*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*
Assalamualaikum.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang,
Alhamdulillah. Masih lagi kita dibangkitkan dalam
fitrah Islam. Allah masih lagi bagi peluang pada ita untuk upgrade diri untuk
menjadi lebih baik dan baik. Sayangnya Dia pada kita.
Kita sambung lagi dalam bab Nun Sakinah & Tanwin -
izhar halqi, ikhfak hakiki, iqlab dan idgham.
Izhar Halqi
Izhar Halqi : Izhar
bererti jelas atau nyata. Halqi bererti kerongkong. Izhar Halqi bermaksud melafazkan nun sakinah dengan jelas tanpa dengung dan
saktah. Huruf-hurufnya:
ح خ ع غ ه ء
Tanda-tanda bacaan: Terdapat tanda sukun di atas nun
sakinah dan tanda tanwin yang selari.
Cara bacaan: Menjelaskan sebutan nun sakinah atau
tanwin tanpa mendengungkannya. Hujung lidah ditekan ke gusi depan sebelah atas
dan tidak membawa suara ke pangkal hidung. Sebutan nun hendaklah dicepatkan
untuk mengelakkan suara dengung. Contoh :
IKHFA' HAQIQI
IKHFA' HAQIQI : bererti sembunyi; iaitu menyembunyikan sebutan nun
sakinah di antara sebutan izhar dan idgham berserta dengung. Huruf-hurufnya :
ت ث ج د ذ ز س ش ص ض ط ظ ف ق ك
Tanda-tanda bacaan: Tiada tanda sukun di atas nun sakinah dan tanda tanwin yang tidak selari.
Cara bacaan: Hujung lidah tidak menyentuh gusi hadapan dan diletakkan berhampiran dengan makhraj huruf yang berikutnya. Hendaklah dipastikan tiada sebarang unsur idgham pada sebutan dan jangan dipanjangkan sebutan nun sakinah tersebut. Kadar dengung adalah 2 harakat dan hendaklah ditebalkan apabila bertemu huruf-huruf isti'la’. Contoh:
IQLAB
IQLAB : bererti tukar; iaitu menukar sebutan nun sakinah atau
tanwin kepada sebutan mim م
berserta dengung. Hurufnya hanya satu: ب
Cara Bacaan: Sebutan hendaklah
didengungkan sebanyak 2 harakat dengan merapatkan dua bibir. Tanda-tanda Iqlab: Mempunyai tanda م kecil
di atas nun sakinah dan huruf م kecil
mengganti baris kedua tanwin.
Contoh:
IDGHAM MA'AL GHUNNAH
IDGHAM MA'AL GHUNNAH : Idgham bererti memasukkan atau menggabungkan. Idgham
Ma’al Ghunnah bermaksud menggabungkan huruf yang sukun ke dalam huruf yang
berbaris berserta dengung. Hukum idgham ini hanya ditemui dalam dua perkataan
sahaja.
Huruf-hurufnya:
Huruf-hurufnya:
ي و ن م
Tanda-tanda bacaan: Tiada tanda sukun di atas nun
sakinah dan tanda tanwin yang tidak selari.
Cara bacaan: Digabungkan bacaan nun ke dalam huruf
selepasnya dengan didengungkan. Kadar dengung adalah dua harakat.
Contoh:
IDGHAM BI LA GHUNNAH
IDGHAM BI LA GHUNNAH : menggabungkan huruf yang sukun ke dalam huruf yang
berbaris tanpa dengung. Hukum idgham ini hanya ditemui dalam dua perkataan
sahaja. Huruf-hurufnya:
ل ر
Tanda-tanda bacaan: Tiada tanda sukun di atas nun
sakinah dan tanda tanwin yang tidak selari. Terdapat tanda sabdu pada huruf ر atau ل yang berikutnya.
Cara bacaan: Digabungkan bacaan nun ke dalam huruf
selepasnya tanpa dengung. Pastikan suara huruf ra’ atau lam tidak dipanjangkan
untuk mengelakkan suara dengung.
Contoh:
***Nota:
Idgham Kamil (sempurna) berlaku apabila bertemu dengan huruf ن م ر dan لkerana tiada kesan suara nun yang sukun ketika menyebutnya dan yang jelas kedengaran adalah suara huruf-huruf idgham itu. Tanda sabdu di atas huruf ن م ر dan ل menunjukkan hukum idgham kamil.
Idgham Naqis (tidak sempurna) pula berlaku bertemu dengan huruf ي dan و kerana masih meninggalkan sedikit kesan huruf nun yang sukun iaitu dengan mengeluarkan sedikit suara dari rongga hidung. Perhatikan tiada tanda sabdu di atas huruf ي dan و.
Idgham Kamil (sempurna) berlaku apabila bertemu dengan huruf ن م ر dan لkerana tiada kesan suara nun yang sukun ketika menyebutnya dan yang jelas kedengaran adalah suara huruf-huruf idgham itu. Tanda sabdu di atas huruf ن م ر dan ل menunjukkan hukum idgham kamil.
Idgham Naqis (tidak sempurna) pula berlaku bertemu dengan huruf ي dan و kerana masih meninggalkan sedikit kesan huruf nun yang sukun iaitu dengan mengeluarkan sedikit suara dari rongga hidung. Perhatikan tiada tanda sabdu di atas huruf ي dan و.
Akhir Kalam
Mudah-mudahan dengan izinNya kita semua dapat memahami
hukum Nun Sakinah & Tanwun ini. Tajwid sebenarnya mudah. Tips :
- Buat nota ringkas sendiri dan baru mula menghafal. Sebab
menghafal tulisan sendiri lagi mudah nak ingat dan faham.
- Setiap kali baca Al-quran, cuba keluarkan sekali hukum
tajwid yang ade. Buat selalu dan jangan jemu.
- Yang terakhir, bila daa faham, cuba ajar pada orang
lain. Ajar j pada adik, anak or kawan pun takpe. InshaaAllah akan lebih lekat
di ingatan!
Apa-apa pun, yang paling penting, lagi afdhal belajar
secara berdepan dengan guru! Bahan bacaan sama ada melalui buku-buku mahu un
internet sekadar untuk mengukuhkan lagi kefahaman.
Cukup sampai sini. Jumpa lagi dalam bab seterusnya akan
datang, inshaaAllah! Salam.
*Rujukan
:
- Buku Belajar Tajwid Dengan Berkesan oleh Muhammad Nazir Mohammed Khalid.
- http://tajwid-asas.blogspot.com/
Rujukan lain boleh rujuk blog ini :
Nota Hati : Menuju Ramadhan. Moga berkesempatan. Moga berjodoh dengan bulan mulia penuh barakah dan rahmat.
Comments