Friday, 19 April 2013

Cerita prektikum #part 1








Honesltly, kat sekolah memang bermain dengan emosi & tenaga.. selalu jee mghitung hari nak weekend hari2.. sungguh! mental fizikal memang letih sangat2 bile dah habes mengajar 1 kelas.. tapiiii, bile da lame2, mule kenal diowg, jadi jatuh sayang pulak.. bahagia & hepi tengok mujahid mujahidah kecil yang kita ajar tu berusaha untuk belajar sungguh2.. walaupun mereka dari kelas belakang.. sebenarnya, mereka memang nak sangat & minat sangat belajar, tapi sifat suka 'maen2' dalam kelas tuh mengatasi kesungguhan mereka nak belajar.. hm kena berusaha belajar lagi nak tarik minat diowg dengan sesi P&P dalam kelas nim. Ingat kata pensyarah pembimbing, murid hakikat memang nak sangat belajar.. jadi, tugas cekgu lah yang tunjukkan 'jalan' kat diowang ni. Moga2 mereka mampu menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. ameen~ 





*now, i know da trully perasaan sebenar seorang cekgu.





{19042013}


Sunday, 7 April 2013

*audit diri*




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Moga apa sahaja kerja yang kita lakukan setiap hari waima sekecil2 perkara adalah kerana Dia.  Dan dikira serta mendapat nilaian pahala dan ibadah di sisiNya. Bimbang, terlalu sibuk dengan kerja2 dunia, hingga lupa buku amal yang masih kosong. Tak pernah tercatat apa2 sedangkan diri ini hampir setiap hari, tulis Rancangan Pengajaran Harian dalam buku rekod pengajaran.. yela, sejak diri mula didampingi si prektikum, buku rekod memang tidak boleh dipisahkan dari empunya diri. Hari2 kena catat rekod pengajaran, buat jurnal & yang paling penting refleksi pengajaran. Yeee, REFLEKSI!!! refleksi diri seperti mana refleksi pengajaran selepas mengajar.. refleksi dosa2 kita, amal2 kita seharian.. Adakah masih cukup untuk dibawa bekal ke alam sana.. Bak kata Prof.Dr.Muhayya, audit diri setiap hari terutama yang menaip ini.



Wallahua'lam.




*selepas solat, sendirian dengan Allah, sendirian dengan Dia, banyak membuat DIRI berfikir.. muhasabah kembali.. entah malaikat kiri atau kanan yang banyak menulis tentang diri aku seharian...hm moga2 Allah menerima setiap perkara baik yang kita lakukan hatta hanya niat semata2 yang terlintas di dalam hati. *lap air mata*



{07042013}