Monday, 30 January 2012

| Kepercayaan a.k.a Trust |


Assalamualaikum…
Peace upon to all..
Apa khabar iman hari ini..
Semoga sentiasa dalam jagaanNya..
inshaAllah ^^






Just a shortnote today..
xnak belog tinggal habuk banyak2...hee~~~
update lar jugak walaupun entry ciput je...
soo..jom bacer...dan layannn jer..:D








Orang kata an..
Rasa percaya kat orang ni macam pemadam.
Bila kita buat silap, kita padam, pemadam tu makin pendek.
Sama macam percaya...
Atau dalam bahasa Inggeris a.k.a TRUST..






Orang kata ugak an..
Rasa percaya ni macam kertas.
Bila kita remukkan kertas tu, kertas tu akan terus remuk.
Tidak akan lurus kembali, walau kau iron sekalipun.
Sama jugak macam percaya.







Aku as known as Ain atau cahaya kegembiraan ( dalam arab ) , orang yang sangat mudah percaya.
 And bila aku mula percaya, aku akan terus percaya. 
Tapi bila aku hilang rasa percaya, susah untuk aku percaya balik. 
Melainkan anda dapat buktikan yang kertas tu boleh lurus balik dan pemadam tidak akan pendek. Boleh???






So..jawablah sendiri soalan tu....
Kalau tidak boleh, jangan hilangkan kepercayaan. Percaya dan memaafkan adalah dua benda berbeza.
 Kita mungkin memaafkan, tapi percaya? Belum tentu...
Ia memerlukan masa yang panjang untuk dapatkan balek kepercayaan tu semula..








So...pesanan dari kaunselor yang xdiiktiraf ni..heee
Bila orang sudah bagi kepercayaan, jangan khianati. Yess, pemadam dan kertas boleh diganti.
Tapi kepercayaan, kita mau ganti dengan apa? 
Apa pun, simpanlah kepercayaan itu walau ia hanya tinggal secebis.
Kerana kepercayaan adalah sesuatu yang paling sukar untuk dicari dan teramat mudah untuk lenyap. Kepercayaan itu jugak bersyarat. Dat’s mean jangan pernah kita letakkan kepercayaan kepada yang si penipu, 
dan sila jangan menipu kepada yang mempercayai kita.
Oke... ~ stop right there~!
dan entry ini tiada kena mengena dengan sesiapa..k..
salam sayang Ain..kbai..


Salam.

Nota Hati 1 : Wahai manusia yang menghakimi, ingatlah hakim yang sebenar bukannya kamu.
Wahai manusia yang menghakimi, fahamlah berubah itu perlukan pengorbanan dan istiqamah.
Wahai manusia yang menghakimi, jangan cuma nampak kelemahan orang lain sebaliknya
 buta dengan kelemahan sendiri.


Fi amanillah,
6 Rabiulawal 1433H,
30012012  : 0558

Saturday, 28 January 2012

| Senyumlah Sayang |


Dari Abu Dzar ra.... Rasulullah SAW bersabda :
"Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah"
(Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)







KENAPA YE SENYUMAN ITU SEDEKAH?
( buat huruf besar2 naa..bia semua nampak..hee )
cuba tengok muka orang yang senyum..
rasa apa ye?
ada rasa nak senyum jugak tak?
seronok kan tengok rupa orang yang senyum?
hehe~~








macam tulah jugak bila kita memberi sedekah kepada orang yang memerlukan..
pasti orang yang menerimanya akan merasa gembira dan senang hati..
sebab itulah 'senyuman itu satu sedekah'..
orang akan menerima senyuman kita dengan senyuman.. :D
tapi mungkin ada jugak bile kita senyum ada yang no respon...
tapi orang2 camtu cuma wujud 0.111% je...heee
dan yang paling penting bersangka baiklah dengan mereka....












1 lagi....memetik kata2 Ustaz Kazim Elias...
 Orang Arab , kasar2 mana pun , bila ditegur, dia terima dengan senyuman..
siap berpelukan pada yang menegurnya.
Tapi kan kita Orang Melayu, sopan dan berbudi bahasa mana sekalipun , bila ditegur, mesti memberontak.
 Tak puas hati ...kenapa ek mesti jadi camtu..emm
jadi.... jangan jadi orang melayu..
tapi.... jadilah orang Islam.. :)











At last..
muka tu jangan asyik nak masam mencuka je ye..
orang tengok pun rasa tension..
 silap hari bulan orang tengah happy2 pun boleh rosak mood tengok muka kita yang masam2 ni..
hihi~
dan law orang bagi teguran kat kita..terimalah dengan baik..
dengan senyuman...kan comel camtu..hee.xnak masam2 muka gaduh taw..
so, senyum sokmo la naa...
comel dunia bile semua orang senyum :D

( da twins merempit kat umah sendiri..hahaha..senyum sokmo tengok perangai diorang..huu :D )

out with a smile on my face.
Kbai...Salam.

Nota Hati 1 : Bila kita dapat tahu orang dapat rezeki,
berdoalah untuk kebaikan dia dan berdoa lah supaya di murahkan rezeki kita,
 bukan dengan berdengki, dan busuk hati.

Thursday, 26 January 2012

| Ladies..Jom Tengok Filem Seram |


Assalamualaikum..
Peace upon to all..
Apa khabar iman hari ini?
Moga sentiasa dalam jagaanNya..
InshaAllah..^^






Okey...hari ini Ain nak ajak semua tengok filem seram..khusus untuk golongan wanita...
Haa..tetiber je Ain ajak tengok filem seram...buang tabiat kew..
Padahal Ain sendiri penakut...xleh law tengok sorang...kena ada geng duk sebelah...huhu
Sebenarnya boleh dibilang dengan jari tw filem2 seram yang Ain tengok...
Setakat Zombi Kampung Pisang memang berani lagi...tapi...
Kalau nak suruh tengok filem2 seram terutama dari Thailand..memang tarik diri awal2 naa..hee
T malam memang terbayang2 susah nak tido naa..mule la kejut jiran sebelah teman g tandas..haha :p









Actually kan..sekarang baru Ain tahu ada kelebihan rupenya tengok filem seram ni...
Bukan sekadar tahu nak menakutkan orang semata2..hee
Haaa...nak tahu x sebenarnya filem / cerita2 seram ni sehatkan wanita...
Soo..sape2 yang ada koleksi filem2 seram ni please contact Ain...nak...haha
Berlagak berani pulak..heee :D










Hurm..kenapa yer filem seram boleh sihatkan wanita??
Jom...check it out together...huhu
Filem seram sebenarnya ternyata memberi kesan POSITIF kepada kesihatan mental & minda wanita.
Penelitian menunjukkan bahawa otak wanita akan mengeluarkan neurotransmitter dopamin,
glutamate & serotonin sewaktu menonton filem seram.
Peningkatan aktiviti otak turut berlaku sehingga mampu merangsang minda & membuatkannya
 sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Malah menonton filem-filem seram seperti The Omen, The Exorcist & The Ring selama 1/2 jam berupaya
menenangkan sistem tubuh & menguatkan sistem pertahanan tubuh wanita.
( actually xpernah tahu pun ada filem2 kat atas tu...heee )
Selain itu,menonton filem seram turut merangsang kelenjar adrenal untuk menghasilkan adrenalin & opiat
yang memiliki efek seperti ubat bius yang mampu menenteramkan jiwa & fikiran wanita..
so...selepas ni lw ada je mende yang menyerabutkan fikiran..cepat2 pasang filem seram kat laptop naa..
testing menjadi kew x naa... :D












Ho..ho..ho...Honestly Ain sampai sekarang ni pun memang elak dari tengok filem hantu dan filem bunuh2.
Memang xsuke taw filem bunuh2..suka hati dia je nak bunuh2 orang..
Orang yang xbersalah pun jadi dibunuhnya....ingat dia malaikat maut kew..
Tapi3 kan... bila dah kongsikan artikel ni...
teringin pulak nak beranikan diri Ain tengok filem seram...so suggest lar filem apa yang seram...
atau separuh seram.....mungkin suku seram...hehehe :D
kalau boleh xnak lar suggest filem seram tempatan eg zombi2..pontianak dan adik beradik ny..
pandang depan belakang dan lain2 lar...sebab dah biasa tengok muka pelakon2 yang jadi hantu tu...
kadang2 bukan takut tengok...tapi  plak sengih sorang2 tengok filem 2..pelik2..hee
kalau boleh nak dari Thailand & Jepun...memang seram melampau kan...huhu
*demand plak kan...bagi betol2 baru taw...haru..huuu ni filem seram tempatan pernah Ain yang best lar
Ain pernah tengok ialah khurafat....best kot..korang rase??hee
K lar..itu saje sharing untuk hari ini...
Salam sayang untuk kalian..

~Gambar tiada kena mengena dengan entry..hee~~

Salam.

