Thursday, 23 August 2012

| Kisah tutup aurat?? Biarlah kita menjadi orang yang aneh ! |


Bismillahirrahmanirrahim~Assalamualaikum,
To all readers and follower tercinta^^, Alhamdulillah... kter masih lagi hidup di dunia nih.... yang maner hanya pinjaman sementara dari Allah... kter masih lagi diberi udara secara percuma... masih lagi diberi nyawa untuk beribadah kepadaNYA... Alhamdulillah!!


Dalam kesibukan kita berhari raya, jangan dilupa fitrah kita sebagai seorang wanita.. Cantiknnya seorang wanita apabila dia menjaga auratnya.. Cantiknya wanita juga apabila dia tahu batas2 pergaulannya..em..raya2 jugak.. fitrah seorang wanita kena jaga jugak yeee.. peace! :) untuk gadis-gadis manis di luar sana.. ini untuk anda.. Persoalan dan jawapan mengapa tidak mahu menutup aurat.

1. No feel la tutup aurat
Untuk gadis2 manis yang belum belum terbuka hati untuk menutup aurat maka perlu kita tanyakan pada mereka, “Bukankah anda sungguh-sungguh dan yakin dalam memeluk Islam, dan bukankah anda telah mengucapkan kalimah suci la ilaha illallah Muhammad rasulullah dengan yakin? Ini bermakna kita menerima apa saja yang oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. So, menutup aurat adalah salah satu syariat Islam yang harus dilaksanakan oleh kita sebagai muslimah. Allah SWT telah memerintahkan kita untuk menutup aurat dan demikian pula Rasulullah SAW. Jika kita beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW, maka kita dengan rela hati menutup aurat.

2. Saya menutup aurat, tapi parents i tak suka
Benar orang tua memiliki kedudukan yang tinggi dan mulia, dan kita diperintahkan untuk berbakti kepada mereka. Namun taat kepada orang tua dibolehkan dalam hal yang tidak membawa kepada maksiat kepada Allah SWT , sebagaimana dalam firmanNya iaitu :
“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya,” (QS. Luqman:15)

3. Cuaca panas sangat la
Jika kita beralasan bahawa cuaca sangat panas, kalau menutup aurat dengan sempurna lagi la panas, rimas dan berpeluh, maka hendaklah kita selalu mengingat firmanNya :
“Katakanlah, “Api neraka Jahannam itu lebih sangat panas(nya)” jikalau mereka mengetahui.” (QS. 9:81)
Adakah kita menginginkan sesuatu yang lebih panas lagi daripada panasnya dunia ini. Apalah panas sangat di dunia kalau dibandingkan dengan panas api neraka. Biarlah kita tidak  HOT di dunia dengan pakaian berbagai macam pakaian yang beraneka ragam asalkan kita tidak HOT di dalam api neraka nanti. Nauzubillah !

4. Belum dapat hidayah lagi lol
Ada segelintir gadis-gadis manis di luar sana yang mengatakan, “Saya tahu menutup aurat itu wajib, namun saya belum dapat HIDAYAH untuk memakainya.” Kepada mereka yang beralasan demikian katakanlah, “ Kalau anda setiap hari meminta kepada Allah agar ditunjukkan ke jalan yang lurus, maka anda harus berusaha meraihnya. Hidayah kita kena cari. Bukan mudah nak dapat hidayah dari Allah. Tapi, bila kita da dapat hidayah dariNYA, gunalah sebaiknya, jangan lepaskan dan berpaling dariNYA.



Tudung labuh tetap pilihan hatiku !
Bertudung labuh itu tetap menjadi pilihan aku kerana apabila memakainya akan membuatkan aku rasa cukup selesa. Tudung labuh menjadi pilihan hati kerana ia memberi perlindungan kepada diriku. Ianya menutup aurat, itu yang paling penting.. fesyen itu ertinya bukan bagaimana cara kita attract people sebenarnya tapi bagaimana kita menunjukkan diri kita dalam fesyen itu. Sesungguhnya tudung labuh bukan bermaksud kita bertudung bulat litup semata-mata, tapi di sini bermaksud apa2 sahaja yang menutup aurat yang dilabuhkan sehingga ke dada. Itu adalah prasyarat utama menutup aurat.


