*Hayya Belajar Tajwid – Part 1*
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang.
Okey, direct to the topic. Today, wanna share something yang diharapkan bermanfaat khusus buat diri dan semua iaitu about hayya belajar tajwid. 'Hayya' adalah perkataan Arab yang bermaksud JOM. First of all, secara ringkas jom kenali terlebih dahulu apa itu al-Quran dan Tajwid.
Al-Quran Al-Kareem
Al-Quran itu membawa rahmat dan hikmah ke seluruh alam
terutama sekali umat Nabi Muhammad SAW. Ia diturunkan untuk memperlihatkan
kebenaran serta kecantikan susunan bahasa yang teratur dan pada akhirnya
memberi syafaat di Hari Akhirat kelak kepada sesiapa yang memuliakannya,
membacanya, menghafaznya, memahaminya serta mengamalkannya.
Dari bahasa, Al-Quran berasal dari bahasa arab, iaitu bentuk jamak dari kata benda (masdar) dari kata kerja qara'a - yaqra'u - qur'anan yang berarti bacaan atau sesuatu yang dibaca berulang-ulang.
Dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.
Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.
Apa Itu Tajwid?
Dari segi bahasa tajwid bermaksud mengelokkan atau
mencantikkannya. Dari segi istilah pula tajwid bermaksud suatu ilmu mengetahui
cara melafaz huruf-huruf al-Quran dengan betul. Melafazkan huruf-huruf dengan
betul bermaksud menunaikan hak-hak setiap huruf dan mengelokkan sebutan dan
sifat huruf sama ada yang asli atau mendatang. (menurut Muhammad Nazir Mohammed
Khalid, Belajar Tajwid Dengan Berkesan)
Hukum Ilmu Tajwid
Mempelari ilmu tajwid adalah Fardhu Kifayah manakala
mempraktikkannya pula dalam bacaan Fardhu Ain. Sesungguhnya berdosa bagi
sesiapa yang membaca al-Quran tanpa memelihara hukum tajwid. Allah SWT
berfirman dalam Surah Al-Muzammil ayat 4
:
Maksud : “Bacalah al-Quran itu dengan Tartil (bertajwid)”Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah SWT memerintahkan Nabi SAW membaca al-Quran yang diturunan kepadanya itu dengan tartil iaitu mengelokkan sebutan setiap huruf-hurufnya yakni bertajwid.
Secara ringkas, Fardhu Ain ialah perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam dan jika tidak ditunaikan maka berdosa seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya. Manakala, Fardhu Kifayah pula ialah perkara yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam. Jika diabaikan atau sekiranya tiada siapa pun yang melakukannya maka seluruh masyarakat berdosa seperti menguasai sesuatu ilmu atau kepakaran dalam sesuatu bidang seperti pendidikan demi kepentingan Ummah.
Tajwid Part 1 – Nun
Sakinah & Tanwin
Nun Sakinah ialah nun yang tidak berbaris atau nun mati. Ia kekal pada bacaan dan tulisan dan juga tetap ada ketika wasal dan waqaf. Selain itu, Nun Sakinah adalah suara
yang keluar dari pangkal hidung (khaisyum) dan ia akan mengeluarkan suara dengung atau sifat ghunnah sebagai suatu ciri yang mesti ada pada nun Sakinah ini.
Tanwin pula membawa maksud nun tambahan yang tidak berbaris. Ianya wujud dari segi bacaan tetapi tidak wujud dari segi tulisan. Tanwin ialah baris dua sama ada baris dua di atas (fathataan), baris dua bawah (kasrataan) atau baris dua di hadapan (dhommataan). Tanwin adalah suatu yang bernun iaitu baris yang mengeluarkan suara Nun Sakinah secara tidak langsung (zaidah) walaupun Nun tersebut tidak kelihatan.
Apabila Nun Sakinah ataupun Tanwin bertemu dengan huruf Hijaiyyah yang terdiri daripada 28 huruf, maka ianya akan dibahagikan kepada 4 hukum bacaan iaitu :
Wa akhiran
Hayya mulakan langkah pertama kita untuk dekat dengan al-Quran dengan memahami asas-asas tajwid supaya kita dapat membaca ayat-ayat Allah dengan betul. InshaaAllah usaha
ini akan menjadi permulaan dan sebagai pencetus
semangat supaya kita dapat terus berusaha untuk menjadi sebaik-baik
penghias al-Quran.
Mudah-mudahan, Allah memberi kita kekuatan untuk terus berusaha dalam menuntut salah satu cabang ilmu dalam Islam iaitu tajwid al-Quran.
Thats all perkongsian for today. InshaaAllah akan bersambung perkongsian pada next entry. Assalamualaikum.
*to be continued.... see you next time. in more explaination about nun sakinah & tanwin - izhar halqi, ikhfak hakiki, iqlab dan idgham.
*Rujukan : Buku Belajar Tajwid Dengan Berkesan oleh Muhammad Nazir Mohammed
Khalid.
Nota Hati 1 : Selamat Hari Guru buat semua guru dan bakal guru. Moga amal dan jasa jua dihitung sebagai ibadah, menjadi sahan di akhirat dab mendapat kedudukan tinggi kelak di syurga Allah.
Nota Hati 2 : Tak lupa, salam Israk Mikraj, 27 Rejab 1436H. Moga kita makin istiqamah dalam menjaga solat. Sesungguhnya, yang pertama sekali akan dihisab dari amal perbuatan manusia pada hari kiamat ialah solatnya.
Comments