Short story, but meaningful | Keep ur faith dear!
Seorang lelaki mengadu kepada Imam Sahl bin Abdullah At-Tustari:
“Wahai tuan… Ada orang masuk ke rumahku lalu mencuri hartaku dan merosakkan barang barangku.”
lalu Imam Sahl menjawab:
“Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana bukan syaitan yang masuk ke dalam hatimu, lalu mencuri IMANmu dan merosakkan TAUHIDmu.”
Nikmat Iman dan Islam
Bukan semua dari kita bertuah
dilahirkan sebagai Islam. Dikurniakan sebesar-besar nikmat iaitu nikmat ISLAM
dan IMAN. Terasa sangat bersyukur dilahirkan dalam Islam. Kita mengenali Islam
sejak lahir, dididik dan terdidik dengan nilai Islam untuk solat, puasa, baca alQuran dan sebagainya. Bila
baca tentang non-Muslim yang baru mendapat hidayah and converted to Islam, all
we can say is, Alhamdulillah, they're lucky for be chosen to immerse in Islam. Bersyukurlah
and be proud with the Muslim identity. Kenapa di kala orang lain tercari-cari
agama mereka, kita mengeluh berada dalam Islam? so, be thankful please!
Jangan biarkan iman kita
dicuri
Biasa kita tengok dalam
filem atau drama yang menggambarkan bagaimana sifat orang kaya yang berusaha mempertahankan harta yang
mereka ada. Kisah ini biasa sangat ada dalam drama atau filem Melayu terutama kisah keluarga kaya yang mempunyai syarikat yang sanggup gunakan apa sahaja nak dapat keuntungan. Malah, untuk harta yang telah rugi, hilang ataupun dicuri, mereka sanggup untuk bergadai
nyawa demi mendapatkan semula apa yang
telah mereka kehilangan. Tetapi dalam soal iman, kita dengan rela hati pula yee membiarkan
ianya dicuri. Hakikatnya, harta yang paling bernilai ini lah tidak
pula dijaga dengan rapi.
Hari ini, iman kita banyak diragut
oleh banyak perkara di sekitar kita. Terlalu banyak perkara negatif yang mempengaruhi diri kita dan sememangnya kita tidak boleh lari daripadanya sebab ianya memang sudah jadi sebahagian dari hidup kita. Lagu yang mengasyikkan, kpop sana sini, filem dan drama yang entah
apa-apa, fesyenista yang keterlaluan. Kita telah disibukkan dengan perkara-perkara lagho sehingga sehari suntuk lidah kita kering dari membaca al-Quran. Zikrullah entah ke mana. Solat juga sering dilengah-lengahkan
untuk perkara keduniaan. Allahu, sentap sangat! Apa yang sedang kita lakukan?
Tidak ada apa-apa kan. Ini lah yang dikatakan rela harta yang paling bernilai ini
dicuri. Nauzubillah, mohon jangan diambil nikmat ini ya Allah.
Selain itu juga, nilai sesuatu
perkara juga terletak kepada siapa yang memberinya. Semakin dalam rasa sayang kita
kepada si pemberi, semakin bersungguh lah kita menjaga barangan tersebut. Ibarat orang yang kita sayang bagi sesuatu kepada kita, sudah tentu kita jaga pemberiannya dengan sebaik-baiknya. kan. Tapi, sayang
sekali, iman yang diberi oleh Yang Maha Memberi, Yang Maha Agung, sering kita abaikan. Jika
benarlah perumpamaan di atas, ternyata sebenarnya kita tidak menyayangi Allah. Sebab kita tidak menghargai dan menjaga nikmat iman yang diberikannya. The truth lies in
front of ur eyes, its just yuu to look or not to look. Sama-sama refleksi diri. Jaga diri, jaga iman, jaga hati. Allahua’alam ♥
Nota Hati : Merendahlah
wahai diri. Bersyukur dengan apa adanya kerana dunia ini hanya fatamorgana. Yang
tidak mungkin dapat dikejar, kerana ia hanya ilusi mata. Andai dunia yang di
kejar, dunia akan pergi meninggalkanmu. Andai manusia yang dinanti, dia mampu
sahaja dengan mudah melukakan hati kita. Namun andai Allah yang dicari, inshaAllah
hidup kita akan sentiasa indah walaupun dilihat sukar oleh orang lain. Pandanglah
hidup dari kaca mata seorang muslim. : )
Comments
tengs dearie..
Moga Allah redha yee
: )
susahnya nak mjaga sekeping hati
hmmm
moga Allah permudah
inshaAllah
syukur..
sbb nikmat yg dberi ny tlalu bnyk
lw nk dikira mmg xterhitung
moga2 kita di klgn org yg sntiasa berigt bhw kita ni tak punya apa2
tanpa Dia
siapalah kita
dan mmg tjuan kita dciptakan adalah utk beribadat dan mperhamabkan diri kpdNya
moga kita slalu igt tuh
dan Allah permudah sgala urusan kita
:)
you did well, my sista ^_^
from ::Arkitek Hati::
tengs sistaaa
all praises back to HIM
sama2 bermuhasabah
moga Allah redha kita
: )
thankyuu yeee sis
segala pujian berbalik kpdNya
may Allah bless yuu too
: )
inshaAllah will follow yuu back
slm ukhuwwah
: )
semoga menjadi semangat .. :)
Bukanlah suatu kesalahan ketika kamu mencoba dan kemudian gagal. Satu-satunya kesalahan adalah ketika kamu tidak berani mencoba
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ..