*Momentos #9*


Cerita cuti Aidiladha 1440H Lubok Jong, Pasir Mas Kelantan.





























Sekadar renungan buat diri yang selalu alpa...



Firman Allah SWT bermaksud: “…Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturan-Nya).” (Surah al-Baqarah : 212)






“Sesungguhnya Allah yang Maha Luas kurnia-NYa lagi Maha Tinggi, akan menguji setiap hambaNya dengan rezeki yang telah Dia berikan kepadanya. Barangsiapa yang redha dengan pemberian Allah maka Allah akan memberkahi dan melapangkan rezeki untuknya dan barangsiapa yang tidak redha niscaya rezekinya tidak diberkahi.” (HR. Ahmad). 




Apabila rezeki yang dihajati masih belum diperoleh sedangkan doa dan usaha acap kali dilakukan, usah salahkan takdir dan usahlah berputus asa. Ada kalanya Allah SWT tidak mengurniakan sesuatu yang diminta tetapi Dia mengurniakan sesuatu yang diperlukan. Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. 


Teruslah bersabar dan berusaha untuk memperoleh rezeki yang dicita-citakan. Manusia sebenarnya tidak akan pernah puas dengan setiap nikmat yang diterimanya.


Semakin dikurniakan rezeki, semakin banyak hajat yang ingin dicapai. Tidak salah meminta pelbagai bentuk rezeki daripada Allah SWT, namun fikirlah sikap kita terhadap segala nikmat yang Allah berikan pada kita selama mana kita hidup.


Adakah kita daripada kalangan hamba-Nya yang bersyukur? Ramai orang termasuk diri ini bersyukur ketika menerima rezeki baru, namun lupa untuk mensyukuri nikmat rezeki yang sedang dinikmati. 


Mudah mudahan diri ini termasuk dalam kalangan orang orang yang sentiasa bersyukur, dan orang orang yang sentiasa merasa cukup dengan segala kurniaan nikmat dan rezeki dariNya. Dan moga juga diri ini termasuk dalam kalangan orang orang yang turut merasa gembira dan berbahagia dengan nikmat dan yang diperolehi orang lain. 



Allahumma Amiin. 



Comments

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

|1 Hari 1 Muka |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!