Monday, 30 May 2011

●•٠• TOLONG INGATKAN SAYA............●•٠•


ASSALAMUALAIKUM 
SAHABAT-SAHABATKU…
NAK MINTA TOLONG SIKIT BOLEH TAK??


TOLONG INGATKAN SAYA,
ANDAI SAYA TERLUPAKAN TUHAN,
DALAM KELAPANGAN DAN KESIBUKAN,
DALAM KESENANGAN DAN KESUSAHAN. 
❤●•٠"Jika kamu tidak disibukkan dengan kebaikan maka kamu akan disibukkan dengan kebatilan."❤●•٠



TOLONG INGATKAN SAYA,

JANGAN JADI ANAK DERHAKA,
MAK AYAH DILUPAKAN JANGAN,
USAH DILUKA HATI DAN PERASAAN.

❤●•٠"Redha Allah terletak kepada keredhaan ibubapa kita...."❤●•٠



TOLONG INGATKAN SAYA,

DENGARLAN DAN BACALAH AL-QURAN,
TIKA RADIO PENUH HIBURAN,
TIKA TV PENUH HINDUSTAN.

❤●•٠"Sebaik-baik manusia adalah orang-orang yang belajar Al-Quran dan mengamalkannya"(H.R Bukhari)..."    ❤●•٠·




TOLONG INGATKAN SAYA,
DI MANA SILAMNYA ZAHIRKU,
JIKA AURAT DIDEDAHKAN DISINGKAT, 
DIKETAT DAN DIJARANGKAN.

❤●•٠Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ❤●•٠




TOLONG INGATKAN SAYA,
JADILAH SAHABAT YANG BAIK,
SENTIASA MEMBERI PERINGATAN,
SENTIASA MENERIMA TEGURAN.
❤●•٠ Jika seseorang itu tidak dapat bersilaturrahim,maka tiada 'FIRDAUS' baginya.. ❤●•٠·





TOLONG INGATKAN SAYA,
KALAU BERCINTA BIARLAH KERANANYA,
DALAM MEMILIH UTAMAKAN IMAN,
KELAK IKATAN DIHINDARI SYAITAN.

❤●... moga kutemui pemilik cintaku selepas Allah, Rasulullah daan ibu-bapaku...❤●•٠·




TOLONG INGATKAN SAYA,
HIDUP INI SATU KEMBARA,
KUTIPLAH MUTIARA DALAM PERJALANAN,
MOGA DI SANA MENJADI BEKALAN.

❤●•٠"Seorang yang menuntut ilmu kerana Allah untuk bekalan di negeri akhirat,Orang sebeginilah yang akan mendapat kemenangan di dunia dan akhirat, yang disebut oleh Allah SWT sebagai orang muttaqin.."❤●•٠




TOLONG INGATKAN SAYA,
DIRI INI MILIK YANG KUASA KEPADANYA,
JIWA DISERAHKAN SEGALA-SEGALA,
DIALAH TUMPUAN.
 
❤●•٠Kalau kita cintakan Allah..bertemulah selalu dalam zikrullah, bertemulah selalu didalam solah, bertemulah selalu di rumah Allah, berpegang teguhlah kepada Al-Quran dan As Sunnah dan akan ku terus berpegang pada matlamatku. ❤●•٠




TOLONG YE INGATKAN SAYA!!!!

HAYYA KITA SALING MENGINGATKAN ANTARA SATU SAMA LAIN...
MUDAH2AN KITA TERGOLONG DALAM KALANGAN GOLONGAN YANG BERJAYA DAN DIREDHAI ALLAH..
INSYAALLAH...



Monday, 23 May 2011

siapakah kita?? siapa... yer..??

Assalamualaikum......
entry tuk ari ni...SIAPA KITA YEP???

Siapakah kita???pernahkah kita tertanya2 siapakah kita di hadapan Allah.....Banyak dari kita yang sebenarnya masih belum tahu siapakah kita ini sebenarnya dan mengapa kita dilahirkan ke dunia ini ?Bagaimana kita mampu  menentukan langkah kita ke depannya, sedangkan kita masih belum memahami dengan benar peranan kita di dunia ini sebagai apa...


Siapakah orang yang sombong? Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.


Siapakah orang yang telah mati hatinya? Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.




Siapakah orang dungu kepala otaknya? Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat? Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan. Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil? Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.

Siapakah orang yang buta? Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli? Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.



Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.



Siapakah orang yang menangis airmata mutiara? Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.



