Friday, 14 June 2013

*new semester, pls fly higher & higher*


Assalamualaikum w.b.t




Esok, bakal bertolak ke Pahang. Ya, Kuala Lipis tercinta.  Bakal menyambung semester baru, semester 6. Habis sudah hohoholiday. So, goodbye my dear holiday. See you next time. And big, big welcome to new semester, semester 6. 




Belajar biar ikhlas

Yeahh.. semester baru. Tajdid niat semula. Belajar kerana Allah. Belajar untuk menjadi guru, bakal ustazah, murabbi yang terbaik untuk anak didik kelak. Belajar untuk mendapatkan ilmu. Belajar untuk menjadi lebih baik. Belajar untuk mendapat keredhaan Allah. Contohi ulama’ & ilmuwan2 Islam terdahulu. Ilmuwan islam zaman dahulu bukan setakat kaya dengan ilmu dunia bahkan dalam masa yang sama diorang sangat dekat dengan Allah. Allah suka orang yang mencari ilmu yang pada masa yang mendekatkan dirinya dengan Allah.




Result exam?

Result exam? Yee, semua orang mengimpikan kejayaan yang cemerlang kan, dapat dean list, naik pentas, red carpet. Tapi, tuh lain cerita. Kalau kita dah berusaha dengan terbaik, ikhlas kerana Allah, inshaallah kita boleh terima segala apa yang Allah berikan pada kita. Sebab kita tahu DIA mesti bagi yang terbaik untuk kita. Dan pada masa yang sama kita berasa puas dengan ilmu yang kita dapat. Ilmu bukan sekadar atas ‘pointer’, ‘result’ semata2. Tapi, ia melalui cara pemikiran, tingkah laku, akhlak dan keperibadian diri kita. Ingat tuh, okeyh! 




Rasanya itu sahaja coretan ringkas dari diri ini. Just a quick update a while packing things. Esok, perjalanan musafir bakal bermula. Again, till another one year. Hm, I will miss my home, family badly. Sobs. Goodbye Terengganu! T______T


Salam.

 

Wednesday, 12 June 2013

*Oh my beautiful girls!*


Wanita ----- > kecantikan
Wanita ----- > aurat

Yesss.. kedua2 perkara nim memang tak dapat dipisahkan dengan wanita. Cantik tuh fitrah, aurah tuh kewajipan. Kadang2, terlalu mengejar kecantikan di mata manusia, sehingga lupa menitikberatkan soal aurat. Menyedihkan kan.. hm jangan sesekali mempertaruhkan prinsip Islam hanya sekadar untuk jadi ‘cantik’ semata2. Boleh nak jadi ‘cantik’, tapi cantik lah mengikut syariat Islam. Nim baru betul2 cantik kan. Cantik dengan menutup aurat dengan sempurna.




Here.. wanna share something that I got somewhere. Yeahhh, perumpamaan bagi gadis2, wanita2 comel sekalian dalam pemakaian & menutup aurat. Baca dan sama2 kita fikir dan pilih, situasi mana yang kita inginkan. Okeyh, sekarang, kita umpamakan diri kita sebagai ‘pakaian’.

Situasi 1
à Pakaian murah
#Yup, pakaian murah biasanya dilonggokkan. Pembantu kedai pun tak nak lipat baju tuh, berhabuk. Orang boleh pegang sesuka hati. Kalau tak suka, campak.  Ambil dan cuba yang lain pula. Kan.
~Wanita sebegini terdedah sana sini. Aurat tak diambil peduli. Kalau ambill peduli pun ikut mood. Mudah bergaul dan mudah didekati. Pergaulan tak terjaga, boleh maen tepuk tampar, sentuh, cubit2 dengan lelaki. Maruah bukan keutamaan. Yela, 'murah'. Nauzubillah! hm

Situasi 2
à Pakaian biasa
#Digantung rapi. Tapi, kadang2 bila tiba musim jualan murah turut dilonggokkan sama. Tarafnya tinggi sedikit dari pakaian murah.
~Wanita yang menjaga penampilannya tapi tak sepenuhnya. Mungkin bertudung tapi tidak menjaga akhlaknya dan tidak solat. Mungkin bertudung tapi masih berpakaian sendat dan bergaul bebas dengan yang bukan mahram. Mungkin, something wrong somewhere.

Situasi 3
à Pakaian mahal
#Biasanya disimpan cantik di dalam 'show room' khas. Cantik tersimpan di dalam almari kaca. Bukan semua orang mampu memilikinya dan tak semua orang berani sentuh.
~Wanita sebegini adalah wanita yang sangat menjaga penampilan, aurat dan akhlak serta imannya. InshaAllah, pemilik pakaian untuk golongan seperti ini juga bukan calang2 orangnya.

