Monday, 11 February 2013

Yessss.. I am already engaged!



Bismillahirrahmanirrahim~ Assalamualaikum to all my dear readers and followers. Apa khabar iman, apa khabar diri anda semua?
*sapu-sapu sawang dekat belog.





“Kau dah tunang ehh? nape tak bagi tau? Kecik hati taw. Kita kan kawan.”

Ahhh..sentap bila diajukan persoalan nih. Mulut dikunci sekemas-kemasnya bila diajukan persoalan ni. Memang, persoalan amat tidak baik bila tidak dijawab. Tapi, bila masuk bab ni, seakan-akan mulut telah dikunci & kunci nya telah dibuang jauh-jauh ke laut. (heeee..sila abaikan sesi mengarut nim..juz for intro..:P)




Hakikat kehidupan, sememangnya kita telah bertunang.. bertunang dengan kematian. Ini adalah perjanjian kita dengan Allah SWT sejak di Luh Mahfudz lagi.




Jadi, ini bermakna, tiap-tiap manusia yang hidup di dunia ni telah bertunang dengan kematian dan akan berkahwin jua dengan kematian. Setiap orang keyh dan tiada seorang pun yang terkecuali.! bila..?? jawapan tuh hanya DIA saja yang tahu.




Cuba kita imbas kembali saat seorang bayi yang suci yang baru dilahirkan dengan seorang yang nazak sedang menghadapi sakaratul maut, kedua-dua mereka tidak mempunyai kuasa atas kelahiran dan kematian mereka. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Berkuasa untuk memberi nafas atau mengambilnya kembali. Allah telah menjelaskan dalam kalam-Nya:
Katakanlah, “sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu. Kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah, yang mengetahui yang ghaib dan nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (Surah al-Jumuah:ayat 8)




Jadi, sama-sama kita renung2kan. Kehidupan kita sehari-hari berlangsung dari detik ke detik tanpa kita sedari. Namun, apakah kita tahu bahawa hari-hari yang telah kita lalui makin menghampirkan kita pada kematian? Makin meningkat umur kita, makin singkat usia kita. Sedetik masa berlalu, selangkah menuju maut. Ya! Kita sering melihat orang lain yang meninggal dunia diusung dalam keranda dan dibawa ke tanah perkuburan. Tapi berapa ramai saja yang mengambil iktibar dari kematian tersebut? Pernah kah kita fikirkan tentang ketika hari orang melihat diri kita yang mati dan mengusung keranda yang berisi jenazah kita ke tanah perkuburan? Sama2 mempersiapkan diri untuk mati, untuk mengadapnya dalam husnul khatimah. Moga jannah menjadi singgahsana di alam sana. Amin. Maaf kalau tajuk entry ni agak SENSASI & HOT! : )

*cuci mate sat.. bsama sepupu2 yg kiut miut nim time majlis aqiqah semalam..syggg uollss <3

irfan & iskandar.. peace!

nama saya Puteri Nur Qaseh..penangan citer nur kasih kot, keluar laa namew nim..hee: )

Yang nim adik Puteri Nur Qaseh. Nama dy Puteri Nur Kaisara.

Budak2 zaman sekarang.. pantang tengok hp, trus nak men game. XD

Da twins… Azan & Azim.. family belah abah memang ramai kembar!

Last pic.. my hometown.. Kg.Atas tol! Hometown belah abah. Really peace & calm! Sirious!



Dat's all, sekian.... Salam!


{11022013}