Sesungguhnya aku bukanlah orang yang sentiasa istiqamah memakai tudung labuh bulat litup tertutup rapi, tapi turut diselang selikan memakai tudung bawal dan akel yang labuh. Sesungguhnya, aku sebenarnya adalah gadis biasa yang pernah lalai tentang syariat ini. Tapi, akan sentiasa ada ruang untuk kita memperbaiki diri.. betul kan? Aku sendiri masih bertatih mencari ruang kesempurnaan dalam mengerjakan syariat ini.. setiap hari mengingatkan diri.


Bagi aku, apabila aku memakai tudung yang labuh itu adalah satu PERLINDUNGAN buat aku.. perlindungan dari segala macam kejahatan luaran dan dalaman.. apabila aku bertudung labuh, aku yakin yang aku sedang melakukan perkara kebaikan..aku akan berusaha menjaga tingkah laku.. jika ada yang berkeinginan untuk memakai tudung labuh, teruskanlah niat murni itu.. tidak semua insan terpilih oleh ALLAH untuk pemakaian 'perlindungan' ini...jadi bersyukurlah, biar CANTIK di pandangan ALLAH..agar berbahagia bila DI SANA kelak.


Jangan takut jadi orang ‘aneh’
Dunia sekarang nih memang aneh… sebabnya nak buat perkara baik memang susah kan.. ianya perlukan pengorbanan dan kena sentiasa menentang arus. Zaman sekarang ni, perkara buruk dah dipandang mulia, perkara baik dah jadi sesuatu yang pelik. Perasan tak? Lihat dengan mata hati, baru boleh perasan. Tapi, bagi sesiapa yang hatinya bersih, nak buat kebaikan itu bukanlah sukar.kan.


Jangan takut menjadi orang “aneh” selama keanehan kita sesuai dengan tuntutan syariat. Jangan takut dikatakan “terlalu alim”  atau “bajet baik” ketika menutup aurat dengan teguh dan sempurna, meskipun itu akan terasa aneh di tengah orang-orang yang gilakan fesyen. Jangan takut dikatakan “terlalu rajin” ketika kita solat tepat pada waktunya, kerana memang solat adalah kewajiban terhadap orang-orang beriman. Jangan takut untuk solat berjemaah di saf depan, kerana perintahnya kita patut segerakan. Jangan takut post artikel berupa nasihat di dalam belog dan medium internet yang lain, kerana itu adalah sebahagian dari tanggungjawab kita untuk saling menasihati, saling menyeru dalam kebenaran. Jangan takut kalau artikel kita tidak dibaca, kerana memang demikianlah Allah menciptakan ladang amal bagi kita. Nak buat perkara baik bukan sesuatu yang senang. Tak ada benda mudah untuk berjaya,same thing dengan nak masuk syurga dan dapat pahala, tiketnya dengan kesusahan dan ujian dari Allah. Begitulah analoginya.


Lakukan “keanehan-keanehan” yang dituntut oleh syariat. Jangan takut mengatakan perkataan yang benar, meskipun akan terasa aneh di tengah orang yang lumrah bertutur tidak bermoral dan tidak berfaedah. Kenapa kita harus takut disebut “orang aneh” jika memang keanehan-keanehan menurut pandangan mereka itu yang akan menyelematkan kita di yaumul akhir, yaumul hisab dan akhirat kelak. Selamat menjadi orang yang aneh yang bersyariat.


Oke.. itu sahaja.. maaf jika ada tulisan ini yang mengguris mana-mana pihak.. apa yang baik semuanya dari Allah, yang kurang harap ditegur dan dimaafkan.. Sekadar coretan untuk ingatan sesama saudara seislam.. last word, bagi gadis2 manis di luar sana, tiada alasan untuk kita tidak menutup aurat.. kita hamba Allah.. so, ingatlah dari mana kita datang dan kepada siapa jua kita akan kembali.. sama2 perbaiki diri sendiri.. Wallahua’lam. ! Salam !



