Tuesday, 23 October 2012

| Selamat menduduki exam dunia ! |



Bismillahirrahmanirrahim~Assalamualaikum to all my dear readers and followers. Today, I would like to announce to all that :
“ I have a final exam on 29,31 th October & 1, 5 and 7th November 2012. 
So, no more hupdating belog. Now, I wanna have fun and dating with my books. Wish me luck keyh! And to the all IPG’s student in Malaysia, good luck too. May Allah ease our works “



Ragam aku, dia, kamu, mereka

Pelbagai ragam kita dapat lihat sepanjang musim2 exam… terutama time study week.. ada yang sanggup tak tidur malam semata-mata nak ulangkaji pelajaran, yang tak makan pun ada. Malah ada juga sesetengah tu silentkan phone nak elak disturbance during study dan yang lagi teruk off kan phone terus.. semuanya sebab exam kan.. Melihat fenomena ini, cuba kita bayangkan, BEGINI HEBAT JUGAK KE KITA MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK MENGHADAPI "EXAM AKHIRAT" NANTI??? Kalau lah sehebat ini kita membuat persediaan untuk menghadapi exam di akhirat kan bagus.. kita buat benda yang sama macam kita sungguh-sungguh nak menghadapi exam dunia.. setekun dan serajin mana kita ulangkaji pelajaran, begitulah juga kita bertekun2 dan berajin2 dlm menjaga iman dan ibadah kita.. mungkin perkara ini nampak mustahil termasuklah diri saya.. tapi semua ini tidak mustahil.. SEBAB semua bermula dari diri kita sendiri..kan.

Pernahkah kita

1)Tak makan dan tak minum sebab beribadat kepada Allah??
2)Silentkan phone semasa nak solat??
3)Khatamkan al-quran paling tidak sekali setahun??
4)Berdoa tika susah dan senang, bukan time exam je??
Fikir2kan, di mana situasi kita..Allahu.



Mungkin exam di dunia ni resultnya kita nampak depan mata.. lulus atau gagal.. kena ulangan ataupun tidak... sebab tu kita nak buat yang terbaik, kita tak nak berdepan dengan kegagalan. AKHIRAT?? IMAN?? MATI?? Tiada siapa yang nampak.. hanya Allah yang tahu. Resultnya pun di akhirat nanti baru kita bolehh nampak kan. Bahkn tarikh 'expired date' kita pun kita tidak tahu bila akan menjemput. semua itu dalam rahsiaNya. Kalaulah lah kita tahu 'expired date' kita bila, nilaian dosa dan pahala kita di tahap mana, sudah tentu kita bersungguh-sungguh dalam membuat persediaan untuk ke sana, untuk memperoleh result yang cemerlang yakni untuk berada di dalam syurgaNya selama-lamanya yang mana merupakan ganjaran yang paling terbaik kita akan dapat. 




Sedarlah semua termasuklah diri ini.. ingat yang ‘exam dunia’ nih sememangnya penting kerana memang menentukan masa depan kita, tetapi kita jangan abaikan exam kita di akhirat kelak, yang mana menentukan sama ada kita terpilih untuk masuk syurga atau nerakaNYA. Sesungguhnya exam yang paling susah ialah exam di dalam kubur nanti.. Walaupun kita dapat soalan bocor, belum tentu lagi kita boleh menjawabnya.


"YA ALLAH...rupanya aku lebih takut dengan exam dunia
aku tidak merasa gentar pun untuk menghadapi
"exam akhirat"
sedangkan mati adalah sesuatu yang pasti
tidak dilambat kan walaupun sesaat dan 
tidak dipercepatkan walaupun sesaat
sedangkan dunia ini hanya persinggahan
aku sepatutnya imbangkan antara
exam dunia dengan exam akhirat
YA ALLAH, KAU AMPUNI DOSA2 AKU...
AKU HANYA SEORANG HAMBA YANG PENUH DENGAN DOSA!"




