Ini Kisahku | Mahu ku pegang erat tali Tuhan, tidak mahu terlepas dari genggamanNya.
'Ini Kisahku Wardina
Safiyyah'. Terharu tengok video ni. Walaupun beberapa kali dah tengok, tapi
still sebak dan terharu. Dapat belajar sesuatu daripada perjalanan perubahan
hidup beliau. Bagaimana pengaruh persekitaran mempengaruhi hidup beliau dan
bukti iman itu memang tidak boleh diwarisi walaupun ibu/ayah kita
ustaz/ustazah. Bukti kuasa doa seorang ibu. Bukti bahawa Allah yang sentiasa
bersama mereka yang ingin berubah menjadi lebih baik.
Permulaan ke arah lebih
baik mestilah dengan mencari ilmu dan baiki solat kita dahulu. Suka dengan kata2 beliau ' kalau lah kita
faham dengan apa yang kita baca dalam solat, tiap-tiap hari boleh nangis'. Dan
setiap hari berdoa lah supaya Allah tak tarik hidayah setelah diberi hidayah
itu kepada kita. Ada sesetengah orang, cakap laa, buat laa apa saja tapi telah
dinyatakan dalam Alquran bahawa mereka akan buta, pekak dan mereka takkan
nampak perkara-perkara yang baik walaupun sejuta kali dijelaskan. Dan alhamdulillah kita dalam kalangan orang
yang nampak, mampu mendengar, memahami dan Allah tak biarkan kita terpesong dan
terkapai-kapai.
----> Kesimpulan, setiap orang ada kisah dan jalan cerita masing-masing yang Allah ciptakan. Ada jalan cerita yang best, jalan cerita yang tak best pulak Allah nak kita ambil ibrah daripadanya untuk menjadi dan
melalui proses kematangan and then menjadi muslim dan muslimah yang lebih baik
di sisiNya. Berusaha jugak untuk belajar melalui kisah orang lain. Ada
'sesuatu' pada setiap jalan cerita dan kisah orang lain yang boleh kita ambil
dan contohi. Ambil yang baik, yang tak baik tuh buang jauh-jauh. Apa-apa pun, jalan
cerita awak, jalan cerita saya, jalan cerita kamu, jalan cerita mereka tetap
tak sama. Tapi tujuannya hanyalah satu, iaitu keredhaan Allah. Kan cik Ieyqa (curik ayat
ieyqa..heee)
Wallahua'lam.
Nota Hati : Lagi beberapa
hari nak masuk tahun 2013 yang inshaAllah super osem. Moga lebih baik. New
year, new sem, new air, new oxygen, new diary, new of me. Moga-moga Allah redha kita sentiasa.
Comments
inshaAllah
moga tiap hati, detik dan saat
kita mampu jadi lebih baik
: )
allahumma ameen
tengsss yaaaa
: )
Cik ain yang dikasihi,
Andai suatu hari diri ini tanpa disedari telah terlepas dari taliNya,
Moga dirimu sudi menunjuk dimana harus ku dongakkan agar terlihat kembali hujung tali itu.
*Amboi iqa da ada ejaan lagi glamm la... Hee~~~
Da jadi ain punya sebab da tacap2. Hik3
Yang baik-baik dari Allah.
Moga Allah kasih.
sama2 amibil ibrah & pgajaran dr kisah owg len
semoga kita mampu mjadi super duper muslim wa muslimah
: )
allahumma amenn
allah sentiasa bsama owg2 yg inginkan kebaikan
: )
moga Allah kasih dirimu juaa shbt
bnyk yg ain dpt bljr yg baek2 dr iqaaa
syukrannnnnn bangat
heee
*iqa meme glemmmer pungggg..hee: )