*Maaf penggunaan kata ‘aku’ dalam entri ini.
Nota hati 1 : Kenapa malu kita kepada manusia lebih kita UTAMAKAN daripada malu kita kepada ALLAH? Fikir2kanlah yee ^^

Friday, 17 August 2012

| Ramadhan pergi, Syawal datang ! |

Bismillahirrahmanirrahim~ Assalamualaikum,
To all readers and followers tercinta^^, Kaifa halukum? wa kaifa imanukum? Diharapkan semoga kesihatan fizikal dan iman kita kedua-duanya sihat. Ameen :) em2, rasanya dh lamew Cik Ain menyepikan diri dari belog tercinta ni.. rindu sangat2 kat u olls..hu2 :D





Hari ini, just coretan pendek untuk semua.. Cik Ain pasti semua sedang sibuk dengan persiapan raya kan.. mana nak cari baju baru nya, kasut baru, biskut raya yang sedap2, nak bakar lemang lagi..kan..hu2.. apa pun, yang penting kita bersederhanalah yee.. ^^





Walaupun Ramadhan bakal berlalu, diharapkan kita dapat istiqamah dengan segala amal ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan.. kita kan hamba Allah, bukannya hamba Ramadhan.. so, jomlah kita usaha untuk terus istiqamah..! inshaAllah kita boleh.. :)

- Kalau dalam bulan Ramadhan boleh khatam 1 Quran, nanti bila dah tak ramadhan janganlah sampai tak ngaji terus yeee.
- Kalau dalam bulan Ramadhan kita pergi berterawih di surau, teruskan usaha kita untuk berjamaah fardhu di luar bulan ramadhan.
-  Kalau dalam bulan Ramadhan kita selalu menahan diri dari mencarut dan mengumpat pada bulan ramadhan, jaga mulut kita dari perkataan-perkataan yang tidak berguna itu selepas ramadhan.
-  Kalau dalam bulan Ramadhan kita letih sujud berqiamullail pada bulan ramadhan, teruskan dengan bangun malam itu sepertimana kita berusaha mencari LailatulQadr di bulan ramadhan.
-  Kalau dalam bulan Ramadhan kita boleh menahan diri dari berdating dengan 'teman'  kita di bulan ramadhan, teruskan usaha kita membina pertalian suci di antara dua hati yang bukan muhrim, membina cinta halal kerana Allah.

Mudah-mudahan dengan pemergian Ramadhan pada kali ini diharapkan memberi satu kekuatan dan latihan untuk terus istiqamah dalam melakukan amalan-amalan. Janganlah apabila Ramadhan telah meninggalkan kita, semuanya menjadi peninggalan semata-mata. Sehingga hilang menjadi sejarah yang hanya akan berulang sewaktu bulan Ramadhan sahaja. T__T Mudah2an kita adalah graduasi cermerlang pada Ramadhan kali ini ! ^^





At last, didoakan Ramadhan kali ini bukanlah Ramadhan terakhir untuk kita, dan kita pasti mendambakan akan kehadirannya tahun depan. Selamat jalan Ramadhan Kareem, selamat datang Syawal... Syawal adalah hari kemenangan untuk kita umat Islam setelah sebulan kita berpuasa nafsu dan diri.. sambutlah ia dengan hati yang berbunga-bunga dan penuh kesederhanaan+kesyukuran.. Kepada yang pulang ke kampung, berhati2 di jalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju... tahun ni, Cik Ain beraya di Terengganu, atuk sebelah ayah.. so, xberayer di Johor..huhu..jemput datang yee..inshaAllah rumah sentiasa terbuka..hu2 :D Wallahua’lam, kbai,Salam!


