*Momentos #10*



Simpan kenangan dan cerita di sini.... since sudah mula cuti panjang, maternity holiday, jadi banyak masaaaaaa kat rumah, corat coret sikit kat sini hihihi 😅




Dan alhamdulillah... sekarang me is counting days... still cant believe me going to be a mom... mixed feeling... nervous plus excited 😍

alhamdulillah today remark 559 days since ijab qabul❤️  






Alhamdulillah... Allah Maha Baik memberi rezeki untukku dan suami... sesungguhnya menjadi ibu adalah satu impian setiap wanita yang berkahwin... dan infiniti alhamdulillah setelah hampir setahun menanti dan akhirnya Allah mengizinkan "malaikat kecil" ini ditiupkan dan bernyawa di dalam rahimku ini... lagi menggembirakan sambut annivesary pertama dengan membuka buku pink di KKIA... perasaan itu hanya Allah sahaja yang tahu... hadiah terindah dariNya untuk kami suami isteri... benarlah, Allah bagi sesuatu rezeki itu pada masa yang paling tepat... jangan putus asa berusaha dan berdoa 😍



“Ya Allah, jadikanlah anak dalam kandunganku ini seorang anak yang soleh solehah. Rezeki kan lah kami anak yang menjadi penyejuk mata buat kami”



 Bila nampak jeee 2 line terus bergegar tangan menitik air mata... Allahuakbar, Allah Maha Besar Allah Maha Memberi rezeki... 3 hari lepas cek UPT baru follow up di klinik 😍



Pengalaman semasa mengandung sukar digambarkan... baby tidak banyak ragam... alahan pun sikit sikit jeee... itu pun tak boleh bau dan makan ayam dalam trimester pertama dan kedua... dan masuk trimester ketiga semua jenis makanan boleh ditelan sampaikan tak dapat makan apa yang tekak mahu boleh bawa menangis huhuu 😅 tapi masuk jeee trimester ketiga, waktu ini paling mencabar... perut semakin membesar, seluruh tubuh rasa sakit sakit... tapi itulah orang cakap, sakit tapi nikmat... sebabbbbbbbb dalam sakit itu akan terus hilang bila baby bermain main dalam perut, aktif bergerak... best feeling sangat bila dapat rasa pergerakan baby, kick baby, baby aktif 😍

 Since scan di Klinik Permai Semporna daaa tahu gender baby, teruja list nama baby... inshaaAllah baby #SF nama diberi 🤭 moga baby ibu abi membesar dengan sihat sempurna dalam perut ibu yeeee❤️





Antara part paling teruja juga adalah part shopping barang baby... alahaiiiiii comel sangat barang baby lagi lagi bebaju baby... Ikut hati mahu borong jee semuaaaaa 🤣 Start beli barang baby ngam ngam masuk 7 bulan... Mostly barang banyak beli di Anakku di Giant Terengganu... senang beli 1 tempat then topup sikit sikit beli on9... rasanya beli pun yang basic jeee dulu... nanti daaa selamat bersalin topup lagi yang betul betul diperlukan... tak perlu lah beli semuaaaa nanti tak diguna, membazir pula kannnn huhuu 🤪

Comel kan bebaju baby nim... baru perasaan banyak pula tema kucing yangb dibeli 😅 

Hospital bag list... barang ibu pun ibu slow slow simpan dan cari untuk hospital dan berpantang 😅 




Banyak minta nasihat dari kawan kawan dan mostly kawan kawan cakap sepanjang mengandung kena banyak positifkan diri... memang diakui sepanjang mengandung nim banyak fikir macam macam... risau baby dalam perut.... sakit seluruh tubuh... tapi selalu ingat kan diri kesakitan yang dilalui itu adalah satu nikmat didikan yang Allah beri kepada kita... dan sebagai  persiapan awal untuk membesarkan amanah Allah iaitu seorang khalifah di muka bumi ini... Jangan khuatirkan perasaan dengan cerita cerita yang menggambarkan bersalin itu proses menakutkan dan menyakitkan. Yakin dan positif! (padahal dalam hati Allah sahaja yang tahu 🤣) Dan paling penting juga sepanjang mengandung banyak membaca ayat al-Quran dan doa yang baik baik sebab inshaaAllah doa sepanjang mengandung mustajab... mohon doa juga dari kalian moga perjalanan bersalin nanti dipermudah olehNya amiin 🤲🏼❤️




*Ibu abi sayang baby #SF ❤️ 



Nota Hati : Lihatlah kehidupan sendiri dengan pandangan bersyukur, inshaaAllah akan menambahkan rezeki saat yang diperlukan✨





Comments

PeRdU cINta said…
Alhamdulillah..moga dipermudahkan setiap urusan ya.
RuMaH TuA said…
Selamat bersalin & berpantang.
Moga Allah kurniakan kebaikan atas kebaikan ini.
Love.

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

|1 Hari 1 Muka |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!