*Qawiy . strong . kuat*



Kekuatan badan & fizikal boleh dibina dengan mende nim. hm kekuatan hati? jiwa? rohani? yeee, kekuatan hati, jiwa dan rohani itu milik Allah.. ada Allah di dalam hati seseorang, di dalam diri seseorang, maka itu adalah KEKUATAN yang sebenar.. moh cari kekuatan tuh dengan sentiasa melakukan amalan2 yang boleh mendekatkan diri denganNya.. tak guna badan sasa, badan kuat kalau rohani lembik.. jiwa rapuh.. hati ‘manja’! dapat ujian sikit daa mengeluh.. Allah ambil orang yang kita sayang kita menangis salahkan takdir Allah.. kita gagal dalam exam kita futur dengan diri sendiri.. dannnn Allah tarik nikmat sikit pun kita rasa dunia macam nak kiamat.. sungguh! bila hati & jiwa plus diri kuat, qawiy, mehnah apa pun yang Allah bagi, kita terima dengan redha & sabar.. selalu ingat dan semat kuat2 dalam diri yang Allah itu maha Penyayang lagi maha Pengasih.. Allah tidak akan pernah menzalimi hambaNya.. kasih sayang Dia melebihi segalanya. Ayuh, kita ‘Qawiy’ dengan taqarrub denganNya!



Taqarrub ila Allah -à ikhtiar yang dilakukan oleh manusia sebagai hamba Allah swt untuk mendekatkan dirinya pada Allah SWT, dengan melakukan apa yang Allah SWT perintahkan dan menjauhi apa yang Allah larang. Contoh: solat, puasa, zakat, haji, berzikir, muhasabah, membaca Al-qur’an, amalan2 sunat seperti solah Dhuha & Tahajjud dan sebagainya.



*yup.. sejujurnya, kadang2 diri ini juga pernah berasa lemah.. tapi jangan biarkan rasa 'lemah' tuh berpanjangan. bangkit! doa! orang mukmin tuh kan qawiy! sebab kita ada Allah, kan.. senyum lebar2!! #dumbbell #adik #ayat #cinta #jumaat #mubarakah #muhasabah #diri


Nota Hati : ya Allah.. izinkan & bantu aku punyai hati yang 'indah'. yang suci daripada segala penyakit hati. ameeeen.


Comments

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

|1 Hari 1 Muka |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!