Sumber : Majalah Harmoni@belog

Nota Hati 1 : Jadilah hambaNYA yang memerhati, kerana dengan melihat sahaja, kita bakal mengetahui
hikmah yang ada untuk apa kita diletakkan di situ.
Then...bersyukurlah.. Alhamdulillah!!! ^^

Fi amanillah,
2 Rabiulawal 1433H,
24012012  : 1155

Wednesday, 25 January 2012

| Tunang VS Kahwin |


Assalamualaikum..
Peace upon to all..
Apa khabar iman hari ini?
Moga sentiasa dalam jagaanNya..
Inshaallah..^^







 Ok...jom kita ke destinasi entri kali ni..
Entry 2day is about bertunang...ehem3..Ain nak  bertunang ker..rileks3 k..hee
Sebelum mengarut lebih panjang Ain nak tanye korang...
Ada sesiapa perasan tak sejak sekarang ni majlis bertunang dah macam majlis kawen kan?
Ada tak yang perasan? Angkat tangan please..hee
ke Ain sorang je yang terlalu syok duk depan laptop  sambil tengok gambar orang bertunang
dalam facebook or belog?
okay, kalau x perasan sudah..huhu :)
* baru pas tengok gambar kahwin ally iskandar & farah lee...comel bangat..hee









Nowadays, orang wat majlis pertunangan grand yang amat..
wajib ada pelamin , ciap tempah photographer lagi, baju pun x nak kalah, macam baju pengantin tu..
besar-besaran gitu.. ciap post dalam facebook lagi..buat pic profile lagi :)
hurm, kalaulah x jadi mula la nak macam-macam kan.. mula lar nak saman sana sini..
 malu kot kalau x jadi kawen bila bertunang tu besar-besaran..cuba fikir??
tapi Ain doakan sesape yang dah bertunang tu semoga cepat-cepat la kawen naa..
jangan lar tunang lama2 naa...time bertunang banyak ujian nya ..orang2 tua kater lar..hee
satu lagi Ain x nak komen lebih2....
sebab Ain pun belum bertunang, kang terkena batang hidung sendiri pulak..adoiii










Actually, kita sepatutnya merahsiakan pertunangan dan bersederhanalah..
Time perkahwinan pulak kita sepatutnya menghebahkannya kepada orang ramai... :)
tu untuk mengelakkan fitnah... xpasal2 kena kater dek orang kalau rahsia2 kahwin...
Berdua2an...padahal da sah jadi suami isteri..hehehe
Dan sebenarnya majlis walimah atau kenduri kahwin adalah
sunat muakkad. Bererti, sunat yang sangat dituntut.
 Majlis walimah juga berfungsi untuk menghebahkan sesuatu perkahwinan,
 agar tidak timbul fitnah jika ada yang melihat mereka berdua-duaan.











Selain itu pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti.
 Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan. Boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.
 Namun , di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu
tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan
 oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik.








So....kepada sesape yang belum bertunang,
nanti kalau dah bertunang x payah la buat besar2 sangat,
 bersederhanalah yep....Islam xsuka orang2 yang membazir...
abuat tu ikutlah kemampuan diri masing2....
jangan semata2 nak nampak grand..rela berhutang dengan along....huhu
dan angan2 Ain sebenarnya time tunang nanti ...
Ain just pakai jubah putih , tanpa hantaran2 bagai nak rak, duduk dalam bilik tunggu bakal mak mertua 
sarungkan cincin..hehehe..suweet..
(musim orang kahwin..mule lar nak menggatai kahwin jugak..haha)










Oke... ~ stop right there~!
cukup-cukuplah berjiwang tu.. pergi sambung buat kerja masing-masing..hee
dan kepada bakal kakak iparku...hahaha
selamat menempuh alam perkahwinan..esok khamis malam jumaat...
pandai pilih tarikh kan...malam jumaat bersamaan 2 Rabiulawal...
actually rini sebenarnya nak share pasal wedding beliau lah..tapi jadi entry pertunangan plak..
semoga segalanya berjalan lancar esok..ameen...:D
anyway..dat's all...enjoy reading yaa...:D
iSalam sayang dari Ain..hee


Salam.

Nota Hati 1 : Untuk sesiapa yg aku pinjam tulang rusuknya, saya xkisah siapa awak..
saya xkisah bagaimana rupa awak..saya xkisah ape pkerjaan awak..saya xkisah ape2 pun..
tapi saya yang pasti apa yang saya mahukan dari awak ialah...
awak ialah lelaki yang akan mengajar saya mengaji AL-QURAN..awak adalah lelaki yang akan imamkan saya
solat 5 waktu sehari semalam...awak yang akan memimpin tangan saya untuk ke jalan ALLAH..
awak yang akan menegur setiap kesalahan yang saya lakukan andai saya tersasar dari jalanNYA..
awak yang akan membisikkn kalimah2 AL-QURAN ke telinga saya setiap kali sebelum saya tidur..
awak insan yg akan menemani saya di SYURGA ALLAH kelak..Insyaallah...
my future zauj..kita jumpe di akad yaa :)

Fi amanillah,
1 Rabiulawal 1433H,
25012012 : 2325.