Okeyh, I think i will stop right there.. just a short entry fo today.. But, before i end up my entry today, saya insan bernama NorFarahin Hamdan yang mana merupakan hanya insan biasa, tidak terlepas dari kesilapan memohon maaf andai ada kesilapan yang dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak disengajakan. Maaf dari hati ! :) Last word, JOM kita study, belajar kerana Allah, dan kita jawab exam pun kerana Allah. Allah tak marah kalau kita gagal exam dunia, tapi Allah marah kalau exam di akhirat nanti kita gagal. Dalam sibuk kita kejar kejayaan di dunia ni, jangan dilupa kejayaan yang di ‘sana’ lagi kekal abadi. Sama-sama lah kita berusaha baiki mana yang patut! Fighting! Wallahualam~!
p/s : to MuSA .. tengs yeee.. suweet memory dapat jumpe kamoo.. good luck untuk kamoo untuk final exam.. sama2 kita usaha keyh! nice memory yaa ^^


Nota Hati : Belajar sebab exam ni ingat bila exam je kan. Habis exam lupa la. Itu salah kita sendiri sebenarnya. Sebab kita buat sambil lewa dan memang semata-mata belajar kerana exam..dushh22.. muhasabah !

Saturday, 13 October 2012

| Aishiteru Ya Hanana |

Bismillahirrahmanirrahim~Assalamualaikum,
Selawat serta salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w yang begitu menyayangi umatnya.




Qasidah "Ya HaNaNa"




YA HANANA!! SUBHANALLAH... rasa tenang sangat dengan kelunakan alunannya. Bila baca maksud dia rasa sebak pun ada..emm.. betapa beruntungnya kita.. kita jer tak sedar dek untung... sememangnya kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W sangat-sangatlah beruntung dengan kelahiran Nabi kita Muhammad S.A.W., Tetapi mari kita renungkan adakah Nabi kita merasa beruntung dengan diri kita sebagai salah seorang umat baginda, adakah kita telah menunaikan hak-hak kita sebagai umat baginda, mengikut apa yang dibawanya, adakah kita benar-benar layak menjadi umat baginda, dan adakah kita akan membuatkan baginda gembira dengan akhlak kita, amalan kita dan sebagainya. Allahu… Sama-samalah kita muhasabah diri.

Jom kita berqasidah! Jauh lebih baik dari hafal lagu2 lara yang tiada pengisian rohani... balik2 lagu putus cinta yang entah ape2 aje...kan...:P


Jatuh cinta dengan kumpulan ini.. Kumpulan alMawlid.. sungguh sejuk hati melihat mereka.. ^^





Akhir kalam, berselawatlah dan sampaikan salam kepada baginda. Kelak ia akan memberi syafaat kepada kita di hari kebangkitan. Sesungguhnya, di akhirat kelak, baginda akan mengenali umatnya yang suka memuji-muji dan berselawat ke atasnya. Dan same2 kita menggantikan halwa telinga kiter seharian dengan qasidah.. banyak lagi qasidah selain daripada YA Hanana yang boleh kita dengar eg Ya Badratim, Selawat Thobibiyah dll. Sungguh,meaning-meaning dia sungguh mendalam. Ramai yang menitiskan air mata mendengarnya. Dengan rentaknya yang mendayu-dayu.. Sama-samalah kita jadikan alunan ini sentiasa bernyanyi-nyanyi di dalam hati kita. Menghitung detik untuk bertemu dengan kekasih kita, Nabi Muhammad.. Rasa rindu ini tidak dapat ditanggung lagi. Moga kita berpeluang menatap wajah baginda. Wallahualam!



Nota Hati : Alhamdulillah, Allah sentiasa sentuh hati aku untuk kembali padaNya. Cuma, aku xnak orang di sekeliling ada high expectation tentang diri aku. Bak kata orang don,t judge the book by its cover.. Allahurabi..Moga aku tidak ulang perkara2 yang lara 2..Tapi, manusia..mudah sangat lalai.. susah betul nak istiqamah kan.. Nak didik diri.. Nak didik hati untuk sentiasa taat dan patuh perintah Allah..Moga Allah memberi kekuatan untuk istiqomah.. MANUSIA BOLEH BERUBAH ATAS KEHENDAKNYA. HATI MANUSIA MUDAH DIBOLAK-BALIKKAN. MOGA ALLAH JAGA DAN TETAPKAN HATI KITA.