Jadi, pakaian manakah pilihan kita? Adakah kita mahu dipilih2, direnyuk2, dikonyok2 dan dibuang? Atau adakah kita mahu jadi wanita yang biasa2 saja? Atau yang terhebat dan mempunyai kelas tersendiri serta menjadi idaman ramai orang untuk memilikinya. Hm




Membuat pilihan

Pilihan di tangan kita. Tepuk dada, tanya sama IMAN. Kita kena ingat, kita hidup sebagai Muslim, tiada pilihan. Nak jadi Muslim, jadi lah yang betul2 Muslim. Yang mengamalkan Islam secara keseluruhan, Islam yang kaffah. Bukan separuh2. Okeyh, bab aurat. Hm kalau nak tutup aurat, tutup lah sepenuhnya. Jaga betul2. Yang nipis, yang jarang, yang ketat, yang sendat, yang tak sedap hati orang tengok, tinggal lah.  Buat sikit2. Tapi berterusan. Jangan buat banyak dan mendadak, tapi tergantung di tengah2 jalan. Kalau kata nak tinggal semua benda2 yang tak best tuh, tinggal betul2. Jangan rasa ragu2.  Hijrah! Jangan pandang & toleh ke belakang dah.




Haa, lagi bab aurat. Yee, semua tahu aurat wanita adalah seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka. Tapi, kadang2 kita selalu lupa. First, kaki tuh WAJIB dilindungi.  Pakai sarung kaki, stoking and ape2 lah asalkan tertutup. Then, pakai lah handsock supaya lengan & tangan kita dilindungi. Sometimes, even kita pakai baju lengan panjang, baju kurung tapi still nampak lengan & tangan still tak sempurnakan? so, try istiqamah pakai handsock even baju lengan panjang. But, if kita dah yakin tutup sempurna, no need lah. Then, kalau tudung tu rase macam jarang semacam je, pakai lah 'inner' kat dalam, baru leher tak nampak. Finally, biasa2 kanlah pakai jubah. Pakaian ‘solehah’. Sungguh! Sirious! Sangat2 suka tengok Muslimat pakai jubah plus jilbab labuh! Sangat sejuk mata memandang.

Refresh Ilmu
Aurat diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula ‘aurat’ diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
 
ASAS AURAT : Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.




Malu menutup aurat?

Jangan pernah rasa malu untuk mempamerkan keindahan Islam itu. Tutuplah aurat, dengan ikhlas seikhlasnya keranaNya. Makin susah halangan yang dihadapi, makin tinggi nilainya di hadapan Allah. Ingatlah, kita bertuah, kerana dalam beribu2, berjuta2 kaca, kita jadi permata. Permata Islam. Ingat hadis Rasulullah SAW yang mana Islam akan dilihat asing di akhir zaman ini. Maka, berusaha menjadi yang ‘asing’ tuh. Memang banyak dugaan plus ujiannya, dicampur lagi dengan rasa 'asing' itu. Tapi, selalulah ingat akan ganjaran syurga yang super duper triple BEST tuh. Dan kena ingat nim ketat2, secantik mana pun seseorang wanita tuh, tapi bila mana mereka mendedahkan aurat mereka di khalayak orang ramai, cantik lagi seorang wanita yang menutup auratnya di mata Allah.




So, i think such a long entry today. Wanna stop right there. Last word, if yuu really love yourself, please, please & please cover your aurah completely. I love all my muslimat friends, so that's why i keep reminding the same things again, again and again. Let’s we!  Changing to better way, way of Islam. Okeyh! Me, sayang semua! Jaga diri. Salam!



Nota Hati : Masih bertatih mencari ruang kesempurnaan dalam mengerjakan syariat ini terutamanya dalam bab akhlak, ibadah & pemakaian. Setiap hari mengingatkan diri. Yeee, akan sentiasa ada ruang untuk kita memperbaiki diri. Selagi pintu taubat belum tertutup.


Monday, 10 June 2013

*berbahagialah dengan bersyukur*


Wahai jiwa yang terlalu gembira, sederhanakanlah rentak suka & gembiramu, takut2 nanti ia mengundang bencana. Wahai jiwa yang terlalu sedih, angkatkanlah semangatmu, takut2 kesedihanmu menjemput para syaitan bermukim, bagi menakluki hatimu.


Kegembiraan & kesedihan adalah suatu perkara yang berbeza. Namun di sebalik perbezaan itu, satu perkara yang sama adalah, kedua-duanya adalah fitrah insaniah yang datang dari Tuhan, dari Allah SWT.




