Treatment Hati | Sucikan hati dengan kembali kepada Dia
Bismillahirrahmanirrahim~Assalamualaikum,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hari ini, kembali lagi menulis lagi di sini, dan setiap kali aku menulis di sini,
di belog tcinta, semestinya diri ini adalah orang yang pertama membacanya. Of
course la kan. Dan semestinya diri ini juga orang yang pertama menerima tarbiyyah
dan kesan dari penulisan sendiri. Dan sebenarnya mostly my writing in my blogie
adalah ditujukan kepada diri saya sendiri terutamanya.
Saat ini, hanya Allah yang
tahu apa yang bermain-main dalam hati dan fikiranku. Diri ini merasakan hati
kian rapuh. Diri ini merasakan hati semakin sakit. Hati semakin tidak kuat.
Seakan-akan mempunyai hati yang bermasalah. Hati yang kosong. Mungkin kerana
alpanya hati ini dari terus mengingati DIA? Allahu rabbi, tidak mungkin akan
berlaku masalah hati jika hati ini sentiasa terikat denganMu. Allahu rabbi, tolong
pegang aku dan hati aku erat-erat dan jangan biarkan aku semakin alpa. Sungguh,
aku perlukan cintaMu. Gapai aku kembali. Kuatkan kembali hatiku untuk menjalani
hari-hari berikutnya.
Jiwa kosong. Perlukan
cinta siapa sebenarnya?
Jiwa dan hati yang kosong
tak perlu diisi dengan cinta manusia semata-mata. Jiwa dan hati yang kosong kita
perlu isi dengan cinta Allah dahulu. Betul ke kita dah benar- benar cintakan
Allah secara total? Kalau betul, kenapa kita masih buat apa yang Allah benci?
Susah, susah bagi semua orang nak faham dan memang benda sebegini jadi susah
sebab orang tu sendiri tak nak betul- betul faham. Tak mengapa kalau tak nak
cuba memahami, tapi jangan ambil mudah, neraka Allah tu azabnya maha dahsyat.
Kalau kita semua ingat tu sahaja, dah buat kita cukup takut untuk membuat
perkara yang Allah tak suka dan yang Allah larang. Ramai antara kita mengaku cintakan Allah, tapi
sejauh mana kata-kata yang terlahir daripada bibir-bibir tu? Cukup ke sekadar
kata-kata tanpa pelaksanaan dan tak terkesan langsung di hati? Tidak guna
bergunung ilmu yang kita kutip tapi tidak kita amalkan. Kita juga solat setiap
hari hatta solat sunat tak pernah tinggal kan, tapi adakah khusyuk solat kita itu? Tidak,
sebab itu kita masih dalam keadaan lalai. Imam al-Ghazali pernah berkata bahawa seseorang yang solat dalam keadaan lalai adalah sia-sia sahaja, kerana tujuan solat itu sebenarnya adalah untuk mengingati Allah dan berfungsi alat pencegah dari perkara munkar dan keji. Hati yang diciptakan oleh Allah
SWT sebenarnya adalah untuk mengingatiNya, orang yang lupa kepada Tuhan ketika solat hatinya
tidak kosong begitu saja. Jika 1 jam yang digunakan untuk solat dalam
keadaan lalai, maka yakinlah dua puluh tiga jam baki kepada waktu solat sure totally dia mungkin lupa kepada Allah SWT. Justeru, kalau betul kita rasa Allah
benar-benar wujud dalam hati kita, ayat KOSONG,SUNYI takkan wujud dalam hati
kita, pada bibir kita. Bila itu yang kita rasa, dengan izin dari Allah, cinta-cinta yang lain akan datang kepada kita tanpa kita duga. Dushhh.. terasa
dipijak-pijak je kepala ni. Memang kena dengan batang hidung sendiri. Allahu T_____T
Sifat-sifat orang yang
mencintai Allah
Di sini, nak share sedikit sifat orang-orang yang mencintai Allah dan ini bukan diambil daripada kitab mana-mana pun. Fatwa dari hati sendiri je untuk kita sama-sama refleksi dan muhasabah diri kita. Sama-sama tanya diri, tanya iman dan hati kita. Adakah kita mempunyai
sifat-sifat sebegini? Moga-moga, inshaAllah. Antara sifat dan ciri orang yang
cintakan Allah adalah :
@Utamakan apa yang Allah
suka. Jadi, kita akan sentiasa berusaha
untuk buat amal ibadah dan perkara yang akan mendekatkan kita kepada Allah dan
menjauhkan diri daripada mengikut nafsu.
@Lidah kita tak pernah
terlepas dari menyebut nama Allah, Allah tak pernah hilang dari hati dan bibir kita. Kita suka menyebut nama Allah,
suka baca al Quran, suka kepada Rasulullah SAW dan perkara berkaitan baginda
SAW.
@Tidak merasa sedih jika
kehilangan sesuatu dari dunia ini tetapi amat sedih jika hati tidak lagi
memiliki cinta kepada Allah. Rasa bersalah yang amat bagi kita jika ada saat-saat yang berlalu tak
diisi dengan ketaatan kepadaNya, apatah lagi jika melakukan apa yang Allah
benci
@Tak pernah rasa sakit
bila dicaci, dikeji kerana melaksanakan perintah Allah. Biarlah apa pandangan
dan kata-kata manusia, asalkan mulia di pandangan Dia.
At last, keep dis word... Apabila kecintaan kita kepada Allah telah menguasai dalam diri kita, kita tidak akan lagi merasa seronok selain KekasihNya. Tidak peduli lagi kata-kata dan caci maki orang lain. Aku harap aku jua begitu. Moga-moga masa yang masih berbaki lagi untuk aku, aku akan gunakan sebaiknya untuk menjadi lebih baik di sisiNya. Bayangkan, alangkah bahagia apabila menjadi salah seorang yang dicintai ALLAH. SEMEMANGNYA ALLAH CINTA KITA. Nikmat-NYA melimpah-ruah buat kita hambaNYA. Semoga aku dan kita semua akan akan menemui ketenangan itu dan meraih cintaNya. InshaAllah, jika kita berusaha mendapatkan cintaNya, Dia pasti membalas semula cinta kita. Allahumma amin. Wallahua’lam.
Nota Hati 1 : Kadang kala
terasa terlampau takut kerana merasa hati terlampau kosong. *cried :’)
Nota Hati 2 : Semaklah perhubungan kita dengan ALLAH. Mungkin ada something wrong somewhere jika hal sebegini, sebegitu yang kita tidak suka berlaku pada diri kita. So true! Muhasabah diri setiap masa. *Pesan untuk diri.
Nota Hati 2 : Semaklah perhubungan kita dengan ALLAH. Mungkin ada something wrong somewhere jika hal sebegini, sebegitu yang kita tidak suka berlaku pada diri kita. So true! Muhasabah diri setiap masa. *Pesan untuk diri.
Comments
just take care ok :)
tengs syggg
Moga Allah sntiasa pegang hati kita
Allahumma amennn
: )
pepun,ilmu yg memanfaatkn org len adalah yg terbaik.^^
heeee
sygggg mg
tengs olwez be wif mee
: )
Cik ain sayang...
Love is an act...
Kan...
Sayang & cinta pada diri.
Juga tanda sayang & cinta pada Rabb.
Kerana terciptanya kita dengan kekuasaan & kebijaksanaanNya.
Moga Allah kasih.
tengs iqa sygg
kata2 yg bmakna sgt...
inshaAllah
Moga Allah kasih kita semua
: )