berpakaian seperti situasi di ats.

diri ini pun byk kekurangan, masih byk yg perlu diperbaiki lg..

nice sharing btw.tq mengingatkan. ;)
Hanna Nabiella said…
yupp, betul. rasa nak mara pun ade kadang2 bila dorng mcm tu. tak ape la, kite doakan yg terbaik untuk semua :')
NorFarahin@aien said…
@Secrets of A Teenage Girl :

betol
sedih sgt bila berpakaian tp xmenitikberatkan soal aurat..
moga2 mereka diberi hidayah
sama2 mdoakan mereka

*pe pun berpakaian lah spt seperti seorang muslimah!
Moga kita sntiasa istiqamah
ameen
: )
NorFarahin@aien said…
@Hanna Nabiella :

yup
sama2 mdoakan
moga Allah redha kita
: )
PeRdU cINta said…
Bismillah,assalammualaikum..akk juga insan yang sedang perbaiki diri dr masa ke semasa..mmg tidak dinafi terlalu ramai muslimah menutup aurat tetapi lebih ke arah fesyen bukan mengikut apa yg disyariatkan itu yang menyedihkan..biar cantik pada pandangan manusia juga Allah..biar kita kongsi pahala bukan share dosa..
Unknown said…
salam..entry yg menarik..:)
Atiqah Faudzi said…
Kerap terjumpa mereka seperti situasi 1 dan 2 . Paling ramai di situasi 2 . Huh .
NorFarahin@aien said…
@PeRdU cINta :

yup
bia kita kongsi pahala smew2..
msuk syurga samew2
xnk msuk sorg2..kan

moga2 kita sntiasa berusaha untuk menjadi lbih baik
terutama dalam hal berkaitan syariat dan ibadah
: )

*fesyen? xsalah pun..yg pntg, lam bfesyen aurat didahulukan , syariat diutamakan !
NorFarahin@aien said…
@nur naa'irah :

wsalam sis
tengs yee
moga2 bmanfaat
sama2 nbaiki diri ke arah lbih baik
moga Allah permudah
: )
NorFarahin@aien said…
@eimuizduaf :

yup
senario yg biasa sgt kita jumpa..
pakaian labuh , longgar dan xjarang masih xmemadai jika ad bhgian tbuh yg seakan mjadi bhn tontonan umum
moga2 kita sntiasa alert dgn mende nih
sekadar sharing dan psnn tuk diri snri jugak
:)
RuMaH TuA said…
Assalamualaikum...

Cik ain cumil...

Persoalan aurat.
Tahu kadang tak faham.
Faham kadang tak sedar.

Sebagai daie Allah, sama2 memberitahu bg yg tak tahu, beri kefahaman pd yg masih tk faham, n menyedarkan yg masih jua belum sedar bahawa dunia semntara. Kita akan berangkat ke tempat yg abadi satu hr nnt.

(^__^) y

Moga Allah kasih. :-)
NorFarahin@aien said…
@RuMaH TuA :

waalaikumussalam

cik iqa santekkk..

betol iqaaa
persoalan aurat ni lw nk xplain mmg pnjg..
kdg2 kter thu..
tp xwt..
betol laaa..
nk wt mende2 baik, ikut syariat mmg pyah lw xkuat dan mujahadah..
serta benar2 phm mende tuh.


moga2 kita tmasuk dlm kalangan yang sntiasa ikut, faham dan praktik betul-betul apa yang Allah suruh
inshaAllah ❤

*sekadar ingat yg lupa terutama diri sniri ..: )
THE AUTHOR said…
Peringatan yang baik ...

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

|1 Hari 1 Muka |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!