Yup, sifat manusia, fitrahnya akan bergembira setelah memperoleh apa yang dihajati, dan bersedih dengan apa yang tak diingini. Bila kita menerima sesuatu yang diidamkan, hati berasa bahagia. Jiwa tersenyum dan hati berbunga2. Apabila ditimpa sesuatu yang langsung tidak pernah diimpi plus tak disukai pulak, maka selalunya kita terhenyak, terduduk, menangis dan bersedih. Padahal, kita tak tahu apa hikmah dan rahsia yang Allah nak bagi kat kita sebenarnya. Kita yang terlalu cepat mengeluh, menghukum dan berputus asa. Hm *sentap*




Belajar akhlak syukur dan redha

Yeee..selama bernafas hampir 22 tahun kat dunia nim, actually banyak perkara yang dipelajari dalam hidup terutama belajar akhlak bersyukur. Memang, diakui dulu selalu tak puas dengan hidup sendiri. Tengok orang lain berjaya atau lebih sikit, cemburu. Tengok orang lain lagi cantik, cemburu. Tengok orang lain pakai baju mahal2, lagi lah cemburu. Selalu membandingkan hidup dengan orang yang lebih senang. Padahal, ramai lagi yang jauh lebih susah dari kita. Tengok saja lah saudara kita kat Palestin sana yang tak pernah berasa ‘bahagia’ di dunia walaupun hakikat akan berasa ‘bahagia’ di sana nanti.




Hm, yeah I believes.. that in our life, tak semua yang kita mahu akan tertunai, akan kita dapat. Namun, apa pun yang terjadi saat ini, kalau itu yang Allah rencana dalam perjalanan hidup kita dan sudah tercatat di Luh Mahfuz, kita wajib terima dengan hati yang terbuka dan redha. Apa2 yang terjadi dalam hidup kita nim, hatta baik atau buruk, selalu pegang kata2 ini kuat2.

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.(Surah alBaqarah: 216)



Bagaimana bersyukur?

Rasa kesyukuran itu bukan saja dizahirkan pada kata2 ‘alhamdulillah’ semata2. Ok sudah, aku jadi hambaNYA yang bersyukur. It’s not true. Bersyukurlah bukan sekadar dengan kata2, tapi dengan menjadi hambaNYA yang taat dan setia. Bagaimana?? haaa, dengan menuruti apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarang. Tak susah kan?




Okeyh, last word for entry today. Do remember. Kalau kita sentiasa bersyukur dengan segala yang diberi oleh Allah, nescaya Allah akan menambah lagi pemberian tersebut sama ada kita sedar atau tidak. Berbahagialah hidup dengan bersyukur. Yakinlah, apa yang Allah kurniakan kepada kita itu adalah yang terbaik. Yakin & percaya pada Allah. Manfaatkan apa juga rezeki & kelebihan yang Allah pinjamkan kepada kita. Sungguh! Nikmat, rezeki, kelebihan yang DIA bagi terlalu banyak, tak terhitung banyaknya sehingga dirasakan tidak ada satu kebaikan yang mampu membayar SEGALA nikmat pemberianNYA. Ditambah pula dengan rimbunan dosa2 yang tidak terampun dan semakin memberatkan diri. Allahu. Ampunkan kami. 


Throwback : pantai batu buruk kuala terengganu~


*Senyum, istighfar, & banyak2 panjatkan kesyukuran kepada Allah.. pilih untuk jadi orang yang bersyukur. Sekian, waallahua'lam.


10062013, 1 Sya'ban 1434H 


Nota Hati : Semalam, again berita gembira lagi. Alhamdulillah ya Allah, atas rasa bahagia dan gembira yang telah Engkau pinjamkan ini. 

Thursday, 6 June 2013

*missing*



Yeahhh, perasaan nim bertamu lagi.
hm, aku rinduuu.
Perasaan nim semakin membuak2.
Ingin melihat Kaabah.
Ingin bersembahyang di Masjidil Haram.
Ingin melawat Telaga ZamZam.
Ingin ke Madinah. Melawat Masjid Nabawi, Raudhah, Makam Rasulullah SAW...
1000x ingin menjejakkan kaki ke Makkah dan Madinah.
Bilakah aku dapat menjejak kaki ke sana.
Allahu, permudahkan jalan bagiku dan keluargaku ke sana.