Siapakah orang yang kaya? Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.



Siapakah orang yang miskin? Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang pandai? Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi

Siapakah orang yang bodoh? Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya? Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya? Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu? Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu? Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik? Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal? Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.



jadi, smew2 kita renung2kan di siapakah diri kita...adakah kita tergolong dalam kalangan orang sentiasa berbuat kebaikan ataupun tergolong dalam kalangan orang yang suke melakukan kemungkaran sama ada kecil atau besar...atau kita tidak mempunyai perasaan apa-apa pun... smew2 kita muhasabah diri.. ayuh bertanya pd diri kita, SIAPAKAH KITA sebenarnya..... mari sejenak kita merenung bersama mencari jawapan, SIAPAKAH KITA...?



Waallahu'alam..


Tuesday, 10 May 2011



Assalamualaikum........



exam fever……stress ker…urmm


wAhhh....STRESS!!!...bnyak lg mende kne bcer...buku blambak2 dpan mte...ble la nk abih...kesabaran.....


dan sekarang......
baru nak bukak buku untuk study…
mate plak mule ngatok…
cobaan.....




antara tips yang boleh ilangkan rase tension+stress time study ialah jgn rase stdy 2 tension.....kene betulkan niat dl...stdy bkn kerna 
 EXAM smate2.....

Andai kita belajar hanya kerana untuk peperiksaan, kita akan kecewa dan putus asa bila kita menghadapi kegagalan. Tapi, belajar kerana inginkan manfaat ilmu kerana Allah, walaupun kita mungkin ada yang gagal dalam peperiksaan, tapi, kita tak mudah putus asa. Kecewa tu memang ada namun, usaha yang tinggi dan bersungguh-sungguh lagi akan tersemat dalam jiwa kita.
 InsyaAllah.....


:: Stdy kerana Allah ::
~kesabaran yang paling penting n ikhlaskan hati~



Kita kena menempuh payah dan ujian untuk menuju ke arah kejayaan dan kemenengan. InsyaAllah. Kesabaran yang tinggi amat penting kerana Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan, minta pertolongan-Nya. Andai kita sudah berusaha bersungguh-sungguh, sudah buat yang terbaik, maka bertawakkallah kepada Allah. InsyaAllah, ada ganjaran menanti....


setelah kita dah brusaha...yakinlah bahawa Allah akan membantu kita...konsep tawakal plak kita guna...banyakkan berdoa dan baca al-Quran,kalamullah agar hati kita sentiasa tenang...mudah untuk menuntut ilmu...memperbanyakkan amalan agar  hati kita sentiasa bersih dan tenang.....seperti solat dhuha & hajat, zikir al-mathurat, jaga makan minum, dll..........





:: Jaga pemakanan...kurangkan makan makanan segera spt megi sedap..banyakkan minum air masak...jaga kesihatan terutama 
musim2 exam.. ::


:: Amalkan membaca mathurat pagi & petang..
Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi. ::



:: Melalui al-Quran hamba-Nya dikeluarkan daripada kegelapan kepada cahaya yang terang . Membaca al-Quran juga selain satu ibadat, juga boleh menjadi ubat atau terapi mengubati jiwa yang gelisah, gundah atau ketika fikiran berserabut ::



:: banyakkan berdoa kepada Allah..serahkan segalanya keoadaNYA setelah
 berusaha bersungguh2 ::



         
 :: Maksudnya : Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang Yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaku, akan masuk neraka jahannam Dalam keadaan hina. ::



akhir kalam,
semoga kita sama-sama doakan kejayaan bersama-sama....
& dipermudahkan jalan dan urusan dalam 
pembelajaran + exam + kehidupan....
Insya'Allah...
FIGHTING!!!!






~~Coming SoOn~~
19 Mei 2011
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
23 Mei 2011
Child Development
24 Mei 2011
Pengenalan Kurikulum PI
25 Mei 2011
Pedagogi PI
26 Mei 2011
Back to TERENGGANU… home sweet home.. (=^_^=)


~ Wallahua’alam ~





Sunday, 8 May 2011

:: The Beauty of Woman ::




بِسْمِ ألله الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ


Duhai WANITA...sungguh agung kita di mata lelaki...terlalu mulia kita di sisi Penciptanya,Rabb seluruh alam...namun semua itu hanya kita dapat dan rasai jika kita tahu mengagungkan dan memuliakan dirimu sendiri.


