*Story of My Life*

 
Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum for all readers.


Hello i'm back! since macam lama juga tak menjenguk, tak menconteng dalam belog kesayangan nim. sobs sobs


Well, 2015 pun dah tak lama lagi akan melabuhkan tirai.


2015. Tahun yang penuh dengan kenangan indah dan pahit. Penuh suka duka, pahit manis. Apa apa pun yang pahit yang manis itu lah banyak mengajar dan mematangkan diri. 


Tahun ini juga  ramai sangat sahabat yang masuk ke alam baru (alam perkahwinan). Ramai juga sahabat yang bakal dan sudah pun menjadi ummi. One of them my best friend sendiri. Tumpang bahagia tengok sahabat sahabat bahagia dengan life masing masing. Moga sentiasa bahagia dalam redha Allah.



Takdirku Telah Tertulis
Jika sesuatu ditakdir menjadi milik kita,  berbekal usaha yang sedikit cuma, sudah mampu diraih dengan mudah. Namun, jika sesuatu itu bukanlah ditakdirkan menjadi milik kita, perancangan paling mega yang kita cetuskan pun tidak mampu menandingi takdir Ilahi, sudah pasti kita tidak akan bisa memilikinya. Segala yang ada di dunia ini adalah hak Allah.  kerajaanNya luas meliputi alam raya, angkasa dan segala-galanya adalah milik Allah.  Dan apa yang Allah kurniakan kepada kita, itulah rezeki kita jua dariNya.  Bersyukurlah. Jangan di tangisi apa yang bukan menjadi milik kita. Allah tidak mengizinkannya kerana Allah tahu kita berhak memiliki yang lain. Allah sedang menilai kesabaran kita dan jika kita bersabar tentunya ada anugerah dariNya buat kita.{Aku Islam}

Part yang paling memorable this year after my graduation is officially be a teacher, Sabahan teacher. Firstly, mula mula dapat tahu penempatan di Sabah, rasa macam mimpi. Tak pernah bermimpi untuk menjejakkan kaki di Bumi Sabah. Apa apa pun, mana mana tempat adalah sama. Yang penting sesuaikan diri dan cari keseronokkan dengan orang orang di sana.













Menceritakan pengalaman hidup; pahit-manis, asam-garam, suka-duka, senang-susah - kehidupan yang fana ini. Realiti hidup, yang tak suka yang kita dapat, tapi itu yang terbaik sebenarnya. Apa apa pun, hidup mesti diteruskan dan hidup yang singkat ini eloknya kita penuhi dengan kebaikan & kebahagiaan untuk diri & orang lain. Hidup ini juga penuh dugaan dan cabaran. Hadapi ia dengan penuh ketabahan seperti mana orang-orang soleh sebelum kita. Kejayaaan dan kebahagiaan dunia & akhirat dijanjikan Allah SWT bagi orang yang beriman dan bertakwa. Moga kita semua tergolong dalam golongan ini, aamiin.



Secebis Nasihat 
Secebis nasihat untuk diri sendiri khususnya dalam menghadapi kehidupan yang takkan lari dari ujian. 


1) Kuatkan Iman, pupuk kesabaran, mantapkan keyakinan menghadapi ujian itu dengan segera mendekatkan diri kepada Allah. 



2) Cuba serapkan rasa di dalam hati Kehendak (pilihan) Allah mengandungi hikmah yang baik jika diterima penuh keinsafan dan kesabaran.



3) Berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) hikmah. Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita.



Thats all for today. Jumpa di entry akan datang. Selamat bercuti! :)


 

Comments

Ana Fatihah said…
Alhamdulillah. Macam seronok je tengok orang yg keja cikgu ni.
Selamat bercuti! :)

Popular posts from this blog

:: Jangan Pandang Pada Luaran ::

*Hayya Belajar Tajwid – Part 2*

|1 Hari 1 Muka |

| Pray For Them |


Saudara-saudara kita di bumi Palestin sedang berjihad dalam menegakkan agama Islam. Walaupun kita tak dapat berjihad dan menolong mereka di sana, marilah berdoa supaya saudara-saudara kita di sana mendapat kekuatan dan mendapat lindungan daripada Allah SWT kerana doa adalah senjata orang Islam. Tolonglah mereka dengan DOA! Ya Allah, satukan hati kami umat Islam sedunia supaya Yahudi laknatullah dapat dihancurkan. Info terkini mengenai saudara-saudara kita di sana boleh lihat di FB AMAN PALESTINE. Marilah kita sama-sama menderma untuk mereka dan moga-moga dengan sumbangan yang kita buat itu dapat menyelamatkan nyawa dan membantu saudara-saudara kita di sana. Boikot juga barangan Yahudi. Kita satu ummah sekat ekonomi mereka!