Nota Hati 1 : Adakah sudah cukup amalan kita untuk Ramadhan yang bakal meninggalkan kita sedikit masa lagi. Adakah kita telah berpuas hati? Adakah kita telah siapkan Fail Ramadhan kita dengan berjaya? Muhasabah diri T__________T Mudah2an Allah terima ibadah kita sepanjang ramadhan kali ni.. ameen:D

Monday, 6 August 2012

| Ye!! Memang saya cemburu!!! |

Bismillahirrahmanirrahim~Assalamualaikum,
To all readers and follower tercinta^^, Alhamdulillah...kita bakal menghampiri fasa terakhir Ramadhan... diharapkan mental dan fizikal kita telah bersedia untuk merebut gold medal in Ramadhan..inshaAllah..dan today suddenly, timbul pula rasa ingin menulis walaupun dari tadi seharian berhempas pulas menyiapkan esymen yang perlu disubmit dis week... so, menulis di belog ni kire nye treatment laa after berhempas pulas mengadap esymen :D


“Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan IRI HATI, melainkan kepada perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan sahaja” –


Cemburu, jealous? tak ada apa pun sebenarnya. Cuma...
Aku sangat cemburu,
bila tengok mudahnya mereka mengalirkan air mata kerana Allah...
Cemburu,
bila ternampak indahnya muslimah itu menjaga peribadinya, akhlaknya...
Cemburu,
bila memandang kamu yang dahulunya jauh dari hidayah Allah kini setia berdamping denganNya...
Cemburu,
bila melihat dia yang mudahnya bertutur menyampaikan dakwah, perkara2 baik kepada orang lain...
Sungguh,,,aku mahu jadi sepertinya !
Ya Allah susahnya mahu jadi solehah ! Tapi balasannya amatlah tinggi iaitu menginap di syurga abadi selama-lamanya. :')
Ku sapu air mata. T____T Takut kalau Allah mengunci hatiku. Ahh.. Itu hanya mehnah kecil. Sedangkan Sumayyah diuji imannya dengan ujian yang maha dahsyat! Kan wanita solehah itu kuat jiwanya! Teguh azamnya! T___T





Jom kita usaha jadi solehah!
Pada prinsipnya, wanita solehah ni memang dikenali peribadinye yang sangat taat kepada Allah dan Rasul. Segala larangan Allah akan ditinggalkan tanpa syak lagi. Dan perintah Allah pulak, wanita solehah ini akan berlumba-lumba melaksanakannya. Kemuliaan 'si solehah' ni bukan terpancar melalui aksesori kecantikan yang dia pakai. Tapi 'si solehah' akan menjaga dirinya, melindungi segala kecantikan yang dia ade agar tak jadi fitnah untuk orang lain. Dengan kata lain, segalanya hanya untuk suami tersayang. ^^




Nak jadi 'si solehah', kita kena banyak belajar dari lingkungan sekitar kehidupan kita dan belajar dari orang-orang yang kita temui setiap hari. Tengok peribadi mereka, contohi mereka dan kutip ilmu dari mereka. InshaAllah. Sumenye berguna, tiada yang sia-sia. Malah, kite ade contoh tauladan terbaik, Ummahatul Mukminin. Isteri-isteri Nabi adalah contoh 'si solehah' yang terbaik. Aisyah ra sangat terkenal dengan kebijaksanaan mindanya sehingga menjadi gedung ilmu buat suami, anak-anak, malah umat Islam keseluruhannya.




Akhir kata… pesanan untuk diri sendiri.. Masih belum terlambat untuk menjadi orang yang sepatutnya kita jadi… Andai belum soleh, berusahalah menjadi soleh. Andai belum solehah, berusahalah menjadi solehah. Andai belum mukmin, berusahalah menjadi mukmin. Andai belum berjaya, berusahalah menjadi orang yang berjaya. Tiada jalan singkat. Ape yang Cik Ain mampu cakap di sini, berusahalah untuk jadi solehah. Susah memang susah dan tu Cik Ain akui sendiri, tapi tak salahkan kite nak ke arah itu. Kita sama2 mujahadah naa.. Dalam sabda Nabi Muhammad saw yang bermaksud :
"Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."
Hadis di atas ni sentiasa menjadi pembakar semangat Cik Ain pabila diri ini lemah untuk jadi  'si solehah' .. Wallahualam.. T__T



Nota Hati 1 : Jom kita meneliti sejarah isteri-isteri Nabi kita dan wanita wanita solehah agar menjadi inspirasi bagi kita untuk terus bercita cita menjadi yang solehah.. ^^