Yeeeee, Makkah dan Madinah yang nun jauh di mata. One day, InshaAllah. Selalu doa sungguh2 untuk dapat 'kad jemputan' ke sana. Doa sampai ke hati merayu agar Allah sudi pilih kita jadi tetamunya. *Ya Allah, sampaikan kami ke sana ya Allah.*

Biar kita sama2 rasa agungnya Allah.
Biar kita sama2 rasa dalamnya cinta & rindu Rasulullah SAW.
Biar kita sama2 rasa syahdunya menatap Kaabah.
Biar kita sama2 rasa tenangnya di Masjid Nabawi.
Biar kita sama2 rasa dekatnya dengan Baginda Rasulullah SAW.
Biar kita sama2 rasa hinanya, kerdilnya diri bila berada di sana.
Dan biar kita sama2 rasa istimewanya dipilih Allah.
Dipilih oleh Allah ke tempatNYA.

*Allahuma ameen.

Nota Hati : Macam2 perasaan sekarang.. Especially bila berada kat rumah manis rumah nim. Entah. Tak tahu nak cakap. Tapi yang pastinya, sekarang mahu senyum saja. Senyum dengan sekeliling. Dengan kerenah manusia. Dengan aturan hidup. Yang cukup indah. Terima kasih ya Allah, kurniakan orang2 yang ‘comel’ di sekeliling ku. 

Tuesday, 4 June 2013

*do come pretty rainboww*



Kadang2 kita merungut bila ALLAH hadirkan hujan... ditambah pulak dengan guruh, siap dengan kilat berdentum2 lagi tuh.. then, kita tercari2 di mana sang matahari... tapi kita tak tahu hakikat sebenarnya ALLAH nak hadirkan sang PELANGI yang indah & cantik.. yeahh, pelangi cantik kan? Semua orang suka pelangi sebab pelangi colourful kan, walaupun beza warna tapi mereka serasi and melengkapi antara satu sama lain.


Biasa kita dengar quote kat atas nim kan. Yup, setiap dari kita pasti sentiasa mahukan hari yang cerah. Tapi, hakikatnya hujan juga perlu diturunkan. Hujan adalah rahmat buat tumbuh-tumbuhan yang memerlukan air untuk hidup. Allah jadikan hujan membasahi bumi untuk membantu mereka membesar! Begitu juga dengan kita, Allah hadirkan ‘hujan’ yang penuh rahmat untuk membantu kita ‘membesar’ dan ‘matang’.




‘hujan’ = ujian = rahmat




Yeahhhh.. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Jauh sekali Allah hadirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama2 koreksi  hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan ke atas kita. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat2 yang terpuji. Sabar, redha, tawakal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, mengharapkan pertolongan Allah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Dan ingat, dengan ujian jugak laa, kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hamba yang serba kekurangan. Kita sebenarnya lemah tanpa daya dan tidak memiliki apa2. Maka kekuatan tuh kita minta dengan Yang Maha Kuat. Makhluk, semuanya lemah. Tiada yang sempurna kekuatannya melainkan hanya Allah SWT sahaja. Sandaran hanyalah kepadaNya. Ingat tuh. *pergantungan total*




So, buat saudara2,saudari2ku yang sedang diuji, tak kira lah dalam apa jua bentuk & keadaan ujian e.g kesakitan, kebimbangan, kehilangan, kekecewaan and so on, ingat perkara yang satu nim.. Allah sebenarnya cinta... amat cinta kepada kita.. Kerana itulah kita diuji. Jika Allah SWT berlepas diri dari kita dan tidak lagi mahu memberi perhatian dan tidak peduli sama kita, maka memang kita akan hidup senang. Tapi adakah itu yang kita mahu? Tepuk dada tanya hati, tanya sama iman. *gulppp makan dalammm.. stop merungut after disss!*


Ya Allah..
kami cuma hambaMu..
hambaMu yang lemah lagi kerdil..
Sesekali ujianMu menyapa lembut hati kami ini..
namun..
belum tentu kuat lagi hati kami di jalanMu..
kurniakanlah & cantikkanlah diri kami..
dengan hati yang ikhlas..
dan jiwa yang sentiasa redha..
menerima segala takdir dan tarbiyyah dariMu..
Ameeeen.




Nota Hati : cuti berbaki kurang 2 minggu jee lagi..omnomnomnom masa terlalu pantas berlaluuu.. semester 6 bakal menjengah..hm bagi kengkawanss plus seniorss yang telah/bakal bertukar status tuh, mabrouuuk! Hm memang cuti2 nim memang cerita kahwin je laaa kan.. Barakallah! Then, bagi yang single mingle lagi tuh, sama2 jaga iman, jaga diri, jaga hati. InshaAllah yang terbaek Allah bagi untuk kita. Tunggu, sikit jee masa lagi tuh. Perbanyak doa. ^^