Kembali menjaga & menjalin  hubungan dengan Allah, 'memeluk' Nya seerat-eratnya insya Allah pasti Dia menghadirkan seseorang yang turut menjaga hubungan dengan Allah ..❤.. :)




Menjadi wanita adalah satu anugerah yang paling indah. Seharum mana pun wangian kasturi tidak mampu menandingi wangian budi pekertimu, lembutnya gumpalan kapas masih tewas dek kelembutan tingkahmu. Halusnya butiran pasir yang menjadi peneman setia si pantai masih tidak dapat menandingi halusnya tuturmu.


Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki.
Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu
dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan,
jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri.
Kau tidak layak lagi dimahkotakan si mawar berduri....
❤.." WARDATUL SYAUQAH "..





Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu.

“Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain
daripada fitnah yang berpunca daripada wanita.” Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka??



Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah
Yang tertutup itu indah! 
Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.........



Duhai wanita... Sebenarnya maruah diri yang kau galas lebih berat daripada bongkah-bongkah batu yang besar. Kau menepis dengan penuh sabar setiap godaan nafsu dunia yang datang bertubi-tubi hingga hampir mengheretmu ke kancah yang penuh onak duri. Percayalah wanita, akan ada bahagia di akhir kesengsaraanmu asal saja kesabaran menjadi bentengmu.





Ujian dari allah sememangnya penuh berhikmah...tempuhilah dengan redha...dan bertawakallah....Sesungguhnya tawakal itu adalah 1 kuasa yang sangat hebat apabila kita meneyerahkan sepenuh pergantungan dan kepercayaan kepada ALLAH ...SWT...... 


Wanita... Terima sahaja cemuhan dan makian yang muncul berderu -deru ibarat halilintar yang singgah di cupingmu, terima saja itu dengan senyuman yang ikhlas dan ambil saja sebagai halwa telinga yang mengajarkan mu erti kesabaran. Itu sebenarnya dendangan sumbang dari bibir-bibir sumbing yang ingin melihat mu tersungkur. Percayalah akan ada berita manis yang singgah di cupingmu suatu masa nanti asal saja gunung kesabaranmu tidak pernah kau toreh.





"Tidak ada anugerah yang lebih baik selain peroleh sifat sabar." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)




Saudara wanitaku, imanmu adalah perisai, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali kau biarkan anasir songsang memperkotak-katikkan imanmu apatah lagi agama yang kau kandung (ISLAM) hanya kerana nikmat duniawi semata-mata. Jangan kau gadaikan maruahmu yang tidak ada galang gantinya hanya kerana mengejar sesuatu yang tidak mungkin bisa kau kendong.


Andai kata kau tersungkur, segeralah bangkit dan sekiranya kau tersasar jauh dari landasan hidupmu, atur kembali langkahmu bersama titipan iman dan mulakan dengan langkah yang baru. Sedangkan Sang Jentayu yang kepatahan sayapnya masih bisa hidup bertongkat paruh apatah lagi kau yang dianugerahkan akal fikiran. Jangan bersedih wahai wanita, andai apa yang kau ingini tidak kau beroleh di dunia, percayalah syurga itu sentiasa menantimu.


wahai hati..

usahlah bersedih..
usahlah berduka..
"Sebagai seorang hamba Allah, kita sememangnya layak untuk diuji."

Innallah ma'ana..
Allah sentiasa di sampingmu sayang....



Wanita, biar tawadukmu lebih menggunung daripada kejelitaanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilaku. Biar kebijaksanaanmu terpampang oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun kau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih Khadijah kepada agamanya dan perjuangan srikandi-srikandi agama terdahulu
.




●•٠·Moga ku temui pemilik hatiku selepas Allah, Rasulullah, dan ibu-bapaku...●•٠·



Peringatan bersama :: Jadikan agamamu sebagai tunjang yang memperkasakan akidahmu.Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah kita wanita paling bahagia ::




Akhir kalam... Dunia Hanyalah Tempat Persinggahan...tempat kita menuai amalan... Terdapat hiasan yg indah di dunia itu, dan seindah2 hiasan adalah WANITA SOLEHAH ! Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya." ♪ Proud to be MUSLIMAH - wallahua'lam- (=^_^=)



Impianku ingin menjadi 'wanita solehah' ... semoga saja aku mampu menjadi 'wanita solehah' dulu kini dan selamanya.... amin ya rabb ! ♥
~aien mardhotillah~